Wednesday, December 5, 2012

Ielyas Sudah 1 Tahun

Ielyas sambut birthday yang pertama di UK.....Tatkala umurnya 1 tahun Ielyas sudah mula pandai berjalan. Masa tu dia jalan 1-4 langkah je. Tapi lepas 2 minggu sambut birthday Ielyas dah pandai berjalan tanpa jatuh-jatuh lagi. Suka tengok dia jalan terkedek-kedek. Dia pon dah pandai nak menari-nari henjut-henjut badan bila dengar muzik dari Ipad atau tv. Dan hari ni secara specificnya aku noticed dia geleng-geleng kepala jika aku tanya sama ada dia poo ke. Hehehe....geli hati sebab dia akan geleng kepala laju-laju. Bila kami balik dr universiti, dia biasanya mendahului Ismael menerpa ke arah aku atau hasben. 


Kat bawah ni adalah foto masa kami sambut his 1st birthday on last November 16th, di pagi hari before kami ke universiti. Nak upload video sbenarnya tp tak tau kenapa tak boleh. 

Nyanyi lagu birthday diringi muzik dr Ipad

Birthday boy tersenyum sambil makan kek

Semua sibuk makan kek. Beli di Tesco harga 10 pound satu. Nak tempah dah tak sempat

No comments: