Sunday, December 2, 2012

Sundown Advantureland

Sekali lagi kami buat satu plan hujung minggu sambil menyelam minum air pada 17 November 2012. Kali ni tujuan utama kami nak ke Loughborough, ziarah sahabat kami yang suami isteri baru balik dari menunaikan haji. Sebelum kami ke Loughborough, kami ke Sundown Adventureland. Sundown Advantureland ni taman tema yang direka khas untuk kanak-kanak, bukan macam Genting Theme Park yang direka utk adults n kids. Tapi parents masih boleh berseronok di Sundown Adventureland dengan anak-anak, naik rides sama-sama, main permainan sama-sama, cuma kepuasan optimum tu bukan direka untuk adults.

In front of ticket booth

Tiket utk sorang adult 11 pound dan kanak-kanak bawah 2 tahun masuk percuma. Harga tiket kanak-kanak atas 2 tahun tak ingat berapa. Taman tema dia agak besar dan tiket yang kita beli melayakkan kita berada di taman tema sampai dia tutup dan boleh naik rides sebanyak mana yang kita mau. Cuma nak kena beratur lagi kalau kita nak naik lagi rides yang sama. 

Kat bahagian ni ada macam model market n bila kita tekan butang-butang yang disediakan binatang-binatang akan bergerak dan keluar muzik skali

Sundown Market: Ismael nak tengok apa akan jadi kalau dia goyangkan cerek sambil Ielyas kusyuk memerhati

Sundown Market: Ismael cuba meneroka apa akan jadi kalau dia goyang buah orange tu

Tekan butang pada ikan. Then, cats and dogs appear interchangebly from boxes sambil diiringi muzik

Storybook village. Kalau kita masuk setiap rumah kita boleh dengar cerita-cerita popular kanak-kanak sambil ambik feel suasana cerita tu dalam rumahnya

Ini dalam rumah cerita Hansel & Gretel

Ielyas tgh enjoy

Ini rumah cerita Jack and the Beanstalk
 
Dalam rumah cerita Goldilocks and the Three Bears

Dalam rumah cerita snow white. Ini kiranya meja makan the seven dwarfs. Bila kita goyangkan certain chairs akan rasa gegar-gegar sambil keluar suara dwarf bercakap.

Ismael dari jauh nampak taman permainan ni dia kata dia nak gi Ipad....Hahaha....

Ok ready.....tarik kuat skit n pastikan projection tepat!

Best sangat buaian ni. Aku berangan nak buat satu kat umah kami nanti. Berangan je la...

Artificial river water cruise. Naik ni kena hati-hati sebab nanti tetiba ada air percik/pancut kecil puposely ke arah kita
 
Aisyah kena percik air

Ismael n Ielyas paling enjoy this ride

Dua beradik sedang memandu bawa papa n mama lalu ladang ternakan lembu

Lalu kawasan terowong plak...

Playtown - Sini dibuat macam satu model bandar kecil untuk budak-budak belajar kenal balai bomba, post office, kedai muzik, klinik gigi dan lain-lain lagi
 
Ride at Robinhood Village

Cari barang tersembunyi. Yang ni aku ngan suami yang sibuk main. Hahaha....Mainan ni siap keluar muzik, asap, benda gerak-gerak. Menarik untuk budak yang dah boleh membaca.

Ielyas dalam lautan bola. Ini masa di indoor playground. Parents pon boleh turut sama join main dengan anak-anak. Kami siap naik slide yang sangat tinggi (rendah skit kot dr slide yg biasa ada kat water theme park di Malaysia) dengan anak-anak. Malangnya terlupa nak amik gambar masa main slide tu.
Lollipoppet Castle. Kat sini bila kita masuk dalam castle tu ada macam-macam jenis bau makanan yang buat kami lapar. Masa ni kebetulan dah tengah hari n kami pulak blom lunch.

Dalam lollipoppet castle. Kat oven ni ada bau kek

Lagi dalam Lollipoppet Castle. Sini ada bau mint

Ride at Shotgun City. Naik ride ni ada banyak bunyi tembakan dan bom. Ride ni bertemakan cowboy style. Kami naik ni dua kali sebab Ismael nak naik lagi.

Shotgun City lagi. Tempat ni tak sesuai untuk Ismael mau pon Ielyas. Kami yang sibuk test power menembak tikus-tikus kat situ.

Ini taman permainan lagi berkonsepkan comboy style. Tapi masa ni tak brapa sesuai nak main mainan lain sebab kawasan kat sini lembap dan tak brapa selamat nak main + berpotensi mengotorkan baju. So, kami tak lama di sini

Semua jenis rides kami naik dua kali. Kalau ikut Ismael, dia nak naik lebih dari dua kali. Hahaha....Kiranya most permainan yang direka menerapkan unsur-unsur fun learning for kids. Kami suami isteri rasa sronok sangat sebab Ismael n Ielyas nampak sronok terutamanya bila naik rides. Itulah tujuan kami mai sini. Nak bagi anak-anak sronok lepas papa n mama asyik balik lambat dari school during weekdays.

Pst: Tak dapat nak ambik gambar ngan sahabat kami di Loughborough sbb smua bateri kamera habis digunakan di Sundown Adventureland termasuk handphone berkamera. Sakan betul kami bergambar. Huhuhu....

5 comments:

Nihlah Insyirah said...

wahh bestnya.katner ni lyna? eh sukalah nengok hauck(tulkan ya kalau silap) tandem pushchair tu..seat depan ngan belakang maximum berapa kg budak ek boleh naik?

Naflyna said...

Kalu tak silap dlm user manual dia tulis depan 13kg, n blakang 15kg. Tp dlm most website diberitahu sampai 15kg depan blakang. Tayar dia plastik, bukan tayar angin macam brand Phil & Ted. Tp Hauck jauh lebih murah for brand new.

Nihlah Insyirah said...

aah, senang takyah nak pump2 tayar macam P&T:D

sundawn adventure land ni kat belah mana di loughborough tu ya? tak pernah sampai plak kami. cam best jer nengok :D

Naflyna said...

Sbenarnya sundawn adventureland tu bukan kat loughborugh. Kami divert skit on the way nak loughborough dr sheffield. Dia dlm county nottinghamshire. Kiranya dekat lg dengan nottingham berbanding dr sheffield

Nihlah Insyirah said...

Lor ya ka? camnalah bekas org notts ni boleh tak sampai sini, hehehe...