Tuesday, December 31, 2013

Ismael Menjalani Pembedahan

Masa tengah menaip post ni (24 Disember 2013) aku sedang berada di Sheffield Children Hospital. Petang semalam Ismael baru saja menjalani satu pembedahan dekat telinga sebelah kiri sebab ada satu macam ketumbuhan kat situ.

Sebenarnya kami realize ketumbuhan tu masa kami mula-mula sampai ke Sheffield, masa tu kami tengah menumpang di rumah kawan sementara nak tunggu dapat masuk ke rumah sewa kami. Waktu tu ketumbuhan tu besarnya macam sebutir pasir je. At first kami bawa Ismael jumpa GP (doktor kat klinik kesihatan awam kat sini panggil GP). GP kata most probably takde apa sebab Ismael tak menunjukkan simptom lain macam demam kerana ketumbuhan tu. Dia kata ketumbuhan tu mungkin akan hilang by time. Tapi dia tetap bagi kami appointment untuk further check up kat Children Hospital. First time gi buat check up kat hospital, doktor tengok macam tu je. He said nothing to worry. Pastu dia bagi appointment hari lain plak untuk scan. Stress jugak aku sebab nak tunggu giliran tu lama dan setiap kali kena ke hospital bermakna aku hilang hari kerja untuk PhD. So, appointment kedua di hospital untuk pergi scan je. Mula-mula macam nurse je yang scan. Tapi pastu dia panggil doktor untuk tengok scan sebab aku agak dia tak pasti kot apa benda. Yang tengok scan tu doktor lain plak dari doktor masa 1st appointment sebelumnya. Bila aku tanya dia, dia kata yang sama, nothing to worry. Oleh kerana semua appointment doktor kata "nothing to worry" kami pon buat tak tau la bila ada appointment seterusnya (appointment yang ketiga) dibuat oleh pihak hospital. Lagi pon masa appointment hospital yang kedua aku ada tanya ngan doktor, ada appointment ke lagi lepas tu. Doktor kata takde dah.  Tiba-tiba, tak lama lepas kami tak gi appointment yang ketiga sampai satu surat dari hospital, specifically dari doktor masa 2nd appointment yang memberitahu Ismael disyaki mempunyai skin cyst setelah dia rujuk dengan rakan doktor dia yang aku kira sorang doktor pakar. Dalam surat tu jugak ada sebut yang Ismael perlu menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tu. Apa lagi, serabut le kami suami isteri. Appointment yang dibuat semula seterusnya kami tak boleh nak pi pulak, sebab apa aku pon dah tak ingat. So, sebulan lepas tarikh yang diberi tu, dalam hujung bulan november kalau tak silap baru dapat appointment ngan doktor pakar. Doktor tu pakar ENT. Sebenarnya few months lepas 2nd appointment tu aku prasan ketumbuhan tu makin besar sikit demi sikit. Masa appointment ketiga tu kami diberi penerangan oleh doktor mat salleh tu tentang operation tu dan kami boleh tanya apa-apa yang kami nak tau. Doktor yang merawat Ismael kali ni lebih friendly berbanding doktor-doktor yang sebelumnya dan English dia jelas. English local people adakalanya aku rasa susah nak faham sebab loghat Yorkshire dia membuatkan sebutan perkataan dia banyak yang pelik. Kalau bukan doktor tempatan, UK ni ramai jugak doktor import jadi lain pulaklah loghatnya. Doktor tu bagitau dia sendiri tak pasti apa sbenarnya punca ketumbuhan tu tapi dia cuba meyakinkan kami untuk tak risau pasal pembedahan tu sebab dia pernah buat pembedahan yang serupa banyak kali dan risikonya kecik. Oleh kerana makin besar, doktor suggest untuk buang sebab dikhuatiri kalau dibiar makin complicated untuk dibedah. Sebelum dibuang besarnya dah mencecah lebih kurang 2.5cm x 4cm.

