Baru-baru ni aku sibuk membeli baju t-shirt, jeans dan tudung utk kegunaan masa sambung belajar nanti. Aku ni tak banyak koleksi t-shirt, jeans dan tudung. Percaya atau tak, aku hanya ada 1 jeans dan 7 helai t-shirt yang diulang-ulang pakai untuk keluar jalan-jalan. 3 daripada 7 helai t-shirt tu plak dah nampak lusuh sebab yang itu je aku dok taram. Oleh kerana aku jangkakan yang aku takkan ada banyak masa dan rajin sangat untuk meng"iron" masa buat PhD nanti, aku decide utk bawa lebih t-shirt.
Malangnya tak mudah untuk mencari t-shirt yang LABUH, CANTIK dan BERKUALITI. T-shirt labuh yang selalu di jual di kedai-kedai biasanya takde ketiga-tiga ciri tu. Nak jadi cerita, masa aku gi tengok acara renang SUKMA 2012, ada gerai jualan yang jual t-shirt labuh. Aku beli 3 helai yang aku suka. Tu yang kalau korang perasan dalam recent post aku pasal bertajuk
Cerita SUKMA 2012 Lagi ada satu gambar ni aku tengah pegang 2 plastik beg merah polkedot hitam. Pastu bila balik rumah, aku try2 le baju-baju tu dari 3 brand berbeza. Pastu salah satu brand ni aku suka sangat dan penjualnya ada bagi sekali brochure koleksi dari brand yang sama. Penjual tu sbenarnya suruh aku tengok dari FB dia kalau-kalau aku berminat nak beli design yang lain. Tapi bila aku cuba search FB yang diberi tak pulak aku jumpa, maybe dia salah eja nama atau pun aku ni tak reti nak baca tulisan dia sebab serius tulisannya berekor-ekor. Tetiba aku terfikir why not aku try google tengok kot2 ada jual secara online.
Memang ada tapi mostly website dari Indonesia. Kalau ada pon website Malaysia yang jual koleksi dari brand yang sama, mostly tak dapat warna, design, atau saiz yang aku nak. Jadi aku buat keputusan beli aja dari yang Indonesia. Aku beli dari 2 website berbeza dan jumlah t-shirt yang aku beli adalah.....jeng....jeng....jeng....Jangan terkejut....bukan 4, 5 atau 6 helai yang aku beli tapi 15 helai! Huhuhu.....Acilah sebab nanti 3 tahun aku takkan beli baju (ye ke....?)
Parcel post yang pertama diterima dari Denpasar Selatan, Bali. Dalam ni ada 7 helai. Parcel post yang kedua pula dari Ciputat. Dalam ni ada 8 helai
Setelah terima baju-baju yang dibeli aku pon mencuba-cuba baju tu sambil berangan-angan. Hahaha.....Serius, sangat puas hati. Oh, lupa nak inform yang aku end up beli dari 3 jenama berbeza: Ukhti, Qirani dan Sik, semuanya made in Indonesia. Walaupun made in Indonesia baju-bajunya bagi aku takle nampak ciri-ciri Indonesia except few design dari Ukhti yang aku beli. Husband aku pon kata cantik.
Sebahagian daripada helaian yang aku beli
Ini pulak bil pembelian. Giler mahal...satu bil lebih 1 juta dan satu bil lagi 839 500,
rupiah.... :)
Maybe ada yang hairan kenapa aku beli banyak betul t-shirt. Apsal tak beli di UK nanti je? Untuk makluman, aku dah survey dan menurut sumber-sumber ilham yang aku perolehi, di UK memang susah nak cari t-shirt yang labuh. Inikan pula nak cari yang ada ketiga-tiga ciri yang aku nak: labuh, cantik dan berkualiti. Even kawan aku yang sedang berada di UK skang ni pon kirim dari aku untuk bawakan dia 5 t-shirt muslimah yang dia beli online dari Malaysia.
Post ni bukan berhajat untuk menunjuk-nunjuk. Jangan salah faham. Aku cuma nak bagi idea kepada korang, kalau nak beli sesuatu tu susah sangat nak dapat kat kedai bolehlah cuba beli online. Cuma kena teliti betul-betul dalam segenap aspek. T-shirt brand Ukhti dan Sik tu aku berani beli sebab aku ada contoh saiznya. Yang brand Qirani tu memang aku gamble je cuba. Mujur koleksi Qirani tu cun2 amat n in fact yang paling lawa designnya, yang paling tip top kualiti kainnya dan yang paling ngam saiznya dengan aku.