Thursday, December 20, 2012

Ziarah

Belom pon 3 bulan kami berada di bumi UK sudah ramai yg datang ziarah ke rumah kami di Sheffield. Syukur, Alhamdulillah. Sronok rasa bila rakan-rakan sudi datang ke rumah kami yg serba kekurangan - jamu teh dengan jag plastik je n tetamu minum pakai mug, takde cawan atau piring. 

So, mai kita tengok sape yang mai umah kami.

23 Oktober 2012
First, kami diziarahi oleh Ruzaimi sekeluarga yang juga sahabat kami yang bekerja sama universiti ngan kami. Wife dia pon pensyarah jugak, sama universiti tapi dia tak further study lagi, isteri berkorban untuk suami dulu. Pastu nanti suami berkorban untuk isteri plak. Itulah phd, korban-mengorban. Depa mai Sheffield dari Liverpool n ziarah dua rumah, rumah kami dan rumah kawan sorang lagi yg juga bekas penyewa rumah depa di Malaysia sambil makan angin di Sheffield. Ruzaimi dah masuk tahun tiga phd. Tak lama lagi dah boleh sambung berkhidmat utk anak bangsa n mungkin boleh jadi ketua program fakulti tercinta lagi. Hehehe....

Anak depa smua girls n smua pakai winter coat kaler merah. Comel-comel.

Kami jamu Ruzaimi sekeluarga dinner nasi ayam n desert puding laici

26 Oktober 2012
Strusnya kami terima kunjungan Razlan yang kebetulan datang ke UK atas urusan menghadiri academic exhibition di London. Kunjungan dia ke rumah kami adalah pada malam pertama raya haji. Kami jemput dia di Sheffield train station. Keesokan harinya kami bawa dia ke carboot (nampaknya dia sudah rindu dgn carboot) dan lepas tu hasben bawa dia shopping di Sheffield City Centre. Bila Razlan balik kami rasa agak terusik sbb kami tau dia akan balik ke tanah tumpah darah kami tercinta yang sangat jauh dari pandangan mata.
 
4 November 2012
Then, kami terima kunjungan sahabat kami, Faisae dan keluarganya dari Cranfield, dalam 2 jam dr Sheffield. Faisae ni kerja sama universiti ngan kami. Dia datang jauh dari Cranfield semata-mata utk menziarahi kami. Sungguh kami terharu. Kami pon lama dah tak jumpa. Kali terakhir jumpa dan berbual lama kalau tak silap masa depa datang ziarah kami dapat anak sulung di rumah kami di Kuantan. Masa tu depa sekeluarga dah bersiap sedia nak fly utk Faisae sambung blajar buat phd. Faisae pon dah masuk tahun ketiga dan tak lama lagi dah boleh balik dah.

Kami bergambar bersama Faisae sekeluarga. Sori...gambar gelap la plak. Dah le salah fokus sampai tak nampak sangat plak baby depa yang tengah dok dalam baby carrier. Dua orang anak lelaki depa dah tak kecek Klantan dah. Huhuhu....Gaya pon dah macho macam mat salleh siap speakang sesama dua bradik dengan british slang lagi.

10 Disember 2012 (Isnin)
Dan yang terkini kami terima kunjungan dekan suami merangkap supervisor dia masa master dan juga merangkap bekas timbalan dekan fakulti aku dulu (sblm aku berpindah fakulti), Dr Wan Azhar. Dia datang dengan Fadhlur, sahabat setaman dengan kami di Kuantan yang jugak kerja sama universiti ngan kami. Fadhlur dan wife dia slalu jemput kami makan-makan di rumah depa tapi kami, erk....bukan tak nak jemput tapi segan nak jemput sbb aku tak pandai masak. Hahaha....Takpelah, tunggu skill memasak aku yang sedang ditajamkan tatkala terpaksa di bumi orang ni, Inshaa Allah. Dr Wan dan Fadhlur datang umah kami bersama lagi 2 orang Sapura (orang industri). Kami siap dapat  dua thumbdrive, souvenir Sapura.  Depa semua sbenarnya ada urusan di Sheffield dan depa datang berkunjung ke rumah kami setelah selesai urusan depa. Kami jamu dinner nasi tomato.

Dua orang yang pertama dari kiri orang Sapura, Dr Wan, Fadhlur, Hasben n Ismael

Dua hari selepas tu (hari rabu) kami suami isteri tolong hantar Dr Wan dan Fadhlur ke Manchaster Airport. Orang Sapura dah balik dulu dah. Malangnya depa terlepas masa yang ditetapkan untuk boarding. So, tersangkutlah depa di Manchaster n terpaksalah tunggu next flight yang ada paling awal hari Sabtu. Kesian depa. Dan kami pon dapat satu lesson, kat UK ni kena beratur awal. Depa terlambat 2,3 minit je. Padahal flight tak jalan lagi n syarikat penerbangan sanggup plak cari lunggage depa dan keluarkan balik. Pelik jugak. Ke dia tunggu tuan punya luggage check in then baru luggage masuk? Ntah le...Kalau kat Malaysia kita lambat untuk international flight akan ada announcement panggil nama kita, macam kami hari tu. Hehehe....Kat sini, kalau lambat selamat tinggal okey....

Indeed, ziarah depa smua sangat kami hargai. So, sape plak nak mai ziarah kami plak pasni? Kami tunggu tau...

4 comments:

Nora Jamil said...

nak.. nak.. nak ziarah kak lyn! :)

Naflyna said...

Kami tunggu tau orang US mai cni :)

Anonymous said...

Salam saudari..

Saudara Faisae tu masih di cranfield ke. Boleh bantu saya untuk contact dia sebab kemungkinan saya akan menyambung pengajian di cranfield hujung tahun ni dan minta bantuan dia sikit. saya boleh dihubungi hmn3172@hotmail.com. Terima kasih

tini

Naflyna said...

wslm. Oh, malangnya Faisae baru je balik Malaysia for good last two weeks.