Setiap hari kami hantar anak kami bergilir-gilir, bahagi tugas hantar Ismael n Ielyas. Maksudnya, kalau hari ni aku hantar Ielyas, hasben akan hantar Ismael. Esoknya pulak aku akan hantar Ismael, hasben akan hantar Ielyas. Giliran ni akan memastikan kami tak ketinggalan memantau perkembangan kedua-dua anak kami. Kat sini, setiap kali hantar anak ke sekolah untuk kelas umur 6 tahun ke bawah terutamanya, parents dibenarkan untuk bersama dengan anak di kelas sehingga loceng kedua dibunyikan yang menandakan waktu belajar formal akan bermula. Biasanya, cikgu kelas akan sediakan bahan latihan atau aktiviti untuk budak-budak buat dalam tempoh 10 minit iaitu tempoh antara loceng pertama dan kedua. So, masa tu kita akan dan assist anak untuk siapkan short learning excercise yang disediakan dan dapat gambaran secara kasar apa yang telah atau sedang diajar di kelas. Kebanyakan parents akan tunggu sekejap untuk observe anak masing-masing dan kami biasanya takkan miss masa tersebut.
Pagi 11 oktober giliran hasben aku hantar Ielyas ke nurseri. Lepas dah bunyi loceng kedua kami hasben n wife jumpa balik di kereta, nak ke universiti. Dalam kereta hasben aku bagitau Ielyas dah boleh tulis nama dia sendiri. Tapi masa dia bagitau tu aku sebenarnya macam tak percaya dan aku pon tak excited sangat sebab dok pikir hal kerja. Huhuhu.....
Then malam besoknya lepas balik dari universiti, tukar baju dan solat maghrib, kami pon layanlah anak-anak. Hasben aku pon suruhlah Ielyas tulis nama dia dengan pen atas kertas suratkabar. Masa dia tulis tu aku tak tengok. Pastu hasben tunjuk kat aku. Maha suci Allah, terkejut aku sebab memang betul Ielyas dah boleh tulis nama dia sendiri. Pastu aku suruh dia tulis sekali lagi sebab aku nak tengok sendiri. Ielyas bukan saja boleh tulis nama dia dengan betul tapi jugak cepat.
Aku tertanya-tanya apa yang teacher dia kat nursery buat sampai ielyas boleh tulis nama dia sendiri. Esoknya aku hantar Ielyas ke nursery. Then aku ternampak ada nama budak-budak di print atas kertas dan kertas tu berlaminate. Satu kertas ada satu nama budak. Then ada bekas besen besar berisi craft sand. Ielyas dia tau dah kalau nak tulis yang baru, dia kena goncang bekas tu. Tak lama pastu teacher Ielyas yang merupakan ketua penyelaras nursery datang kat tempat kami duduk tu n dia suruh sorang budak supaya practice tulis nama. So, begitulah rupanya cara depa ajar budak menulis nama.
Ismael dulu hanya belajar tulis nama bila di Foundation Stage 2. But this time kat Foundation Stage 1 dah diajar. Menulis nama adalah latihan menulis antara yang mula-mula diajar kat sini. Bukan apa, bila depa melukis atau buat kraf tangan, senang depa boleh tulis nama sendiri. Tak perlu cikgu kalut nak tulis untuk setiap budak.
Walaupon Ielyas boleh tulis nama bukanlah sesuatu yang sangat menakjubkan, tapi bagi aku itu sesuatu yang luar biasa sebab umur Ielyas blom pon masuk 4 tahun dan dia hanya berada di nursery setiap hari kurang dari 3 jam dan bukan setiap hari selama 2 jam lebih tu dia akan practice menulis nama. Dia banyak buat aktiviti lain jugak. Bukanlah aku nak canangkan betapa pandainya anak aku kat sini but the main point is pendekatan awal mengajar anak menulis. Bolehlah cuba.
2 comments:
Nak tanya,kalau ielyas di nursery kurg 3 jam,lg 6 jam,dia kat rumah ke?ke ikut korg p univ?he2..just nk tau je kehidupan oversea
pandai dah ielyas...mokti rindu kat ielyas...
Post a Comment