Friday, October 9, 2015

The Diamond

Masa awal first year PhD, hujung tahun 2012 kalau tak silap, kami dikabarkan akan ada satu bangunan baru di universiti untuk fakulti kami. Kami dikabarkan bangunan tu akan siap untuk diguna pada september 2015, masa sesi pengajian yang baru bermula. Tapi masa tu aku jangkakan kami takkan sempat tengok pon bangunannya. Julai 2013, kerja-kerja penbinaan bangunan tu telah dimulakan dan masa tu aku ditempatkan di office sementara di Victoria Street n project site Diamond dekat sangat ngan office aku. Project site dia berada di laluan aku nak ke surau. So, masa tu saban hari aku dok lalu-lalang kat situ. 

Seperti yang dirancang dan dijanjikan, bangunannya yang dinamakan The Diamond telah mula dibuka untuk staf dan pelajar secara rasminya pada 28 september baru-baru ni. Actually belom siap sepenuhnya, masih ada benda nak kena touch up tapi major works dah nampak siap. Sungguh aku tak sangka sempat jugak kami merasa nak jejakkan kaki ke dalam Diamond. Giler canggih aku nak bagitau. Mana tak canggih, bajetnya £81 juta. Antara bangunan dengan kemudahan tercanggih dan moden yang dimiliki universiti, boleh memuatkan sehingga 5000 orang pada satu masa. Dalam tu ada lecture halls, library specific untuk bidang engineering (fakulti kami fakulti engineering), cafe, social area, pelbagai labs, discussion rooms dan silent rooms. Interior dan exterior dia aku rasa moden dan sangat futuristik. 


Inilah The Diamond. Maybe korang tengok gambar ni rasa macam kecik. Tapi besar sebenarnya. Cer teka berapa tingkat? Jawapannya ada 6 tingkat termasuk ground floor. 


Tingkap kaca berbentuk diamond mengelilingi keseluruhan struktur luar bangunan. Obviously, ini sebab (mungkin antara sebab) kenapa nama diberi The Diamond. 

Masa aku baca emel pasal pembukaan Diamond tu, aku baru je lepas jumpa SV. So, rasa macam nak berjimba release tensen jap, aku ajak hasben gi sana. Hari kami masuk Diamond tu adalah hari first day pembukaan. Jadi memang sangat ramailah staf n student keluar masuk melawat macam kami laki bini. Ada jugak yang masuk sebab ada kelas/lab kat situ atau ada urusan lain. Meratalah kami explore masuk dari satu ruang ke satu ruang yang lain. Ramai jugak student dok sibuk ambik gambar. So, taklah nampak macam aku ni jakun atau pulun sangat bila sibuk ambik gambar. Huhuhu.... Budak-budak first year aku rasa mesti lagi excited tengok sana-sini. Maklumlah, first year. Ok, jom tengok koleksi gambar yang sempat aku snap masa hari lawatan tu.

Laluan ni membolehkan akses kepada most parts of the building. Students n staffs boleh keluar masuk menggunakan id card masing-masing. Buat masa ni hanya library saja buka 24 jam. Selepas kerja-kerja melengkapkan kemudahan dan touch up bangunan siap sepenuhnya tak lama lagi, Diamond akan dibuka 24/7. So, pasni kalau rs nak ubah angin mencari idea atau nak menulis, maybe boleh bertapa di sini plak. Kami dah spot beberapa potential areas untuk bertapa. Hehehe....

Antara social space yang disediakan. Ada sa....ngat banyak space disediakan dengan kemudahan wifi yang sangat laju. Best sangat. 

Ini antara space yang aku rasa privacy untuk menulis. Sambil menulis boleh makan dan minum kopi. Oh, ya. Kat sini library boleh makan minum dan sembang-sembang. Kalau sapa nak duduk tempat senyap kena pergi kawasan/bilik khas yang disediakan. Masa first time kami gi library kami terkejut sebab bising sungguh, tak macam library yang biasa kami gi. Office aku jauh lebih senyap ok.... Kawan-kawan dari negara lain pon yang sebelumnya belajar kat uni lain baik di UK mau pon luar UK pon cakap benda yang sama. Tapi ramai yang suka situasi tu sebab lebih freedom. Teringat dulu masa aku dan kawan-kawan buat discussion kat library selamba kami discuss cakap kuat-kuat sambil gelak ketawa n lepas tu makan bekal kat situ. Makan bihun goreng lagi. Hahaha....

More work space, social spaces dengan kemudahan open access computer

View dari sudut berbeza


Work space with see through glass yang membolehkan kita tengok orang lalu lalang kat aras bawah

Salah satu lab yang ada di Diamond

Setiap pintu masuk lab ada paparan jadual lab secara live

Ada kemudahan printing service jugak. Utk PhD students boleh print suka hati, free! Actually kat universiti kami since last year pakai network printer. Kami boleh print dari mana-mana desktop/laptop/tab/phone dan pastu boleh print kat mana-mana printer saja milik universiti. Kiranya boleh print kat department/school/fakulti lain. Bagusnya sistem network printing ni menjimatkan banyak kertas sebab apa yang diprint takkan keluar selagi tuan punya id tak swipe card utk print. Kan selalu kalau sistem printing yang biasa bila kita print dia akan terus keluar kat mesin. Pastu orang yang print selalu tak collect atau tak jumpa apa yang di print sbb orang lain dah letak tempat lain atau orang terambil. Then kalau salah print kekadang tu tak sempat nak cancel, mesin dah print pon. Kalau sistem network printing, tersalah print boleh cancel kat mesin. 










Area ni  menyerlahkan keunikan  Diamond


Best kerusi ni


Inilah bilik senyap untuk sesapa yang nak elak suasana bising


Pemandangan dari salah satu sudut bilik senyap

Lagi pemandangan dalam bilik senyap

2 comments:

Anonymous said...

Best kn ada pengalaman belaja luar negara..

Amir renovation said...

Assalamualaikum tuan/ puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy sambung rumah,pasang tile,plaster siling,wayaring,waterproofing,bumbung,plumbing,mengecat,grill dan owning,porch keta,autogate,vinyl floor,wallpaper,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,kl,ampang,damansara,puchong,nilai,sepang,bndr sri putra. Hubungi sy d no 0192945175 or wssp sy di no 01129110298 (amir)