Baru-baru ni hasben aku ada beli 3 batang pen di supermarket Asda masa kebetulan kami gi beli barang dapur di situ. Harganya £3 untuk untuk 3 batang. Jangan convert ye. Kira murah la tu dengan nilai mata wang kat sini sebab pen biasa-biasa je pon banyak yang lebih £1 sebatang. Hasben aku bagi le sebatang kat aku. Pen tu aku anggap sebagai sangat special sebab dakwat dia boleh dipadam.
Ini le rupa pen yang dimaksudkan |
Kalau pakai jenis liquid paper, kita kena tunggu beberapa saat dulu sebelum boleh menulis semula atas bekas kita bubuh liquid tu. Sebelum guna pulak kita kena goncang-goncang dan bunyi kluk klak kluk klak masa menggoncang tu boleh buat orang sekeliling terganggu. Bilik aku ni ramai yang sensitif dengan kebisingan jadi sah-sah tak sesuai. In fact, aku tak pernah jumpa sesapa dalam bilik ni pakai liquid paper.
Lagi satu jenis pemadam pen yang ada adalah jenis tali tape putih. Hasil pemadaman dia aku rasa lebih kemas dari jenis liquid tapi adakalanya bila kita tulis menekan sikit, tali tape tu akan bergerak menyebabkan rupanya jadi hodoh.
Yg lagi satu jenis, jenis rubber. Yang ni aku rasa hasilnya paling tak best sebab usaha pemadaman perlu dibuat bersungguh-sungguh. Bila terlampau bersungguh, habis koyak pulak kertas yang dipadam. Pastu habis serbuk-serbuk pemadam bertebaran kat atas meja dan lantai.
Pen yang aku pakai ni telah mengatasi semua kelemahan yang telah disebutkan di atas (tetiba rasa macam terpengaruh dengan gaya menulis literature review untuk phd plak. Huhuhu....Ooopsss...sesapa tak faham sila abaikan) Best kan? Cuma dakwatnya jenis dakwat basah. Tapi aku tetap puas hati sebab nota-nota yang aku tulis tak ada nampak kesan garis cancel atau rupa 'bold' kerana cubaan pembetulan. Kemas!
Pemadam pen terletak di salah satu hujung pen. Kita cuma perlu tonyoh kat tulisan yang kita nak padam, macam kita padam guna rubber. |
Sebelum |
Selepas. Ada la jugak nampak kesan tulisan yang dipadam. Tapi takde le nampak jelas. Kat dalam gambar ni maybe nampak jelas sebab gambar close up. |
Ada nampak kesan padam? Hampir tak nampak kan? Padahal ada beberapa kali kat dalam nota ni aku buat pembetulan. |
Ntah-ntah pen ni dah sangat popular kat Malaysia. Aku je yang tak tau. Maklum le, aku skang ni sibuk ngan dunia aku je. Huhuhu....
6 comments:
He2.mcm x jumpa lg kt cni.mgkn jarang tgk kot.lehla bg kt saya 1 blik msia
Hai kak Lina..suka baca post akak..pen ni xde lg kat Malaysia.
Akak bljr Matrik ke
To anonymous October 1: sape kah gerangannya? Kalau sahabat baik ku, dah ada cenderahati menanti, InsyaAllah.... :)
To anonymous October 2: sy tak pernah belajar matrik tp nota pasal eigenvector tu rsnya mmg a part of silibus matrik. Sy tulis nota tu just nak recall, maklumlah masa blajar dulu x brapa pandai bab vector. Huhuhu......
Kita x penah knl.cuma saya ni suka bc blog naflyna.smpi rasa mcm da knl lama lak.he2..saya SLAI n tgh phd..zuria,staf uthm..
Terima kasih la zuria sudi baca blog saya yang slalu bersawang ni. Zuria buat phd katne? Kat universiti saya ni ada sorang yang saya kenal dari uthm. Syahmir nama dia, bidang mekanikal.
Kat mana jual pen tu
Post a Comment