Saturday, March 1, 2014

Jelajah Spain - Part 1 - Dari East Midlands ke Malaga

Hujung tahun lepas kami decide untuk jalan-jalan ke luar UK dan kebetulan masa tu Perantau Holiday, tour agency yang dimiliki oleh tuan umah kami buat offer buy one free one pakej percutian ke Spain £199 per head utk penduduk Melayu di Sheffield. Sebab kami 4 beranak jadi total package cost yang kami kena bayar adalah £398. Pakej tu untuk 4 hari 3 malam, include penginapan 3 malam+breakfast, bus service sepanjang lawatan dan tiket masuk untuk tiga tempat lawatan utama (Masjid Cordoba, Medinat Az-Zahra dan Al-Hambra). Tiket kapal terbang pergi balik kami kena beli sendiri dan kami naik Easy Jet, salah satu perkhidmatan penerbangan tambang murah yang famous kat UK ni. Harga tiket flight untuk pergi balik £219 untuk 4 beranak. Setelah dicampur kira kesemua perbelanjaan termasuk makan minum, souvenir dan segala perkara kami habis lebih kurang £800. Kami kira sangat berbaloi sebab untuk 4 beranak, dapat pergi 3 tourist spots yang memang sangat famous di dunia (cerita pasal 3 tempat tu tercatat dalam buku teks form 5 Sejarah Peradaban Dunia masa zaman aku skolah dulu, la ni masih ada lagi kot), tak payah pikir segala urusan tempahan hotel dan pengangkutan kat sana dan hotel penginapan yang aku kira cukup selesa dengan salah satu daripadanya bertaraf 4 bintang.

Pakej yang kami ikut tu pakej rombongan beramai-ramai satu bas. Oleh kerana kami perlu pastikan kami berada di bandar Malaga (Spain) sebelum trip bermula dan kami perlu tempoh bertenang selepas lebih sejam perjalanan dari Sheffield ke East Midlands Airport dan lebih 2 jam flight dari East Midlands ke Malaga jadi kami decide untuk berada di Malaga sehari lebih awal dari hari bermula siri penjelajahan sebenar ke Bumi Spain. Kami bertolak dari umah lepas sembahyang asar, dalam pukul 2 ke East Midlands Airport dan kami sungguh bernasib baik sebab kami pergi skali dengan van owner Perantau Holidays sebab fligt dia dan pekerja tourist guides dia sama dengan yang kami tempah. Sebenarnya memang kami purposely pilih flight yang sama berdasarkan cadangan dia juga. Jadi kami boleh berkongsi pengangkutan ke airport. Umah dia plak selorong je dengan umah kami kira mudah lah. Kami just bayar sebahagian daripada kos parking untuk selama kami berada di Spain dan yang lainnya atas tuan umah kami. We were very fortunate. Cuma malangnya kami check in lambat sebab bila pintu gate dibuka kami sibuk tukar pampers Ielyas sebab dia berak la pulak. Jadi kami sekeluarga kena beratur agak hujung untuk naik flight. Kat sini practice dia tak sama macam Air Asia. Kalau Air Asia, penumpang yang tua dan ada anak kecik diberi keutamaan untuk naik flight dulu. Kat sini dia follow first come first serve basis. Masa tu dok risau kami kena dok dalam flight berpecah. Mujur landlord kami dan anak buah dia menyelamatkan keadaan bila salah sorang anak buah dia sanggup gave up tempat duduk dia dan kami boleh duduk berempat dalam satu row. Ielyas buat hal skit dalam flight. Ielyas meraung bersungguh bila flight take off dan landing. Dia tak mau pakai safety belt dan meronta-ronta dia suruh kami bukak. Bila turbulent dia meraung ketakutan dan kami bersabar jelah. Ada orang yang sangat tak beradab buat muka tak puas hati. Geram jugak aku tengok. What to do, he just a little kid. Ismael takut jugak cuma dia peluk aku atau hasben sekuat hati dia. Ielyas jugak poo (sekali lagi) dalam flight dan entah macam mana dia dapat idea untuk buat diri dia jadi bola ping pong. Dia suruh kami pass dia kejap2 nak dok kat hasben dan kejap2 nak dok kat aku.

