Thursday, June 11, 2015

Carboot Sale

Pagi Ahad lepas kami berpeluang ke Oldcotes carboot sale setelah agak lama tak gi. Kali terakhir kami gi sebelum tu tak berapa best sebab seller tak ramai dek kerana cuaca yg masih sejuk. Sehari sebelum nak gi tu aku memang excited sangat nak gi sebab tengok ramalan cuaca menunjukkan cuaca cerah. Kerana cuaca cerah, kami menjangkakan carboot sale akan sangat meriah dengan orang menjual dan jugak orang membeli. Hasben aku siap simpan duit syiling seminggu sebelum nak gi supaya senang nak membeli. 

Kami gi awal pagi, kol 6.30 pagi dah bertolak dari rumah. Rasanya first time kami gi carboot seawal tu. Biasanya paling awal kami boleh gi dalam kol 7.30 pagi sebab hasben ada kerja nak kena buat. Lagi pon weekend biasanya kami bermalas-malasan skit nak start aktiviti. Perjalanan ke Oldcotes memakan masa lebih kurang 1/2 jam. Sebelum kami boleh parking kereta jalan agak jem sebab ramai orang nak ke carboot sale jugak. Tapi mujur jem tak jauh. Malang skit kami sampai lewat 10 minit melepasi kol 7. Jadi kena la bayar parking £1. Kalau tak jem most probably kami boleh sampai before kol 7 n hanya perlu bayar 50p je.

Seperti yang telah dijangka memang sangat meriah lah carboot sale hari tu. Penuh 3 kawasan utama dengan seller. Kami tak lalu semua lorong pon sebab banyak sangat. Yang paling best aku dapat semua beli semua barang yang aku target: flashcards untuk ajar Ismael membaca dan 3 buku citer Harry Potter untuk complete kan koleksi buku Harry Potter yang aku dah ada. Of course le dapat barang-barang lain jugak yang antaranya adalah langsir Ikea untuk bilik anak-anak kat rumah di Malaysia nanti, talam jamu air, buku-buku untuk anak-anak n album gambar (brand new) style boleh tampal-tampal dan ubat gigi Colgate untuk anak-anak jugak. Itu baru yang aku beli. Belum campur yang hasben beli. Belian dia yang aku rasa paling worth adalah beg Fred Perry yang nampak macam brand new. 

Kawasan ni biasanya hanya ada seller masa summer aje. Cer tengek yang nampak nun jauh di belakang tu kawasan carboot sale jugak tu. Besar carboot sale kat sini kalau cuaca baik. 

Biasanya dua beradik tu akan jalan ngan papa dia kalau gi carboot sale sebab depa tahu kalau gi ngan papa konpem dapat toys. 

Dua beradik seronok dapat water gun. Two water guns for 80 pence.

Ielyas masih mencari toys lagi. Biasanya Ismael n Ielyas  cari robot kecik-kecik.

 Walaupun cuaca nampak panas, tak rasa panas sebenarnya. 

 Ismael dah dapat bola boleh kecik boleh transform jadi robot dia dah puas hati. Masa ni dia dah berkali-kali ajak balik. Huhuhu.....

 Aku pon nak bergambar kenangan jugak sebab selalu gi carboot sale sibuk cari barang je, tak pikir nak ambik gambar.

 Hasben beli beg Fred Perry ni. Kebetulan dia memang tengah cari beg macam ni. Nampak macam sangat baru. Takde cacat cela. Baru £1.50. Harga pasaran lebih £30!

7 kotak baru £1. Kalau beli kat supermarket £1 satu kotak. Aku agak orang tu beli banyak tapi pastu anak dia tak suka kot tu yang dia jual.

Langsir Ikea yang sangat cute. Sepasang £3. Ni persediaan untuk hias bilik anak-anak bila balik Malaysia nanti.

Ini belian yang paling aku syok sebab aku tak perlu sibuk nak buat flashcards sendiri. Alhamdulillah jimat masa aku. 

Album gambar brand new

Kebetulan sebelah kawasan carboot tu ada ladang barli. Mula-mula aku tak perasan. Tiba-tiba aku terperasan masa angin tengah bertiup n aku masa tu berdiri kat tepi satu hujung. Aku nampak hamparan tanaman bali beralun cantik ditiup angin. Maha suci Allah, sangat-sangat cantik dan mengkagumkan. Kami sempat la ambik beberapa keping gambar. Menyesal plak aku rasa tak bawa kamera masa tu. Jadi pemandangan indah tu hanya boleh diabadikan dengan aku punya iPad camera yang tak berapa nak cantik hasilnya. Tapi ok lah daripada takde langsung. Kalau pakai kamera henpon aku lagi le tak cantik. 



Dalam kol 10 lebih baru kami bertolak balik. Seronok sungguh gi carboot sale hari tu. Terapi minda terbaik untuk kami sekeluarga 😄

No comments: