Saturday, March 8, 2014

Butik Muslimah Meletup!

Ooopss.....bukan butik meletup kena bom ke apa....tapi meletup dengan koleksi pakaian muslimah yang buat hati aku tergedik-gedik nak beli.

Sebab Aidilfitri tahun lepas kami sekeluarga pakai baju raya tahun sebelumnya dan lepas tu raya haji kami pakai lagi baju yang sama, tahun ni aku teringin la plak nak kami pakai baju baru plak. Alamak! Bulan puasa pon lambat lagi dah cerita pasal raya? Yer la....kena la buat preparation awal takut nanti sibuk dan sebab kalau pakai pos biasa untuk ke hantar ke UK makan masa 2-3 bulan baru sampai. Lagi pon aku hanya ada selai je baju kurung kat sini. Bila ada majlis sesama kengkawan Malaysia kat sini aku terpaksa belasah pakai jeans ngan t-shirt atau paling sesuai dengan majlis yang aku boleh pakai hanya blouse + seluar slack tatkala majoriti yang hadir pakai baju kurung atau jubah. Naik segan jugak rasanya. Nak pakai baju kurung nan satu tu rasa segan jugak sebab setiap kali gathering sebelumnya aku dah pakai baju yang sama je. Di samping tu bolehlah jugak aku menambah semula koleksi baju untuk gi kerja lepas habis belajar nanti. Atau korang jugak boleh anggap itu semua hanyalah alasan untuk aku nak memperabiskan duit. Hahaha.....

Kat bawah ni aku nak share SENARAI BUTIK MUSLIMAH ONLINE yang aku suka kebanyakan koleksi depa. Tapi bukan semua yang dijual patuh syariah. Korang pandai-pandailah beza sendiri yang mana boleh dan tak boleh pakai. Tapi kalau nak beli yang seksi-seksi pon apa salahnya kalau just pakai kat umah untuk suami. Atau bagi yang bujang kalau nak pakai yang seksi-seksi untuk rasa confident kat umah boleh jugak tapi macam buang tabiat je. Huhuhu....

Senarai kat sini tak bermakna aku dah pernah beli dari setiap butik yang disebut. Ada la dari beberapa butik yang aku dah try beli. Tapi itu pon baru beli skali. Okey, ni senarainya:



Ini pilihan butik muslimah bagi korang yang sanggup untuk berbelanja lebih sebab harga dia boleh tahan mahal, untuk level aku la. Aku suka tengok koleksi jubah warna polos dia yang simple but elegant. Baju kurung pahang dia pon lawa-lawa.

http://www.hijrahcouture.com/


NAJJAH

Butik ni milik pengacara terkenal tv al-Hijrah, Farrah Adeeba, yang dikongsi bersama kawan dia Nurul Azwin. Koleksi dia banyak yang super lawa dari jubah hinggalah ke tudung dan harganya pon super jugak. Huhuhu....Aku hanya sanggup jamu mata je setakat ni, tak sanggup nak beli lagi tapi serius ada cita-cita nak beli. Cita-cita je la dulu.

http://najjah.com/


ARLENE

Yang ni aku suka sangat jubah dan shawl dia. Harganya berpatutan dan aku dah cuba beli satu jubah dari sini. Yang problemnya bila aku beli dari UK, caj penghantarannya sangat mahal, lebih mahal dari harga jubah. Aku beli jubah RM79 tapi kos pos RM100. Tapi servis puas hati.

http://arlene.my/


AISY

Ni satu lagi favourite aku. Aku admire banyak koleksi dia. Serius....tudung, jubah n blouse dia cantik-cantik. Butik ni menjadi sebutan dan favourite ramai bloggers. 

https://www.facebook.com/izzddina.nur


RADIUSITE

Setakat ni aku tengok butik ni hanya concentrate jual tudung je. Dah lama dah aku dengar nama butik ni. Memang hot sangat butik ni sebab kalau dia keluar design tudung baru memang super duper cepat sold out especially for popular colours like white, black, pink, blue, brown n grey.

