Wednesday, March 4, 2015

Dua monitor

Pagi Ahad lepas hasben ku tercinta ke universiti. Specifically, dia ke bilik postgrad aku untuk pasang second monitor untuk aku. Aku nak pasang sendiri tak pandai. Best...boleh buat kerja dengan dua monitor sebab ada masanya aku nak tengok 2 paper yang tak perlu di print serentak. 


Lepas hasben dah siap pasang untuk aku dia cakap dia pon nak ada dua monitor jugak. Lor...ingatkan dia x minat ada dua monitor. Kelmarin dia dah beli 2nd monitor untuk dia di eBay.

Tuesday, March 3, 2015

Hujan Pasir

Mana ada istilah 'hujan pasir' dalam bahasa melayu. Hujan batu ada la. Tapi sebab hujan batu yang turun pagi tadi lebih kepada rupa pasir jadi aku bagi tajuk post kali ni sebagai hujan pasir. Banyak kali dah kami merasa hujan batu selama dok sini macam pagi tadi tapi sebelum ni tak pernah aku berkesempatan nak snap photos betul-betul. Masa turun tu lebih kurang antara jam 7.45-8.00 pagi. Waktu tu aku tengah bersiap nak ke universiti dan bila dengar macam hujan aku tengok ke luar tingkap bilik tido belakang. Pastu aku terperasan rupa butir air hujan tu bukan hujan biasa tapi hujan batu. Kalut aku ambik kamera dalam bilik tido dan turun ambik gambar kat laman belakang umah. Kena cepat sebab dia cepat je cair. Dia dalam bentuk ais juga tapi bukan salji. Teksturnya kasar sikit berbanding salji. Bunyi jatuhan hujannya macam bunyi manik-manik jatuh bertaburan. Best sangat dengar jatuhan hujan batu berupa pasir. Subhanallah, ciptaanNya sungguh menakjubkan.




Monday, March 2, 2015

Menyimpan Brooch


Acrylic organizer kat atas aku beli dari Wilkinson (skang dah tukar nama kepada Wilko) masa tahun pertama aku di sini. Masa tu aku beli dengan harga £4. Aku suka sangat bekas tu sebab nampak ada style (style la sangat.....hahaha...), senang nak tengok as it is transparent n also space saving. Bagi sesapa yang duduk UK kalau berminat boleh beli bekas serupa macam kat atas tu kat eBay atau Amazon dengan kata carian 'acrylic make up organizer'.  Kalau tak mau beli online maybe boleh usha kat Tk Maxx atau Boundary Mill sebab aku pernah jumpa jual kat sana. 

Sunday, March 1, 2015

Gift Cards

Kat sini most retailers yang ada banyak rangkaian serata uk macam H&M, Next, Mothercare dan Argos, depa ada jual gift card. Gift card ni sebenarnya kita beli card untuk satu nilai duit tertentu dan kita bagi hadiah pada orang. Jadi orang yang dapat gift card boleh decide nak beli apa saja yang dia nak menggunakan nilai duit yang ada pada gift card tu di retailer berkenaan. Kiranya kalau rasa susah sangat nak decide atau malas nak fikir nak beli hadiah apa untuk somebody secara specific, gift card mungkin pilihan yang baik. 

Kat Malaysia kita pon ada konsep gift card ni cuma bukan dalam bentuk gift card tapi voucher. Ke skang dah ada pon jual gift card kat Malaysia secara meluas? Voucher rupanya tak cantik, printed atas kertas. Gift card yang jual kat sini cantik-cantik. Ada sesetengah tu siap tulis 'happy birthday', 'congratulations' dan macam-macam lagi. Bila kita dapat gift card tu kita bukan setakat boleh shopping in store but also shopping secara online. 

At the moment aku ada dua gift card yang blom guna. Sapa lagi nak bagi kalau bukan hasben yang bagi. Satu hadiah anniversarry tahun lepas n satu lagi hadiah birthday baru-baru ni. 

Dah tau dah nak beli apa dengan duit pada gift card ni cuma tengah tunggu item yang aku nak tu sale baru rasa sanggup nak beli. 