Ismael memang nampak ok walaupon ada ketumbuhan antara pipi n telinga kiri dia. Orang tak perasan sebab benjolan ketumbuhan tu tak nampak dengan mata kasar kalau pandang sekali imbas.

Masa hari untuk pembedahan, aku, hasben n Ismael bertolak ke hospital dalam pukul 10 pagi naik tram, 23hb Disember (Isnin). Kami tak naik kereta sebab parking hospital very limited. Appointment untuk Ismael kol 11 pagi. Beberapa minit lepas daftar sorang nurse datang bubuh sejenis krim yang dia panggil 'magic cream' nak bagi kebas kat kedua-dua belah belakang tapak tangan. Pastu atas krim tu dia bubuh macam crytal clear plastic sticker untuk lindung cream tu. Pastu tunggu lama sangat sebelum boleh oparation. Mula-mula nurse tu estimate boleh operate dalam pukul 1.30 tengah hari. Tapi bila jam dah tunjuk kol 1.30 kami masih lagi menunggu. Ismael dah beberapa kali ajak balik sebab dia dah bosan n aku rasa dia lapar jugak. Ismael hanya makan sekeping apam balik masa sarapan kol 7 pagi. After 7.30 dia dah tak dibenarkan makan tapi hanya boleh minum air kosong. Itu pon sampai jam 11.30 pagi. Masa kol 11.25 aku suruh dia minum air skit takut nanti dahaga n alhamdulillah dia tak mintak nak minum lepas tu sebab kalau tidak jenuh la kami nak kena pujuk dia mengamuk. 



Mujur kat tempat menunggu ada banyak mainan untuk Ismael main, jadi taklah dia bosan untuk beberapa jam. Ismael kena pakai baju untuk operation dan dalam gambar boleh nampak ada tanda anak panah dekat leher dia menunjukkan kawasan yang dibedah. Salah sorang doktor datang buat tanda anak panah tu masa Ismael sibuk main.

Sementara menunggu, soalan dah berkoyan dah kena jawab. Nurse tanya, setiap doktor yang terlibat untuk operation Ismael pon datang tanya silih berganti. Semua sekali ada 4 doktor yang terlibat. Setiap doktor datang personally perkenal diri, bagi info, tanya soalan n allow kami tanya apa-apa soalan. Semua doktor very friendly terutamanya doktor pakar bius. Kami diberi penerangan detail terutamanya pasal bius dan risikonya. I guess because after operation kesan bius lah yang paling ketara.

Lebih kurang 2.45 petang barulah nama Ismael dipanggil untuk mula operation. Untuk bius hanya aku dengan ismael je yang boleh masuk ke bilik bius. Aku volunteer instead of papa dia sebab hasben tak berani tengok orang kena cucuk, boleh pengsan dia, serius ok. Aku tau dia boleh pengsan sebab dulu masa aku admit ward dia nampak macam dah nak terkulai bila aku kena injection kat tangan.  Di bilik bius aku diminta untuk dudukkan ismael di riba aku dan pastu dokor n sorang nurse laki n sorang nurse pompuan try cari urat darah kat tempat yang dibubuh magic cream tadi tapi depa kata tak nampak urat darah. Jd kena guna cara kedua untuk bius iaitu pakai gas, macam sedut gas untuk orang asma tu. Bila doktor suruh suruh ismael tiup dia ikut cakap doktor n of course lah lepas dia tiup dia akan tarik nafas kan. So, lepas 4, 5 kali tiup dia dah mula terkulai, tapi pastu dia sedar kejap n meggelupur skit. Masa dia tengah dok meggelupur tu doktor suruh aku angkat dia ke atas katil n lepas dia sedut lagi 3, 4 kali, dia terus tak sedar, kepala dia dan dan tu jugak terlentok macam orang berlakon mati kat dalam tv. Pastu doktor cepat2 susruh aku kiss ismael n beredar dari situ. Sedih jugak tengok Ismael tak sedar diri but I was ok, didn't cry.

