Wednesday, October 28, 2015

Lunch Gaya Mat Salleh

Biasanya bila ke universiti kami bawa bekal lunch sendiri untuk berjimat cermat. Kalau tak bawak bekal biasanya kami akan makan kebab+fries atau beli bakeries dari Lidl/Tesco/Sainsburry. Seingat aku selama kami belajar kat sini tak sampai lima kali kami lunch ikut style mat salleh di sini. Maksud aku, lunch makan sandwich/pasta/burrito/salad/wrap yang ready packed, jual di Tesco/Sainsburry/student union shops/mana-mana cafe di universiti. 

Last week kami try lunch gaya mat salleh. Buat pertama kalinya kami cuba beli meal deal set of three: sandwich + drink + chips, beli di student union shop. Ada macam-macam pilihan sandwich, drink n chips. Pilih la mana-mana kombinasi yang termasuk dalam meal deal yang ditawarkan. Satu set dengan harga £3.29. Jangan darab ke RM. Kalau darab, kebulur kami kat sini. Huhuhu.....Dengan nilai duit di sini aku andaikan sebagai murah. Kalau beli nasi lemak lauk ayam seketul kecik saja pon kat sini dah £3.50, takde pakej dengan air minum ye... 


Kedai dan cafe kat universiti kami ada jual sandwich halal. Jadi pilihan kami tidak hanya terhad kepada vegeterian options. Set ni hasben yang punya dan berharga £3.29.


 Ini plak aku punya, jugak berharga £3.29. Roti tu besar jugak saiznya. Panjangnya ada kot lebih kurang 20cm n lebar dalam 8cm cenggitu. Kalau untuk aku, makan ni semua dah sangat kenyang. 

Dan.....aku rasa macam menyesal plak tak pernah cuba sebelum ni sebab bukan saja murah, tetapi jugak sedap, kenyang dan berkhasiat (roti tu penu dengan sayur segar). Oh ya, chips (atau keropok) yang dijual dalam meal deal seumpama ni di mana-mana kedai/supermarket tidak mengandungi msg. So, keropok dalam option meal deal tu takde lah merapu sangat. Makanan tu tak mengeluarkan bau yang kuat. So, no wonderlah kat sini kita boleh makan dalam library. Kalau kat Malaysia memang tak sesuai nak allow orang makan dalam library sebab makanan kita banyak yang harum semerbak dan berkuah. Apa pon makanan Malaysia tetap dihatiku. Hehehe....


Nota kaki: 
Tahun ni kami banyak cuba benda baru, menikmati bulan-bulan terakhir berada di bumi ratu. 

9 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Memang betul-betul gaya mat saleh macam ni sarapanya.

OhPanduan said...

Ubah selera sekai sekala. Biasakan diri dengan gaya macam ni.

Nur Syuhada Zakariah said...

saya silent reader of your blog. and i really love it.....

I cant wait to be Sheffield's student next year...

nak tanya...which one is better? staying in campus or off campus?

kalo off campus, dengan siapa ek utk saya consult for room rental?

Naflyna said...

Syuhada, sama ada in campus or off campus depends on your budget. Actually in campus ke, off campus ke, tak nampak beza sbb Univ. of Sheffield universiti dalam bandar. Takde pagar yang memisahkan bangunan universiti dengan bukan universiti. Private accommodation berhampiran dengan universiti ada banyak within walking distance dan setahu saya banyak pelajar bujang/undergrads duduk private accommodation sbb lebih murah, sharing but don't worry you'll get your own room.

Untuk bantuan accomodation/rumah sewa kalau Syuhada bujang/undergrad student (which I assume u are) boleh cari info di laman web Sheffield Malaysian Students Association. Kalau Syuhada sudah berkeluarga, boleh cari info di laman web PMPMS.

Nur Syuhada Zakariah said...

thanks for the response.. so ape2 berkenaan rumah or bilik sewa, saya kene deal with Sheffield Malaysian Students Association la ek.

So far, personal opinion..hows living in Sheffield for more than 3 years? Adik saya pernah stay kat area coventry and saya pun pernah gi sana...so far..saya suka la..sebab tak hectic..crime rate rendah..and tenang je..sesuai nak utk study..hehehe

Naflyna said...

To be honest, for us, the first 6 months terasa sangat nak balik Msia sbb kami masa tu kami blom boleh appreciate kelebihan duduk sini. Tapi lepas tu rasa seronok sangat, rasa macam tak mau balik! Saya la rasa macam tu....Hahaha...Kawan-kawan yg dah balik Msia rata-rata rindu Sheffield sgt2, menunjukkan betapa seronoknya kehidupan di sini.

Sheffield pon antara bandar yang paling selamat di UK. Tapi apa pon tetap ada crime. So, still kena berhati-hati. Taraf hidup kat sini pon murah. Rsnya lebih murah dr Coventry. Tempat-tempat menarik pon banyak, tak jauh dr bandar. Antara yang paling popular adalah Peak District, besar sangat dan banyak amazing spots, musim berbeza kecantikan berbeza. Kalau nak shopping, berlambak tempat boleh shopping. Ishh....ni hobi tak elok nak ajar awak. Hahaha.....

Kami duduk Darnall, bukan kawasan student duduk ramai2 dan bukan main road. Jadi sy tak tau sama ada duduk dekat dengan kampus kategori hectic ke tak. Kalau rumah kami, Alhamdulillah, sangat peacefull. Rasanya bergantung kepada lokasi rumah. Kalau dok di jalan utama maybe bising skit.

Nur Syuhada Zakariah said...

shopping tu yang best tu...hehehe...
area Darnall tu jauh ke ngan uni? travel by bus or still within walking distance?

Sorry ek..saya banyak tanya..sebab insya Allah..saya akan fly sana for next intake..skg ni nak prepare sikit2 so that tak rushing...

When will you return to malaysia? mana tau we can have a chance to meet up there...

Naflyna said...

Darnall jauh skit dr universiti. Kena naik bas atau tram. Biasanya pelajar berkeluarga saja duduk sini sbb sewa rumah murah skit. Zaman dulu2, sebelum tahun 2000 ramai le undergrad/bujang dok sini. La ni elaun budak undergrad/bujang dah banyak jadi takde langsung yang duduk selain dr city centre. Baru-baru ni pon elaun undergrad/bujang naik lg. Mana yg berkeluarga dengan anak isteri/suami datang cuti tanpa gaji pon tak dapat banyak macam depa. Kayo!!! Huhuhu..... Actually kalau berjimat-cermat duit tu boleh balik kawin lepas grad. Huhuhu...

Rasanya x sempat jumpa sbb kami balik awal tahun depan.

Nur Syuhada Zakariah said...

thank you for your good response. I do appreciate it. Tak sabar lak nak jadi warga Sheffield tahun depan..hehehe..Insya Allah..

Dah nak balik ek awal tahun depan? Ala..tak dpt la chance nak jumpa face to face. :(

Anyway, all the best ya for final presentation nanti...mesti dah start terasa sayu kan nak tinggalkan Sheffield?