Gift card Boots ni hadiah sampingan hari jadi aku hari tu. Yang ni tak tau lagi nak beli apa sebab blom sempat nak belek apa nak beli. Oh ya, Boots ni untuk pengetahuan adalah retailer ala-ala Guardian atau Watson di Malaysia.  

Friday, February 27, 2015

Katakan TIDAK Kepada Hewlett Packard


Petang semalam lepas solat maghrib aku dan hasben gi ke satu talk bertajuk "The Israel's Systematic Abuse of Palestinian Children" yang diadakan bersempena dengan Israeli Apertheid Week 2015 di universiti kami.

Ada three speakers untuk talk tu dan ketiga-tiganya wanita mat salleh bukan muslim. Depa adalah antara aktivis bagi Palestine Soladirity Campaign (PSC), satu badan di UK yang memperjuangkan keamanan dan keadilan untuk rakyat Palestine. Subhanallah, sungguh aku kagum melihat bagaimana orang bukan muslim bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib rakyat palestine yang majoritinya bukan seagama dengan depa. 

Speaker yang pertama bercakap tentang bentuk-bentuk diskriminasi, kekejaman dan ketidakadilan kepimpinan tentera israel terhadap kanak-kanak palestine. Kesian sangat bila tengok video bagaimana budak-budak Palestine diperiksa dan dilayan kasar oleh orang Israel masa dalam perjalanan ke skolah. Bayangkan kalau anak atau adik kita yang baru sekolah rendah ditujah-tujah kepala depa, diikat tangan dengan tali plastik dengan kuat, ditolak kasar ke dalam jeep dan dikurung dalam bilik yang entah macam mana dhaif keadaannya berminggu-minggu sampai ada berbulan-bulan. Kita plak tak tau kat mana dia dikurung dan bagaimana nasib dia semasa dalam kurungan. They are just kids! Itu blom masuk penderaan lain lagi. Yang pasti Israel memang dipercayai mempunyai misi untuk menanam rasa takut dan gentar dalam diri orang palestine terhadap depa bermula dari generasi awal yang ada. Sebab tu lah kanak-kanak palestine dibuat macam tu. Bila beg kanak-kanak palestine diperiksa dan depa dikasari aku percaya semua orang boleh bayangkan macam mana semangat sesetangah depa untuk ke skolah jadi luntur. Kesian sangat...

Speaker yang ketiga berkempen untuk boikot G4S. G4S ni satu syarikat sekuriti kat sini. Aku pon tak pasti sama ada G4S ada kat malaysia atau tak. 

Speaker yang kedua berkempen bagi pihak PSC untuk boikot barangan komputer jenama Hewlett Packard (HP). Dia kempen tu bukan kat kami saja tau. PSC sbenarnya buat satu unit khas berkempen supaya orang ramai memboikot HP ke serata UK. Kenapa HP? Sebab HP membantu secara eksklusif dalam menyediakan sistem komputer bagi angkatan perang Israel. So, kat sini aku juga nak berkempen pada semua kawan-kawan pensyarah yang baca blog aku supaya berkempen pada student terutamanya yang first year, lebih-lebih lagi pada yang baru register sesi baru akan datang supaya tidak membeli barangan komputer HP. Kalau dah ada  tak payahlah buang. Cuma kalau yang baru nak beli tu elakkanlah HP. Kempen ini jugak ditujukan kepada sesiapa sahaja yang baca post ni. Hehehe.....semangat nak kempen ni. 

Speaker pertama: pakai baju kaler purple. Speaker kedua: pakai baju kaler biru kotak-kotak. Speaker ketiga takde dalam gambar. Yang dok kat tengah tu pengerusi majlis.

Kalau kat sini, speaker kedua tu bukan sahaja berkempen supaya kami jangan beli tetapi dia jugak berkempen supaya student hantar satu referendum kepada universiti untuk menghentikan pembelian kelengkapan komputer brand HP. Maybe kita boleh galakkan pelajar kita yang mana dalam barisan perwakilan pelajar buat benda yang sama kalau universiti ada beli barang HP.

