Monday, December 2, 2013

Ismael Dah Ke Nursery

 

Dah hampir 3 bulan Ismael ke nursery. Nursery yang aku maksudkan kat sini adalah nursery yang konsepnya macam tadika untuk budak 5-6 tahun kat Malaysia. Tapi nursery yang Ismael gi ni pembelajarannya taklah formal sangat. Lebih kepada main sambil belajar, develop psikomotor skill, dan belajar bersosial. Untuk anak aku yang bahasa Inggeris bukan bahasa komunikasi utama di rumah bila pergi nursery dapatlah develop english vocabulary. Walau pon aku prasan vocab yang dia dapat dari nursery hanya beberapa patah setelah hampir 3 bulan gi nursery, aku rasa oklah tu. Lama-lama nanti banyaklah kot....

Lepas few weeks dia gi nursery aku tanya dia kawan dia nama apa. Dia kata dia tak tau. Skang ni kalau aku tanya kawan dia nama apa, dia dah jawab "Tetepa" (sbenarnya Mustafa, dia sebut pelat dia le). Mustafa tu budak Sudan. So far depa communicate melalui aksi dan mimik muka aku rasa. Oh, lupa nak mention, dalam nursery Ismael budak-budaknya ada pelbagai bangsa. Ada omputih British, Cina, Pakistan, Sudan, Somalia. Nursery di Phillimore Scholl ada dua sesi, pagi dan tengah hari. Kami pilih sesi pagi (8.30 pg - 11.30 pagi) supaya aku berpeluang untuk hantar Ismael ke nursery. Setiap sesi hanya 3 jam saja n it is totally free dan dibuka untuk budak-budak yang telah berumur 3 tahun. Kalau nursery nak buat party (makan-makan) untuk depa, pihak nursery akan request donation. Tu pon dia mintak tak banyak, cuma 50 pence. 

Gambar-gambar kat bawah ni adalah gambar masa settling down week, first week Ismael di nursery. Malangnya kami tak dibenarkan amik gambar yang melibatkan budak-budak lain for safety n privacy reasons. Jadi janganlah pelik gmabar-gambar kat bawah ni seolah-olah macam depa je ada kat nursery. Ielyas pon dapat join skali masa settling down week aritu. Ielyas pon suka gi nursery tapi Ielyas tak layak sebab tak cukup umur. So, tinggallah Ielyas kat umah main sorang-sorang bila abang Ismael gi nursery.










Alhamdulillah, Ismael so far suka gi nursery sampaikan kalau ada apa-apa yang tak elok dia buat kat umah, kami ugut dia nanti takleh gi school n dia akan cepat-cepat say sorry atau tak buat benda yang kami tak bagi dia buat. Tak pasti plak aku kenapa sbenarnya dia suka gi school. Kami sebut nursery tu school kat dia. Oh, ada banyak nak citer pasal aktiviti Ismael n his nursery. Tapi keadaan tak mengizinkan. Ielyas demam, baju nak kena lipat, nak main ngan Ismael, nak bagi Ismael makan, nak jahit baju terperetas, dan banyak lagi sebab yang memerlukan aku berhenti menaip untuk post kali ni. Ok, sambung lain kali plak.

6 comments:

Unknown said...

Seronok tgk Ismaiel and Ielyas bermain...
Amirul intake January nie..hopefully lah dia okey gak and have fun.

Naflyna said...

Inshaa Allah, sehari dua or seminggu dua maybe dia akan takut2+menangis. But once dah dapat kawan n prasan teacher dok layan baik, dia ok punya :)

sweetie said...

Masa cuti summer aritu tu my son jadi volunteer kata satu nursery tu... saya pun dah lupa nama nursery tu... dia kata seronok dan enjoy jaga budak2.

Naflyna said...

Kat nursery anak sy takde plak volunteer dr university of sheffield. Tp ada few female students yg datang sekali seminggu for 10 weeks, buat research pasal language therapy. Ismael panggil depa teacher jugak :)

Anonymous said...

Salam kak,untuk anak anak umur 9 tahun education free ke di uk?

Naflyna said...

Wslm. Absolutely free. Cuma kalau cikgu nak wat jamuan makan2 maybe depa kutip skit duit tapi itu pon tak banyak. Kalau ikut experience saya sekali jamuan nursery mintak tak sampai £1