Monday, October 5, 2015

Baju Tido Spiderman

Hari Khamis baru-baru ni aku ngan hasben singgah jap ke Matalan lepas balik dari universiti. Takde sale pon tapi saja je singgah sebab dah lama sangat kami tak ke sana. Rindu plak. Bagi yang tak tahu, Matalan ni satu retail outlet yang concentrate jual pakaian and barang perhiasan rumah. Walaupon brand dia taklah se'famous' atau segah Marks & Spencer, H&M, Debenhams, atau Topshop, kami laki bini suka jugak membeli kat Matalan sebab baju baju-baju dia banyak jugak yang cantik-cantik, berkualiti n murah lagi.  

Bila pusing-pusing tu aku terjumpa baju tido Spiderman sesuai untuk Ismael n Ielyas. Kebetulan ada dua design berbeza jadi elok sangat, senang aku nak bezakan yang mana satu Ismael punya dan yang mana satu Ielyas punya. Baju tak sama takpa tapi yang penting tema kena sama sebab depa tak kisah kalau tak exactly sama. Harga sepasang baju tido tu mahal lah jugak, £10, tapi sebab bajunya sangat elok dan aku tau Ismael n Ielyas suka sangat dengan karakter Spiderman (walaupon pada saat aku beli tu depa x pernah pon tengok citer Spiderman baik movie atau kartun bersiri. Ismael kenal Spiderman dari sesi bercerita cikgu dia di sekolah pakai komik dan Ielyas kenal Spiderman sebab abang dia selalu dok sebut-sebut)  jadi aku rasa berbaloilah. Lagi pon duit elaun terkini yang kami dapat baru-baru ni hak si dua beradik tu jugak sebab itu elaun untuk anak-anak jadi aku rasa tak salah sekali-sekala beli yang mahal sikit. Malah, sebagai tanda penghargaan pada depa kerana memahami kesibukan kami yang selalu balik lewat ke rumah lately. 
 
Tapi aku tak terus tunjuk kat depa lepas beli. Aku simpan dulu. Kalau tak mesti depa sibuk nak pakai terus. Aku nak nikmati tengok depa seronok dapat baju tidur tu. Petang tadi (Ahad), lepas mandikan depa baru aku keluarkan baju tidurnya dan tunjuk kat depa. Bukan main seronok lagi si dua beradik. Senyum sampai ke telinga. Senyuman gembira depa tu buat aku lupa kejap segala kekusutan kat kepala. Syukur di atas segala nikmatNya. 

Cantik tak baju kami?

Punya suka Spiderman sampaikan tag baju pon depa nak simpan. Hehehe....

No comments: