Sunday, March 24, 2013

Wales - Part 1 - Percutian Caravan

Our next vacation, the longest period so far (selama berada di UK) was a 4-day n 3-night caravan stay at Presthaven Sands Holiday Park. Presthaven ni adalah perkampungan caravan yang sangatlah besar. Before sampai ke sana aku imagine ada dalam 20-30 caravan kat situ tapi sbenarnya sangatlah banyak. Maybe lebih 200 caravan ada kat situ. Oh, jangan bayangkan kami bawa caravan belakang kereta kami ke sana atau jangan juga bayangkan kami boleh bawa caravan tu ke mana-mana. Caravan yang kami sewa adalah statik caravan, dok kat situ je, kat holiday park tu. Oh, lupa mention yang our caravan holiday park terletak di North Wales since tempat-tempat yang dirancang utk gi terletak di North Wales sahaja.


Bersama keluarga Hyreil yang share caravan dengan kami


Percutian kami ni sbenarnya percutian beramai-ramai keluarga Melayu yang tinggal di Darnall, salah satu qariah yang terdapat di Sheffield di mana kami tinggal. Di Darnall sekarang ni ada 9 keluarga Melayu. Sebelum ni ada banyak keluarga lagi tapi dah berkurangan tahun lepas bila few families dah balik for good ke Malaysia memandangkan mak @ bapak yang belajar dah tamat blajar atau dah kena balik bertugas. Segala urusan tempahan caravan dan perancangan jalan-jalan dibuat oleh tok penghulu qariah utk 7 keluarga yang stuju utk join the vacation. Kami pergi ke sana konvoi 7 kereta, bertolak kol 10.45 pagi, yang sepatutnya bertolak kol 10. Biasalah janji melayu...Perjalanan ke Wales dari Sheffield ambik masa lebih kurang 3 jam, dalam 200 km jauhnya. Wales ni satu negara lain. Macam yang aku bagitau dalam post sblm ni, Wales adalah salah satu negara dalam UK dan Sheffield adalah terletak dalam negeri England. Jadi kami pi bercuti luar negaralah kiranya. Hehehe....Oleh kerana di Wales takde kedai makanan halal (mungkin ada tapi kami sendiri pon tak jumpa) kami beramai-ramai bahagi tugas memasak utk sarapan, lunch n dinner sepanjang berada di sana.

Sebahagian dari kereta yang berkonvoi. Kereta kami yang kedua dari kanan.

Ini waktu sarapan pagi di caravan family lain. Sesi makan dibuat secara berperingkat sebab ruang nak duduk tak muat untuk ramai orang. Tak rancang pon sape nak makan dulu tapi yang mana datang awal bila nampak yang lain datang cepat-cepat beransur.

BBQ pada malam kedua di caravan kami tapi yang mak-mak dan anak-anak dah tak larat nak mai sebab pakat dok letih berjalan di siang hari sebelumnya. Kerusi duduk diterbalikkan oleh budak-budak tu sila abaikan dari pandangan. Kalau compare ruang dalam gambar ni dengan ruang dalam gambar sebelumnya memang boleh nampak ruang caravan kami lebih luas.

Setiap caravan diletakkan dua family except satu caravan contain satu family saja. Our family sharing with another family yang juga family rakan seperjuangan, se'department' dan se'supervisor' dengan hasben aku. Kami sangat bertuah sebab kami dapat caravan yang besar n cosy berbanding dengan caravan family lain. Setiap caravan interior designnya tak sama. Even bilangan dan kedudukan pintu/tingkap pon tak sama. Kami juga bernasib baik sebab ruang istirehat caravan kami berkapet (so taklah sejuk sangat nak pijak di cuaca tengah sejuk ni) dan ada dua toilet. Even kelengkapan dalam caravan pon lebih banyak berbanding caravan family lain. Tapi setiap caravan yang kumpulan kami sewa ada 3 bilik - 1 bilik dengan katil queen dan 2 bilik dengan 2 katil bujang.

Suasana dalam caravan kami



Oooppss...sori semak. Lupa snap awal-awal sampai. Ielyas tengah tido nyenyak keletihan


Bilik kedua dan ketiga besar ni je. Ruang pemisah antara dua katil single hanya muat untuk lalu je.

So, kami jalan-jalan ke mana? Nanti aku cerita di next post ok....Aku tengah dalam mood stress dengan PhD research. Tak boleh nak fikir dengan jitu apa nak tulis.

1 comment:

alizal said...

Trip caravan kami belum cuba.... tapi naik Motorhome dah try kat Melbourne... memang awesome!

Next trip nak try kat Europe atau New Zeland pulak... Insya Allah...