Oleh kerana dah lapar sangat jd kami gi makan dulu. Bagusnya, pihak hospital ada sediakan alat macam pager. Alat tu akan vibrate n blinking bila operation dah selesai n untuk allow parents/carer bersama dengan budak yang telah selamat menjalani operation. Alat tu jugak akan berbunyi kalau kami berada di luar kawasan. Lepas makan kami ingat nak tunggu dekat ngan ruang menunggu operation theatre tp penuh pulak. Jd kami pon pi lah menunggu kat ruang menunggu Accident and Emergency. Rasa mengantuk tapi tak boleh nak tido sbb risau kot dengan keadaan Ismael.

Sebelum pembedahan doktor cakap operation akan mengambil masa 2-3 jam. Lepas 2 setengah jam aku dah mula menggelisah. Ismael mula operation kol 2.45 petang. 6.30 petang alat pager tu vibrate n blinking. Kami cepat-cepat gi ke ruang menunggu dekat dengan bilik operation. On the way nak ke sana kami terserempak dengan salah sorang doktor yang operate Ismael, doktor pakar bius. Kami tengok dia macam kalut nak balik umah. Maklumlah, ramai orang dah nak cuti nak sambut krismas. Tapi dia sempat bagitau Ismael did good and ketumbuhan tu dah dibuang sepenuhnya. Masa aku nak masuk tengok Ismael tu aku tengok dia tengah menangis. Dia kata sakit. Hasben tak berani masuk sebab dia seriau tengok darah. Memang banyak darah nampak kat telinga Ismael. Dekat tempat dibedah tu ada satu tiub kecik yang disambungkat ke satu botol yang fungsinya untuk menakung darah daripada meleleh macam tu saja. Masa aku cium Ismael masa tu memang bau hanyir darah lah kat dia. Sian sangat tengok dia masa tu. Rasa nak menangis pon ada tapi aku gagahkan jugak diri sebab kalau aku menangis takut Ismael lagi emosi. Oleh kerana aku jangka Ismael mesti lapar dan dahaga, aku offer dia air. Ismael minum satu cawan habis n pastu dia nak lagi. Tapi nurse cakap jangan bagi banyak dulu. Aku pon tak pasti kenapa. Pastu Ismael dibawa masuk ke ward. Di ward Ismael menangis-nangis nak minum air. Nurse kat ward ok je aku bagi Ismael minum lagi. Ismael minum bercawan-cawan menunjukkan dia sangat dahaga. Tapi tak lama pastu dia muntah, kesan dari ubat bius aku rasa. Mujur muntah air kosong, taklah kelam kabut aku membersih. Hasben memang tengok je sebab dia tak berani tengok keadaan Ismael. Elok dia tak tengok sebab kalau tengok takut pengsan dan kecoh pulak satu ward. Huhuhu.....

Di ward, selepas operation

Panjang keratan untuk pembedahan tu sbenarnya panjang dan berlekuk tapi kat gambar ni tak nampak la sebab berbalut. Dalam gambar nampak salur tiub kecil yang mengalirkan darah dari tempat bekas operate dan darah masih mengalir keluar sebab baru lepas operate.

Dalam gambar ni nampak jelas sikit salur tiub dan botol penakung darah. Masa ni pagi keesokan hari lepas operation dan botol tu baru dikosongkan oleh nurse. Darah yang mengalir dah mula menunjukkan tanda nak berhenti

