Friday, December 28, 2012

National Railway Museum

Penjelajahan bumi UK kami seterusnya adalah ke bandar York. York ni ada banyak tempat menarik. Oleh kerana kami buat sudden planning on Sunday last two weeks dan juga kerana waktu siang yang pendek di UK serta suhu yang sangat sejuk sehingga boleh mencecah 3 degree (kurang sesuai untuk outdoor activities) pada musim winter ni, kami spesifikkan arah tujuan kami hanyalah ke National Railway Museum.

Tapi before sudden planning tu aku dah ada plan nak gi Mothercare Clearance sale sempena nak krismas di Sheffield town untuk beli seluar panjang yang sesuai untuk winter outing for Ielyas. So, kami ke sana dulu. Lepas dapat selai seluar, satu permainan penyodok snow yang sangat murah, potty untuk Ismael dan berus basuh botol di Mothercare Clearance kami ke KFC di Centertainment (sbenarnya tak jauh dari rumah kami) beli lunch sbb aku tak sedia bekal, maklumlah sudden planning. Oh, kat Sheffield ni ada KFC halal tau. Lepas tu barulah kami memulakan perjalanan ke York. Sampai di York kami solat jamak di satu muslim center dan kemudian lunch KFC dalam kereta di tepi jalan.

Before tengok keretapi sbenar Ismael naik keretapi mainan kat Mothercare

Then kami terus ke National Railway Museum mengikut arahan pakcik Garmin. Muzium ni mempamerkan segala macam perkara berkaitan dengan keretapi. Biasanya orang Malaysia kat UK ni tak berapa suka gi muzium. Maybe sebab aktivitinya hanya tengok-tengok je. Tapi kami ok je. Tambahan plak masuk free, oklah kan? Before masuk dalam muzium aku membayangkan akan ada 2 atau 3 gerabak keretapi lama sbenar dipamerkan di situ. But it was  beyond my expectation. Ada berpuluh gerabak dalam muzium!

Antara gerabak keretapi yang dipamerkan
 













Bayangkanlah, bangunan yang menampung muzium adalah bekas train station sebenar, siap ada turn table untuk keretapi lagi dalam tu. Ini adalah muzium terbesar yang pernah aku lawat dalam hidup aku. Memang rasa kagum sangat sebab depa boleh preserve dan kumpulkan macam-macam jenis gerabak keretapi lama dalam satu tempat untuk tujuan pendidikan. Kalau di Taiping, ada satu gerabak keretapi lama yang aku rasa wujud di zaman kegemilangan negeri Perak dengan hasil bijih timah telah dibiarkan begitu saja berhujan berpanas, sungguh malang.

Ismael dan Ielyas di depan keretapi yang terletak atas real train turn table. Kata hasben aku, di Malaysia hanya ada satu saja train turn table iaitu di Johor dan bukan sebarang pemandu boleh operate that turn table. Kena ada special licence.





Kami tengah tunggu train nak ke London plak. Acah je. Hehehe....Ini dalam muzium tau.

Lagi suasana dalam muzium

Turut dipamerkan gerabak keretapi Shinkansen, Japan bullet train, keretapi paling laju di dunia. Yang ni satu-satunya gerabak yang pengunjung dibenarkan masuk ke dalamnya. Aku rasa yang ni gerabak prototype.

Kami menaiki Shinkansen dalam perjalanan dari Toshiba ke Hitachi. Hahaha...

Melihat kepada banyaknya jenis keretapi yang ada di muzium tu aku terfikir, tak heranlah omputih UK boleh came out with an idea of Chuggington  cartoon (kartun yang sangat digemari oleh Ismael dan Ielyas sampaikan Ismael cuba nyanyi lagu tema kartun dan Ielyas menari-nari setiap kali mula cerita kartun tu) sebab dalam sejarah depa memang ada macam-macam jenis keretapi. In fact, aku prasan ada satu watak kartun keretapi dalam Chuggington yang memang mirip dengan satu gerabak kretapi yang dipamerkan.

Sebelum balik kami nak entertain Ismael n Ielyas naik kretapi mini mengelilingi pusat bandar York, bayar 2 pound untuk sorang dewasa. Ismael ngan Ielyas kira kecik lagi jadi naik free. Ismael bukan main excited nak naik mini train sampaikan dia menjerit-jerit suruh kami ke depan potong barisan sebab dia takut tak sempat naik agaknya. Tergelak kami yang tengah dok beratur melihat telatah Ismael yang memanggil-manggil kami sambil hentak-hentak kaki. Bila dah dapat naik dia senyum sampai telinga. Huhuhu.....

Ismael dah puas hati dapat naik mini train. Tengah tunggu mini train memulakan perjalanan. Tapi.....

Malangnya baru train jalan beberapa ratus meter kami diberitahu train terpaksa cancel trip sebab tayar gerabak pemandu pancit. So, turunlah kami dan duit tambang dipulangkan oleh konduktor tiket sambil meminta maaf dengan polite sekali. Takpelah, at least Ismael dapat jugak merasa naik mini train tu walaupun sekejap. Ismael pon nampak quite happy masa museum tour maybe sebab dia rasa dapat tengok Chuggington (Ismael sebut "Cajitan") kot.

Oleh kerana keesokan harinya kami nak ke universiti macam biasa dan lawatan kami ke York memang hanya untuk lawat National Railway Museum kami terus balik rumah yang mengambil masa lebih kurang sejam perjalanan. Tempat lain, kalau ada rezeki kami pi lain kali.

Peranggan menyibuk:
Keretapi adalah antara pengangkutan awam yang terpenting di UK sehingga ke hari ni. Ada juga keretapi lama yang masih beroperasi untuk tujuan pelancongan. Kalau korang pernah tengok citer Harry Porter mesti prasan ada scene Harry, Ron, and Hermione ke sekolah ahli sihir naik steam train. Itu bukan steam train olahan komputer ok. Itu memang real steam train yang ada di UK, melalui kawasan-kawasan yang sangat cantik dan aku bercita-cita untuk naik train tu suatu hari nanti. Cita-citalah dulu buat masa ni. Naik masa bila tu tak kisahlah. Hehehe....

2 comments:

Unknown said...

salam,
xsinggah Durham pung.....

Naflyna said...

Tak sempat Yanti. Kami balik pon dah gelap. Soknya nak gi uni plak. Lain kali Inshaa Allah kami sampai. Kami dah lawat Kak Su n Adam di Leeds. Mesti la kami nak lawat u plak nanti :)