Aku akui memang susah nak boikot semua benda yang sepatutnya tapi kita cuba buat semampu yang boleh. So far kami sekeluarga berjaya menahan diri dari McDonald. Kalau tak silap since few months before fly ke UK. A NO to McDonald aku kira satu kejayaan besar untuk aku yang sebenarnya lebih suka pilih McD dari KFC suatu masa dulu. Alhamdulillah, dok kat UK most McDonalds tak halal (tak pernah jumpa yang halal kat sini n actually tak pernah pon nak pi cek halal ke tidak) jadi lebih mudah untuk tidak jejak kaki ke McDonald. Kalau di Malaysia kena kuat semangat. 

Apa kesan boikot? Kat sini aku nak cerita kesan boikot ni dalam konteks kami di UK yang mana benda ni dihighlight oleh salah sorang audience di akhir talk semalam. Katanya boikot memang tidak akan memberi kesan kepada ekonomi Israel tetapi akan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kekejaman dan ketidakadilan Israel. Sebab kata dia bila kita kata pada orang yang kita boikot sesuatu barang orang akan tanya kenapa kita boikot dan dari situ orang akan faham apa yang berlaku sebenarnya. Teringat aku masa kami ke perhimpunan menuntut kebebasan rakyat Palastine tahun lepas dalam kawasan pusat bandar Sheffield. Aku sendiri nampak ada orang putih yang lalu-lalang berhenti bertanya kenapa kami berhimpun tu sebab depa tak tau sebenarnya apa yang berlaku. Bila dia berhenti tanya tu dia akan dapat sedikit info. Dan kalau yang educated tu akan ada yang mencari kebenaran dengan google-google. Haa...kesannya adalah pada peningkatan kesedaran dikalangan orang ramai.

Dalam konteks kita di Malaysia, walau sumbangan kita memboikot barangan yang ada kaitan dengan Israel kita tak nampak kesannya tapi kita patut ada rasa belas dan peri kemanusiaan terutamanya terhadap saudara seagama. Cer baca kisah ni.


Nota kaki:
Speaker kedua tu bekas seorang guru dan dia kata dia join PSC sejak tahun 1982 lagi. Masa dia dah mula membela nasib orang palestine tu aku baru je lahir. Masa tu ramai orang kata dia pengganas sebab menolong orang palastine. Kerana adanya kempen-kempen berterusan ramai orang dah buka mata dan dia tak lagi menerima cemuhan seperti suatu masa dulu.

Thursday, February 26, 2015

Perniagaan Makanan Jenis Baru

Semalam, 23 Februari, nampak iklan kat bawah ni dalam suratkabar Metro:


Sesuai untuk orang yang masih nak masak tapi malas nak pikir banyak. 

Monday, February 23, 2015

Ismael Gosok Gigi

Sekarang Ismael dah pandai gosok gigi sendiri. Since few weeks ago aku dah beri kepercayaan pada dia untuk gosok gigi sendiri setiap kali sebelum masuk tido. Tapi pagi-pagi masa nak bersiap pergi school biasanya aku yang akan buat sebab takut dia moody bila disuruh itu ini. Lagi pon dalam keadaan mamai-mamai baru lepas bangun tido takut dia terjatuh plak memanjat nak ambik berus gigi dan ubat gigi. Setiap malam biasanya bila kami bagitau dia dah kena masuk tido dia akan terus ke bilik mandi dan berus gigi tanpa perlu disuruh. Alhamdulillah, urusan harian kami dengan anak-anak semakin mudah.

Mula-mula bubuh ubat gigi atas berus gigi

Lepas kumur guna cawan biru (sebelah kiri) baru mula berus gigi. Kalau ikut dentist suggestion kena ludah je lepas dah berus, tak boleh kumur. Tapi sebab aku tak mau depa merungut rasa tak best dalam mulut dan pastu serik nak berus gigi lagi jadi aku belasah je suruh kumur tapi sekali je. Ismael n Ielyas memang ikut arahan kumur sekali je lepas dah siap gosok gigi.  

Ismael pandai simpan balik ubat gigi dan berus gigi ke tempat asalnya