Friday, June 19, 2015

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan. Semoga bulan yang mulia ni memberi banyak kebaikan dan keberkatan untuk kita semua. Ini mungkin Ramadhan terakhir kami di bumi ratu sebelum balik for good tahun depan. 

Awal Ramadhan tahun ni kami berada dalam zon waktu siang terpanjang. Jadi kami kena berpuasa lebih 19 jam. Sahur kami hasben n wife cuma minum air n jamah yang ringan-ringan je. Nak makan berat masih rasa kenyang lagi sebab bukak puasa hampir kol 10 mlm. Pukul 2 dah bangun sahur yang dikira hujung waktu dah tu, memang tak makan le yang berat-berat. Alhamdulillah, tengah berpuasa cabaran lapar tu pada aku takde apa sangat. Cabaran terawikh la yang paling hebat sebab waktu Isyak kan masuk lewat. Kalau pergi masjid buat lapan rakaat, paling awal boleh balik dalam kol 11.30 malam. Itu kira kalau gi masjid yang ambik pendekatan solat Isyak awal sikit. Kalau follow 20 rakaat bertabahlah sungguh-sungguh sebab rasanya lepas kol 12 baru boleh balik. Memang kena kuat semangatlah untuk dapat pahala terawikh. 

Ketika hampir waktu berbuka puasa 1 Ramadhan semalam

Simple aje menu kami: kuih seri muka, nasi putih berlaukkan ikan pakasam dengan pajeri terung. Tapi syukur Alhamdulillah sedap sangat. Oopsss...ternampak la pulak dua kotak besar sabun. Stok sebab malas gi shopping n letak kat situ sebab takde tempat sesuai nak simpan. Situ lah yang paling sesuai.

Kelmarin, before 1 Ramadhan, kami hasben n wife bersama sorang lagi rakan seperjuangan pergi makan kat Efes restaurant, restaurant favourite kami yang terdekat dengan department kami. Saja nak tempek gambar kat sini untuk kenangan. 

4 comments:

sweetie said...

Salam Ramadan Naflyna... anak saya ada juga mengajak saya dtg awal sebelum graduation daynya Julai ni dan berpuasa sama-sama di sheffield tp anak perempuan pula tak mahu... Kalau tak boleh juga saya merasa berpuasa 19 jam...

Ini tahun akhir di UK ye...

Naflyna said...

Kak sweetie, tengah panas dah skang ni nak cuba rasa puasa 19 jam. Huhuhu..... Kak sweetie bila nak datang sheffield?

liesya said...

salam sis lyn, boleh dapatkan email or contact number x? saya bakal pelajar uni sheffield bulan 9 ni..insyaAllah.

Naflyna said...

Wslm. My email: azlyna81@hotmail.com