Tuesday, January 8, 2013

Yorkshire Sculpture Park

Walaupun sejuk, oleh kerana cuaca Ahad 3 minggu lepas agak sunny kami fikir why not kami buat outdoor activity. Lagi pon lately susah nak dapat sunny weather di musim sejuk ni. 

Yorkshire Sculpture Park terletak tak jauh dari Sheffield, tak sampai 1/2 jam perjalanan. Masuk plak free jadi kami tak fikir lama untuk decide gi ke sana. Cuma bayar parking mahal skit. Kami ambik all day parking hour sbb option lain hanya ada untuk 1 hour n 2 hours sahaja, macam tak reasonable bila melihatkan luas kawasan taman. Untuk our option parking time limit kenalah bayar 7 pound. Kalau sejam kena bayar 2.50 pound dan kalau 1-2 jam kena bayar 5 pound. Kat UK ni aku prasan kawasan rekreasi atau tourist attraction banyak yang masuk free tapi parking nak kena bayar. Ada setengah boleh tahan mahal kos parkingnya.  Kalau masuk berbayar plak biasanya parking free. Kalau kat Malaysia biasanya aku rasa dua-dua kena. Itu lagi tensen.

Sebelum sampai di Yorkshire Sculpture Park tu aku, husband n Mokti membayangkan kawasan park tu besarnya macam padang bola sepak gitu. Tup tup bila sampai situ baru kami realized bapaklah besarnya tamannya. Bolehlah dikatakan berganda-ganda besar dari jangkaan kami. Maybe lebih besar dari 10 padang bola sepak sampai tak terdaya kami nak jalan tengok smua sculpture. Tu yang kami pilih all day parking hour. Perjalanan dari satu sculpture ke satu sculpture yang lain boleh tahan jauhnya tapi pemandangan semulajadi sekitarnya....subhanallah, cantik sangat.







Kalau sesape yang berada di UK n nak gi ke sculpture park ni ketika autumn n winter amatlah disarankan untuk memakai boot getah yang sesuai untuk jalan/hiking di kawasan tanah lembap dan berair. Kami pi sana masing-masing salah pakai kasut. Mujur juga kami smua pakai sport shoes, bukan kasut nak pi masuk supermarket.









Seluar Ismael dah kotor sebab terjatuh. Butang hip sluar pon dah terbuka sampai nampak pampers. Tapi Ismael tetap gigih nak main air yang mengalir dari atas bukit. 

Kami ingat nak p lagi ke sana masa spring nanti sebab kami jangkakan pemandangan kat situ akan nampak cantik dengan pemandangan berbeza. Lagi pon jelajah kami belum habis. Ada banyak sculpture point yg kami tak sampai aritu. Inshaa Allah kami akan gi lagi jika ada kesempatan.

2 comments:

fizz said...

spring bulan brapa kak? Ya Allah, nak g nak g jugak

Naflyna said...

Kalau ikut teori spring patut bulan 3, 4, 5. Kalau fizah nak mai sheffield bgtau supaya kami blh plan kita g jejalan skali :)