Sebaik saja dapat hasil projek 1st Photobook aku aritu, aku bukan main excited nak buat projek photobook seterusnya. Tapi malangnya aku tak sempat nak habiskan projek 2nd photobook sebab nak buat satu photobook yang betul-betul puas hati makan masa sangat lama bagi aku. Nak pilih gambar, susun gambar, edit gambar, pilih frame, pilih background, letak labels, letak effect - semua tu memerlukan kesabaran, ketelitian, ketekunan, pemerhatian dan yang paling penting masa, ya....masa. Masa tu lah part yang paling susah bagi aku.
Setelah hampir satu setengah tahun berkubur dalam laptop akhirnya 2 minggu lepas aku berjaya siapkan the 2nd photobook. Tapi jumlah muka suratnya aku kurangkan dari plan asal. Ye la....sebab nak cepat siap. Dapat siapkan tu pon sebab desperate nak format laptop, takut kalau save n pastu nak bukak tak boleh. Aku stay up satu malam untuk settle kan. Hahaha....boleh plak stay up sbb photobook.
Photobook yang dinanti selamat sampai Thursday last week. |
Cover depan |
Photobook ni cerita tempat-tempat yang kami gi tak jauh dari Sheffield |
Oleh kerana aku dah takde masa nak buat next photobook, lepas abis belajar je la aku sambung balik. Lagi pon baru je baca blog Kisah Insyirah pasal photobook n dapat info harga buat photobook kat Malaysia lagi murah.
Oooo....bagi sesapa yang nak cuba buat photobook kat UK boleh lah cuba buat di Albelli. Untuk tempahan 1st photobook boleh dapat GBP15 off. Kualitinya aku kategorikan sebagai superb dan pilihan untuk editing sangat banyak berbanding yang aku pernah buat di Snapfish.
Nota kaki:
Actually projek photobook aku yang seterusnya adalah photobook style gambar tampal-tampal sendiri n buat 4D embellishment. Tapi nampaknya kena simpan dululah projek impian tu. Hrmmm.....entah nanti ada ke masa nak buat bila dah start kerja. Takut tinggal impian je.
2 comments:
Wahh comei photobook :)
Ana setuju 100% perlukan banyak masa untuk buat photobook kalau nak yang betul. Tapi la ni Ana just guna template sedia ada bagi memudahkan dan menjimatkan masa untuk design, just perlu edit sikit-sikit sahaja :) Cuma pemilihan gambar untuk dimasukkan dalam photobook ini ambil masa lama sikit sebab Ana suka buat macam storyline :)
Sbb nak buat stroyline tu lama jugaklah saya simpan je niat nak buat photobook yang strusnya. Huhuhu....
Post a Comment