Wednesday, December 12, 2012

Portmeirion

Sangatlah pelik aku rasa kalau seorang wanita Malaysia yg pernah dok kat UK dan telah berumahtangga tp tak pernah dengar Portmeirion -  ada ke??? Ia menjadi antara perkara perlu bawa balik ke Malaysia bagi kaum ibu terutamanya. Ada juga kaum bapa yang aku tengok sakan memborong di Portmeirion sale, barangkali untuk diniagakan atau cenderahati utk saudara mara di Malaysia. 

Apa itu Portmeirion? Kalau US terkenal dengan set pinggan mangkuk Corelle, UK terkenal dengan pinggan mangkuk Portmeirion. Tapi 1 Portmeirion serving plate mungkin aku boleh katakan 3 kali lebih berat daripada 1 Corelle serving plate. Mungkin sebab tu ada juga ibu-ibu kat sini tak berminat dengan koleksi Portmeirion sebab berat. Bagi yang minat English style, Portmeirion memang pilihan tepat sebab ciri Inggeris memang sangat terserlah daripada corak dan rekabentuk pinggan mangkuknya.

Percaya atau tak, satu koleksi tea set dan beberapa ketul tea plate berharga hampir RM2000 di Malaysia. Mana tak nya, satu teapot untuk koleksi satu koleksi yang aku dok aim kalau takde offer harganya 27.50 pound, lebih kurang RM137.50 based on current currency exchange. Giler mahal! Kalau beli dan tetiba jatuh pecah memang aku nak pengsan. Oleh sebab itu, biasanya orang Malaysia yang giler Portmeirion akan pegi beli masa ada jualan runtuh di kilang Portmeirion di Stoke On Trent. Masa tu biasanya pinggan yang harga asal 12 pound boleh dapat 2.50 pound. Tapi kalau nak dapat koleksi yang cantik-cantik kenalah gi hari 1st day. Cuma masalahnya nak kena start beratur awal pagi. Awal pagi yang aku maksudkan kat sini bukannya pukul 7 atau 8 pagi tapi pukul 4, 5 pagi! Yang dok beratur ramai-ramai tu plak mostly Malaysian kata kawan-kawan aku n lately depa kata Korean pon dah mula minat mengumpul koleksi Portmeirion.

Baru-baru ni adalah dibuat sale di situ. Aku dan 2 orang rakan pon tak ketinggalan. Kami share duit minyak n mintak tolong hasben aku drive (Trima kasih abang...) Tapi kami takdelah sampai takde kerja nak gi beratur pagi-pagi buta. So, kami gi le lepas seminggu sale berlangsung. 

Di depan kilang Portmeirion

Di depan khemah jualan barangan harga runtuh

Aku membayangkan boleh le aku nak beli satu dua koleksi Dawn Chorus atau Crazy Daisy tapi impian tak tercapai (boleh dianggap blom tercapai). Harga runtuh yang tinggal hanyalah utk beberapa koleksi saja. Walaubagaimanapun aku dan kawan-kawan tetap sronok membeli apa yang ada. Seronok tak hingat sampai aku dan kawan aku ni siap berperlukan sambil melompat-lompat bila tengok pinggan cantik-cantik harga murah-murah dari harga asal. Huhuhu....

Antara yang dijual dengan harga runtuh - large serving bowl
 
Depan Factory Shop tapi sale di dalamnya blom mampu meragut prinsip membeli kami iaitu beli bila betul-betul murah saja. Hehehe...

Dalam factory shop

Portmeirion bukan sekadar pinggan mangkuk sahaja tapi juga include cookwares, cutleries, vases dan macam-macam lagi yang mostly berkait dengan dapur

Ini koleksi Dawn Chorus yang aku minat sebab nampak moden skit

Yang ni lagi satu koleksi yang aku minat corak dia, Crazy Daisy
 
Yang ni sangat terserlah ciri Inggeris. Tengok sekali imbas nampak biasa saja. Tengok lama-lama cantik pulak. Tp aku tak aim yang ni
 
Yang ni pon cantik jugak. Mungkin jadi pilihan bagi penggemar warna pink

Dan ini hasil tangkapan aku dengan jumlah harga belian paling minimum antara kami bertiga yang memborong. Kat belakang setiap satu ada tulis made in England. Kenangan pernah tinggal kat sini
 
Ini pon aku beli jugak untuk sesi minum teh romantik bersama suami tercinta. Cewah! Tapi yang ni made in Indonesia. Hahaha....aku tak kisah sebab sangat cantik dan sweet. Bila guna tak tau pon made in indonesia sebab not printed on item.

Aku kasi close up skit tangkapan pinggan mangkuk as requested by my beloved sister, Kak Yung. Yung, setiap corak ada macam-macam jenis item: dinner plate, tea plate, teapot, cutlery, cake stand, tea for one with saucer, cream jug, etc. Yang aku beli adalah dari koleksi Pamona (yang ada gambar buah) dan Botanical Graden (yang ada gambar bunga).

Dinner plate

Dinner plate

Mangkuk nasi tambah

Tea plate

Tea plate

Soup plate
 
Large serving bowl. Anggaran diameter dalam 30cm
 
Kalau ada rezki lain kali, Inshaa Allah dapatlah beli koleksi yang diidamkan. Apa pon, as reminder to myself: kalau ada significant phd outcome before next sale baru boleh pergi berportmeirion lagi. Hahaha....

10 comments:

Anonymous said...

Salam, emm best nya tengok pinggan kat situ..
Planning to go for holiday rasa mcm nak g jer ke Portmeirion tu blh share coordinate tak @ selain driving mcm mana lg nak sampai ke situ..
thanking in advance
ops sy ni dok search portmeirion tu yg terjumpa blog ni.

Naflyna said...

Wslm. Berdasarkan link berikut

http://www.portmeiriongroupfactoryshops.co.uk/stoke-on-trent.html

poskod factory shop yang diberikan ialah ST47QQ. Saya konpemkan itulah kedai yang saya gi sebab kalau tengok gambar ke-4 post ni (di mana saya dan kawan-kawan bergambar depan kedai) sama dengan rupa pintu kedai yang ditunjukkan dalam link tersebut. Kalau coordinate tak tau plak saya. Kalau pakai Garmin atau TomTom dah boleh cari kedainya guna poskod tu. Saya pon tak pasti cara lain nak gi selain dari drive sendiri. Saya pernah dengar kawan saya kata boleh gi naik train tapi tak tau plak camane caranya.

Anonymous said...

Terima kasih sbb feedback.
Xpe sy cuba guna poscode.

Seri said...

Fuh pinggan makan

Unknown said...

Assalamualaikum puan...maaf nak bertanya:
Bila tarikh sale Kilang Portmeirion di Stok On Trent tu?
Terima kasih

Unknown said...

Assalammualaikum...
Nak tny...bila dah beli portmerion tu.. Mcmana cara mudah n selamat nak bawa balik ke Msia.

Unknown said...

Ana rakyat Malaysia di sana buat service shipping, dan tolong bungkus kan hantar ke Malaysia

Unknown said...

Masih di uk ke

Anonymous said...

Cm mn nk dpt contc org yg blh shipping

Anony said...

Contact Demaga Logistic di IG atau fb