Masa kami sampai di Malaga Airport, hari dah malam. Lepas masing2 amik luggage kami naik bas untuk ke hotel yang telah ditempah. Peserta rombongan yang sampai dua atau satu hari lebih awal masing-masing bermalam di hotel yang sama, tak jauh dari airport. Kami agak malang sebab tak diberitahu awal supaya bawa bekal makan dari umah. Tuan umah kami dan pekerja dia siap bawa bekal beras + rice cooker dan lauk ok. Depa letak dalam luggage jadi selamat untuk lepas masuk. Oleh kerana agak lapar dan aku pasti anak-anak memang lapar, kami request beli makanan apa yang patut kat stesen minyak dekat dengan tempat kami turun bas. Oleh kerana dekat Spain musim sejuknya macam rasa hujung spring UK, tak panas sangat dan tak pulak sejuk sangat, jadi kami kasi chance kat Ismael n Ielyas untuk enjoy berkubang kat bath tab bila sampai hotel.

Aku rasa nilah part yang paling Ismael dan Ielyas enjoy selama kami berjalan di Spain. Yang pi tempat-tempat lain tu mesti dia pikir, apa la mama n papa ni asyik pi tempat tengok-tengok bangunan je.

Esoknya, pagi-pagi lagi (taklah pagi sangat, hari dah cerahlah jugak kat luar) kami dan peserta  rombongan yang lain turun sarapan dan lepas tu terus ambik bas ke Airport Malaga semula sebab semua peserta rombongan dikehendaki berkumpul kat sana. Ada sebahagian lagi peserta yang akan sampai pada hari lawatan bermula.

Sementara tunggu peserta rombongan lain sampai kami pusing-pusing dulu dalam Malaga Airport

Bila semua peserta dah ada, kami naik bas yang telah disewa khas untuk selama tempoh lawatan kami di sana. Kebanyakan peserta rombongan adalah pelajar undergrad Brunei yang belajar di serata UK. Hanya ada dua famili je yang turut serta dan kami salah satu daripada dua famili yang ada. Famili lagi satu pon bawa anak 2 orang macam kami. 


GIBRALFARO

Siri jelajah Spain kami bermula dengan lawatan ke tempat-tempat menarik di bandar Malaga. Destinasi pertama kami adalah Gibralfaro, sebuah istana nun di puncak bukit. Istana ni telah dibina semasa zaman kegemilangan Islam di Spain oleh Abd-al-Rahman III, Khalifah Cordoba.Cordoba ni pada masa zaman dulu adalah salah satu pusat tamadun Islam yang sangatlah maju di Spain. Tapi Cordoba untuk pengetahuan korang bukanlah dekat pon dengan bandar Malaga. Bunyi macam pelik pulak. So, apa kaitan Cordoba dengan Malaga? Ala...secara logiknya macam contoh Putrajaya maju, lepas tu kerajaan buat Istana Negara yang baru kat Jalan Duta. Putrajaya ngan Jalan Duta bukan dekat pon kan. Haa...macam tulah lebih kurang analoginya.


Dari Gibralfaro, kita boleh nampak pemandangan bandar Malaga dan juga pelabuhannya. Memang sangat cantiklah pemandangan yang boleh kita tengok dari Gibralfaro. Masa on the way nak ke Gibralfaro, kita boleh nampak rumah orang-orang kaya Malaga yang sangatlah cantik. Aku dah tengok senibina dua negara Eropah iaitu England dan Wales sebelum ni yang hampir takde perbezaan. Senibina umah orang Malaga memang sangat ketara berbeza dari senibina umah orang UK. Kat bawah ni adalah antara pemandangan yang boleh kita tengok kat dari Gibralfaro.





