Masa pergi JB awal bulan Mei aritu ada la aku nampak jual tapi tak berani nak cuba takut kecewa lagi. Bila balik Taiping di hujung bulan Mei, aku dah bagitau awal-awal kat hasben aku nak makan mee rebus pakcik Wahab. Pakcik Wahab ni ada buka warung bawah pokok ketapang menghala ke Stesen bas Kamunting (dari arah bandar Taiping nak menghala ke plaza to Taiping Utara). Gerai dia dekat dengan stesen minyak Petronas Kamunting Baru. Tetiba abah aku bagi suggestion satu gerai baru yang jual mee rebus. Kami pon pegi cuba. Memang orang ramai kat gerai tu. Tapi sekali lagi aku kecewa sbb tak sesedap yang aku harapkan kerana mee rebus tu ada bau udang dan halia. Oh, tapi aku tak salahkan abah. Mungkin sedap bagi orang lain tapi bukan untuk tekak aku. Nak ke gerai pakcik Wahab dah takde chance masa tu sbb malamnya dah nak balik semula ke Kuantan. So, aku terpaksa le simpan lagi dendam nak makan mee rebus yang sedap.
Akhirnya tanggal 20 Jun dapat le aku makan mee rebus pakcik Wahab. Cuma kali ni pakcik Wahab tak buka gerai bawah pokok ketapang lagi. Pokok ketapang dah ditebang. Mujur dia masih berniaga di kawasan tu jugak. Kalau tak, kempunan le aku nak makan mee rebus yang ter"syok" di abad ini. Hehehe....
Ini dia mee rebus yang aku idamkan. Utara style. Terangkat kesedapannya :) Bukan aku je suka, husband pon suka.
Mee rebus dimakan bersama laicikang. Fuh...lagi power. Murah je ni. Dua orang makan set yang sama tak sampai RM10.
Kalau korang datang Taiping, mesti cuba mee rebus Pakcik Wahab ni. Rugi tak cuba. Sedap sangat. Kat Taiping ni ada banyak tempat makan yang best dan murah yang korang boleh try. Maybe next time aku story tempat makan lain tu. Daa....
2 comments:
Kalau pi Teluk intan boleh pekena me rebus mistam ghani atau pun me rebus pak din best in the world ��
Thanks for the info. InsyaAllah, ada rezki ke sana akan sy cuba.
Post a Comment