Brussels sprout adalah sejenis sayur yang rupanya macam kubis tapi dalam saiz miniature. Perkataan "Brussels" pada pangkal nama sayurnya dipercayai kerana sayur ni berasal dan mula popular di Brussels, Belgium.
Aku first time tengok Brussels sprout kat UK. Kat Malaysia mungkin ada jual tapi aku tak pernah sedar kewujudannya. Walaupon dah lebih 3 tahun aku duduk UK, aku tak pernah rasa sebab aku tak sure nak masak apa tapi aku agak rasanya mungkin macam kubis kot.
Dalam resepi mat salleh yang pernah aku tengok kat magazine dan tv, Brussels sprout ni depa masak dan hidang dalam pinggan seketul-seketul macam rupa asal atau potong belah dua. Minggu lepas aku tertengok satu rencana kat tv dan baru sedar rupanya aku pernah bergambar di ladang Brussels sprout di Lincolnshire dua tahun yang lepas. Tapi masa tu aku tak tau pon sayur apa. Ada banyak ladang macam-macam sayur di Lincolnshire. Masa tu kami dalam perjalanan ke Great Yarmouth.
Pokoknya unik. Kubis mini tu boleh nampak ada pada batang pokok kalau close up. Masa tu serius aku tak perasan sebab tersembunyi dengan daun pokoknya yang besar-besar. |
Pokok yang aku jumpa ada yang menjangkau paras pinggang aku. |
2 comments:
Kat M'sia sayur tu mahal Naflyna. 4/6 ketul RM8... dan ada di jual di cold storage supermarket je. Giant/jusco jarang jumpa.
Goreng macam biasa pun ok... buh halia and kicap tirap... macam kita masak sayur kailan... sebab di M'sia ia mahal, masa di UK saya boleh di katakan hari2 masak sayur ni. Saya pun pernah lalu kat ladang Brussel ni masa on the way nak ke Manchester, ingatkan ladang kailan... hehehhe.
Seriously RM8? Mahalnya! Kiranya sini murah amatlah. Wajib cubalah macam ni. Rupa daunnya memang macam kailan :)
Post a Comment