Kami bernasib baik sebab kami boleh dapat diskaun untuk masuk ke Gibralfaro bila tunjuk student card. Dengan anak kecik bila melawat sini kenalah cukup stamina terutamanya bila anak nak didukung sebab kena panjat sana sini. Tapi serius berbaloi penat memanjat sebab pemandangannya sangat menakjubkan. Dalam dok sibuk bergambar n main ngan anak-anak aku nyaris hilang handbag aku. Mujur ada orang Malaysia (yang aku tak pasti sama ada dia dalam rombongan kami atau tak) terjumpa handbag aku dan dia jerit-jerit dari atas tanya ada sesapa tertinggal handbag. Kalau tak, tak tau la macam mana kami empat beranak nak balik ke UK sebab semua passport ada dalam handbag tu.

Masa ni aku tak perasan pon aku tak galas handbag

Ini kat dalam Gibralfaro. Ini pokok zaiton. First time aku tengok pokok zaiton. Zaiton adalah tanaman pertanian utama di Spain. Memang tersangatlah besar dan banyak ladang zaiton kat sana.

Kat dalam Gibralfaro jugak first time dalam hidup aku, aku tengok pokok limau. Pokok limau adalah pokok hiasan utama di serata tempat dalam bandar-bandar di Spain dan kalau korang nak tengok pokok limau berbuah lebat dengan buah warna oren yang cantik kena datang masa musim sejuk. Kalau mai musim lain tak dapatlah tengok buahnya. 


ALCAZABA DAN PUSAT BANDAR MALAGA
 
Lepas selesai lawatan di Gibralfaro kami naik bas semula dan pergi pulak melawat sekitar bandar Malaga. Kat dalam bandar Malaga ni ada satu lagi tourist sport dikenali sebagai Alcazaba. Alcazaba ni satu istana dan juga benteng pertahanan yang dibina selepas pembinaan istana Gibralfaro. Kami tak masuk ke situ sebab kami rasa dah cukup kot just amik gambar dari depan Alcazaba tu. Budak-budak Brunei yang masuk kat situ pon kata pemandangan kat dalam tu lebih kurang sama je dengan Gibralfaro dan depa kata pemandangan dekat Gibralfaro lagi lawa.

Sebahagian dari Alcazaba

Sebaik turun dari bas untuk melawat ke sekitar bandar Spain kami ditunjukkan dulu tempat oleh tourist guide kami kat mana kami boleh beli makanan halal. Ada satu kedai je pun restoren halal. Kat Spain bukan senang nak cari kedai halal macam kat UK. Kami makan tengah hari kat situ dan diingatkan juga sama ada makan malam kat situ atau boleh tapau kalau mau.


Lepas ditunjukkan restoren halal yang ada tak jauh dari Alcazaba, masing-masing diberi kebebasan sama ada nak masuk Alcazaba atau nak jalan-jalan sekitar bandar Malaga sehingga satu tempoh yang diberikan dan tempoh tu aku rasa puas la untuk kami menikmati pemandangan sekitar dengan selesa (dengan keadaan kami yang bawa dua budak kecik) tanpa perlu rushing. Meh tengok plak pemandangan sekitar bandar Malaga.







Lewat petang baru kami bertolak ke hotel. Oh ye, setiap malam kami tido di hotel berbeza sebab jarak dari satu bandar ke satu bandar yang lain yang kami gi jauh jugak jaraknya. Keesokan harinya kami melawat tempat menarik di Sevilla pulak. Nantikan episod jelajah Spain kami dalam post seterusnya nanti.

Sampai hotel kami bagi makan Ismael dan Ielyas dan pastu depa enjoy tengok citer kartun. Tak lama pastu kena tido awal sebab jadual lawatan kami bermula jam 7 pagi.

1 comment:

liza aziz said...

Assalamualaikum

Pengalaman saya ke spain sgtlah menasyikkan. Mujurlah says ikut travel agent yg mmg dah bertahun uruskan percutian kami sekeluarga dan staff2 saya

Sebelum ke spain saya ke nz and australia inshaAllah august ni ke balkan bersama travel agent yg sama

Mahira travel and tours sdn bhd
0362765610

Kalau berpeluang utk deal dgn owner nya sendiri lebih baik sbb sgt sgt memahamk kemahuan kita dan flexi