http://radiusite.com.my/


RAUDHAH SHAWL STORE

Yang ni satu lagi butik yang concentrate jual tudung. Korang boleh beli tudung yang ready made or custom made. Selain tu butik ni juga sedia menerima tempahan custom made veil untuk pengantin. So sesape yang blom kawin boleh le simpan link ni untuk kegunaan masa hadapan, Inshaa Allah.

http://www.raudhahonline.com/


ELMIRA

Lagi butik tudung online. Tudung yang dijual mostly design dia simple n nice n material kainnya nampak mudah nak maintain. Harganya pon aku rasa berpatutan. 

http://www.elmiradesign.com/



Dan lagi butik jual tudung. Yang ni memang sangatlah banyak rekaan dia yang aku admire. Aku dah tangkap satu. Seller response pon sangat cepat. Kira servis tip top lah. Dan kalau tudung yang korang tengok kat sini dah berkenan kenalah order cepat-cepat sebab butik ni hot sangat. Tudung yang dijual cepat sold out.

http://www.anggunzara.com/


Nota kaki:
  • Selepas dah cuba beli satu jubah aku perasan kebanyakan saiz jubah yang dijual oleh kebanyakan butik, measurement yang lain-lain dah perfect (tak ketat dan tak gelebeh untuk saiz aku - saiz M) but panjang jubah je yang terlebih bila pakai flat shoes. 
  • Kalau korang beli-beli dari butik yang disenaraikan kat atas n pastu tak puas hati aku tak bertanggungjawab aaaa. Yer la....senarai tu ikut citarasa aku dan beli baju online ni ada masa tak seperti yang kita harapkan atau bayangkan.

7 comments:

Iola said...

Nice info ! Mmg mencari cari sekarang ni..aisy cantik2..tapi sold out je semua :(

Roselinda said...

Dlm byk2 tu 2-3× beli dari butik Arlene sbb harga berpatutan cuma bukan design butik sendiri.
Selain tu saya juga selalu beli dari butik senarai kt bwh ni. So far, servis pn bagus. Cuma kena teliti tgk size dan material yg kita harapkn. Selamat Beronline shopping!
EDZ http://www.edz.com.my : puashati dgn design, material, jahitan
Dreemika http://dreemika.my
Muslimah Clothing http://www.muslimahclothing.com : Harga berpatutan
Poplook http://www.muslimahclothing.com : Harga berpatutan
Al-Humairah http://www.alhumairacontemporary.com
Byk lagi tk tertype kt sini...

Naflyna said...

Roselinda, thanks for sharing :)

Anonymous said...

wah..slalunya susah nak cari baju2 yang sesuai especially baju muslimah.. saya slalu survey2 baju kat sweet muslimah je..
http://www.sweetmuslimah.com/affiliate/idevaffiliate.php?id=779

thanks 4 sharing

Muji said...

muslimahclothing mcm byk popular. Ramai yang cakap tentang laman ni.

Suriani Jusoh said...

Assalamualaikum,

SweetMuslimah ada membuat Clearance Sales.
Rugi sangat jika tidak mendapatkannya.
Klik jer link ni dan buat pesanan http://www.sweetmuslimah.com/affiliate/idevaffiliate.php?id=1992_7_5_3

Produk disini sangat2 berkualiti dan sangat berbaloi.
Tak seperti baju muslimah di luar yang nipis dan panas.
Pada harga Clearance, kita boleh dapat dengan harga sangat murah.

Klik dan buat pesanan online sekarang
http://www.sweetmuslimah.com/affiliate/idevaffiliate.php?id=1992_7_5_3

Oh ye, kat sweetmuslimah ni kene cepat. sebab stok dia sangat2 cepat sold out. ;)

Azuha idris said...

salam ....tq for info ......bagi yang berminat boleh juga lawati ....https://www.facebook.com/Dnarissa-443294149154303/?ref=bookmarks or www.dnarissaboutique.wordpress.com.........banyak koleksi yang menawan dan harga berpatutan....