Lebih kurang sejam lepas masuk ward, lepas Ismael merengek nak itu dan ini akhirnya Ismael senyap tengok kartun Peppa Pig. Kat setiap katil pesakit ada personal tv. Macam-macam pre recorded vidoes ada untuk budak-budak. Memang terbaik lah. Setiap tv dibekalkan dengan headphone supaya tak kacau pesakit lain. Headphone tu tak perlu letak atas kepala. Aku just letak sebelah telinga, Ismael dah boleh dengar Peppa membebel. Tak sampai sejam lepas tengok kartun Peppa Ismael tido. Malam tu bermalamlah kami dua beranak di ward. Hasben boleh je nak bermalam sekali tapi sebab risau plak keselamatan kereta kami yang di parking kat tram stop jadi dia balik umah. Alhamdulillah Ismael tido nyenyak malam tu. Nurse datang amik blood pressure n temperature berkali-kali pon dia tido je. Cuma ada dua kali aku terpaksa kejutkan dia tengah-tengah malam sebab nak bagi makan ubat dan lepas tu dia tido balik dengan mudah. Alhamdulillah juga untuk setiap katil pesakit disediakan satu katil extra, bantal dan selimut. Jadi aku boleh berbaring dengan selesa sambil tengok-tengok Ismael. So, taklah lenguh badan dan tak letih sangat meneman Ismael bermalam di hospital. Mujur jugak di hospital ni ada kemudahan surau siap dengan tempat wuduk yang sangat proper, sangat selesa. Jadi, takde masalah nak solat.

Ada surau kat hospital

Pagi esoknya kol 6.30 pagi aku bangun gi smayang subuh dengan harapan Ismael tak jaga selama aku tinggal dia untuk solat. Syukur Allah kabulkan permintaan aku. Masa balik dari solat aku tengok Ismael masih nyeyak tido. Tak lama pastu nurse tanya sama ada Ismael nak breakfast sebab dia tau Ismael masih belom makan lepas operate. Jadi aku request cornflakes+milk. Nurse bagi semangkuk besar (I guess standard orang dewasa makan) dan Ismael makan licin. Dia lapar sangat la sebab kali terakhir dia makan adalah pada hari sebelumnya jam 7 pagi. Kira dah 24 jam tak makan, just minum air kosong je. Pastu bila hasben datang dia bawa roti canai yang Aisyah buat dan Ismael makan sekeping habis.

Kami diberitahu kami boleh balik hari tu jugak memandangkan keadaan Ismael baik sahaja, darah kat telinga tak meleleh lagi. Before balik nurse nak cuci darah kering di tempat operate dan bukak salur tiub kecik di telinga dia. Masa nurse cuci telinga dan cabut wayar tu Ismael meraung-raung la sebab sakit. Baru aku tau rupanya salur tiub tu dimasukkan ke bawah kulit dekat ngan telinga dia tu lebih 1/2 jengkal. Patut la botol yang menakung darah dia tu boleh tergantung dan tak jatuh bila tak dipegang. 

Kami balik dengan kereta kami dan sepanjang perjalanan dari ward nak ke pintu keluar hospital tu aku dukung dia sebab kesian kat dia yang dok menahan sakit tapi dia senyap je masa tu. Lepas keluar pintu hospital aku suruh dia jalan sikit dan dia ok je dalam keadaan sejuk-sejuk dengan angin bertiup kuat jugak. Kami tunggu papa dia datang dengan kereta kat bus stop depan hospital, tak lama, tak sampai 2 minit. Ismael memang kuat semangat pada aku sebab dalam keadaan dia macam tu dia masih boleh cakap dengan aksi comel: "mama, angin kuat, angin kuat".

Inilah antara dugaan PhD kami suami isteri. Tapi dugaan ni lebih berat bagi Ismael yang menanggung. Semoga Allah beri kesihataan yang baik untuk anak-anak kami dan mereka menjadi anak-anak yang soleh.

2 comments:

Unknown said...

Semoga cepat sembuh. Insyaallah budak2 cepat sikit recover. Apapun selamat tahun baru Lyn and family.

Unknown said...

Get well soon Ismael, nanti free aunt pi visit yek...hehehe..
To Lyn and Nafri, semoga semakin kuat dan tabah menghadapi cabaran...
Actually, to myself gak nie...hehehe