Saturday, November 24, 2012

Chatsworth House

Satu weekend yang dah sangat lama lepas (20 Oktober 2012 - ini kes tak berkesempatan nak update blog), kami ke Chatsworth House yang terletak lebih kurang 30 minit dari rumah kami. Tapi aku tak boleh le nak kata ianya satu lawatan yang sangat best sebab kami tak masuk pon ke "house" tu kerana bayaran masuk dia mahal le jugak - lebih 10 pound utk sorang dewasa. Di kala baru saja memulakan kehidupan baru di negara orang dengan currency rate yang sangat tinggi, kami just telan air masak n jalan-jalan tengok pemandangan di kawasan sekitar. Itu pon dah cukup melegakan minda lepas penat ke sana ke mari mencari barang perkakas rumah dan baju sejuk untuk kami dan juga pengasuh. 



Apa yang menarik tentang Chatsworth House tu? Chatsworth ni adalah kediaman Duke and Duchess of Devonshire. Kiranya boleh le dikatakan rumah tu sebagai istana. Tapi tak payah le tanya aku apa yang menarik kat dalam tu sbb kami tak masuk kan....Dia punya garden  tu memang nampak lawa la dari jauh (nampak skit je) n pemandangan depan istana dia nampak familiar untuk beberapa citer pasal putera/puteri raja inggeris yang aku pernah tengok kat dalam beberapa filem. Kawan aku kata memang kat situ ada orang buat penggambaran filem. Dia kata la... 

Walaupun kami tak masuk, pemandangan kat luar pun dah cukup menakjubkan. Ramai yang datang ke sini utk hiking. Ada yang hiking berkeluarga, berpasang-pasangan dan juga bersama kawan-kawan. Ramai jugak orang yang datang ke situ bukan pun untuk berhiking dan tak masuk jugak pon ke istana tu macam kami. So, bukan kami jelah yang datang ke situ just untuk menikmati pemandangan. Pemandangannya, subhanallah, memang lawa sangat. Jom tengok gambar.

Saujana mata memandang. Ratusan biri-biri yang gemuk-gemuk belaka


Pokok macam lukisan






2 comments:

cik z said...

Cantiknya gambar second last tu macam postcard. Bilalah nak sampai europe ni hu hu.
p/s Lyn bila tukar imej tudung?

Naflyna said...

Hahaha...aku tukar fesyen sejak terjumpa yg betul2 tak nampakkan muka aku bulat. Kat msia pon aku dah pakai dah. Tp ko kan kat kl, mana jumpa aku. Nanti kalu ada conference yg sesuai aku inform ko. So, bleh le mai uk. Miss u so much....