Tuesday, December 25, 2012

Heeley City Farm n Weston Park Museum

Weekend 2 minggu lepas kami bawa anak-anak n Mokti jalan-jalan sbb dah agak lama kami tak bawa depa gi jalan-jalan. Mula-mula kami gi Heeley City Farm n pastu kami gi Weston Park Museum. Dua-dua dalam bandar Sheffield, so tak jauhlah dari rumah kami.

Heeley City Farm ni memang kedudukannya dalam kawasan bandar. Tu yang nama dia ada perkataan "City". Masuk percuma n  kita bolehlah tengok binatang-binatang peliharaan typical kat UK di farm ni. Macam mana farm ni jana duit? Dah nama pon farm, dia bela binatang dan jual hasil binatang le. Tapi farm ni ada juga bela binatang lain yang bukan jenis binatang peliharaan utk tujuan menarik pengunjung yang datang melawat macam tupai, hamster, burung merak dan macam-macam lagi.  Kiranya macam mini zoo la. Tapi malangnya Ismael ngan Ielyas takut le plak kat most binatang tu terutamanya Ismael. Ismael sampai menjerit-jerit "akut!! akut!!". Apa la Ismael....Dia cuma syok tengok ayam ngan itik je. Ielyas boleh tahan skit. Dia cuma takut bila kami tengok lembu dan kuda and fortunately dia tak menjerit, cuma dia tepuk-tepuk badan aku (aku dukung dia masa tu) dan toleh ke lain cepat-cepat menandakan dia takut. Oleh kerana Ismael dan Ielyas kurang berminat, kami pon tak lama di situ.

Ismael n Ielyas enjoy tengok ayam ngan itik. Siap ketawa-ketawa lagi


 Ismael tak mau bergambar sekali sebab dia takut dengan kuda debab tu


 Ismael memerhati kami pegang kuda dari jauh saja


Tengok lembu plak

Kami solat Zohor di masjid ni. Besar juga masjid ni

Lepas solat Zohor di masjid yang terletak tak jauh dari Heeley City Farm, kami pegi plak ke Weston Park Museum. Juga masuk free of charge. Muzium ni dibahagikan kepada beberapa section. Antaranya section pasal masyarakat Sheffield, koleksi budaya Sheffield, kesenian, dan ada juga pasal binatang dan galian. Bagusnya muzium ni, dia bukan setakat pamer barang-barang dan info semata-mata tapi juga banyak ciri-ciri interaktif disedihaakan untuk kita dan kanak-kanak terutamanya bagi setiap section. So, lawatan dan pembelajaran jadi lebih seronok. Takdelah asyik tengok pameran pegun je.

Salah satu sudut tentang masyarakat Sheffield

Lagi salah satu sudut tentang masyarakat Sheffield

Ini plak salah satu sudut pasal binatang

Dalam akuarium tu ada semut n kita boleh close up aktiviti semut tu guna kamera yang disediakan dan aktiviti semut boleh dilihat dari tv kat dinding tu

Dalam kotak kaca berlampu tu ada real bees

Salah satu sudut tentang kesenian. Ini galery untuk pengunjung. Kita boleh lukis gambar kita n letak dalam frame yang disediakan.

Gambar Ismael n Mokti :)

Pemandangan di section kesenian

Anak-anak buat aktiviti mewarna. Semua peralatan mewarna disediakan oleh pihak muzium secara percuma

Ini plak di section Sheffield's Heritage. Ok kali ni aku nak cuba berlakon sebagai Victorian servant. Hehehe....

Ambil angin jap di Weston Park selepas lawatan muzium. Bangunan-bangunan di belakang tu adalah bangunan University of Sheffield.

Bangunan tertinggi di belakang tu adalah Art Tower, bangunan tertinggi university of Sheffield

Lepas selesai lawatan kami ke Weston Park Museum kami berhenti solat Asar plak di masjid berhampiran dengan University of Sheffield, tempat selalu hesben solat Jumaat (untuk makluman, jarak antara Zohor dan Asar dalam lebih kurang 1 jam setengah je). Then, kami ke Broomhall sebab ada jualan juadah Malaysia kat situ. Dapatlah beli satay ayam (50 pence secucuk) 20 batang dan nasi kerabu 2 bungkus (3.50 pound). Bilangan gerai yang ada masa kami sampai tu hanya ada 2 je sebab kami datang awal. Sbenarnya taklah awal pon kami gi cuma biasa la janji melayu, kata pukul 3 ptg, tapi faham-fahamlah.... Nevertheless, satay dan nasi kerabu tu rasanya tidak mengecewakan. Lebih dari cukup bagi aku untuk melepaskan rindu pada dua makanan tu :)

No comments: