Tuesday, April 26, 2016

Suami Ku Viva

16/2/2016 (Selasa) hari bersejarah buat suami tercinta kerana akhirnya dia telah menjalani viva dengan jayanya. Alhamdulillah, viva dia aku kira melalui jalan mudah. Pukul 1.15 petang mula dan berakhir secara rasminya lebih kurang pukul 3.15 petang. So, ambik masa dalam 2 jam saja. Aku mula-mula estimate maybe ambik masa dalam 3-4 jam. Aku agak terkejut bila kol 3 lebih hasben dah tepon sementara menunggu examiners making conclusion and decide the result. Masa tu aku kat opis aku, apa lagi....buat kerja aku la sebab tak siap lagi kan. Lepas dia tepon tu kalut lah aku ke bangunan di mana viva berlangsung. Masa jalan ke sana rasa happy sangat dan rasa nak menangis pon ada (walaupun bukan aku yang viva. Huhuhu....) sebab dah dengar sirna berita gembira. Sampai kat luar bilik viva, aku curi-curi dengar one of the examiners mengulas. Alhamdulillah, konpem, Phd dalam genggaman dengan minor correction. Hasben aku kata tak ada killer question dan dia rasa dia boleh jawab semua pertanyaan examiners dengan baik.

Posing dulu sebelum gi viva. Kami sebenarnya nak gi health center dulu sebab aku ada appointment dengan midwife pagi tu. Hasben masih sempat temankan sebelum kami bergerak ke universiti.

Kena scrap ais kat cermin kereta dulu. 

Dah ready nak ke bilik viva.

Sementara menunggu examiners and supervisor datang.

Lepas sesi viva berakhir secara rasminya, hasben aku mintak kebenaran untuk ambik gambar kenang-kenangan dengan examiners dan supervisor dia. Dia pon panggil la aku dan salah sorang kawan kami (hyreil) yang jugak menunggu di luar supaya masuk ke bilik tu.  Tak lama pastu supervisor hasben aku pon bersungguh suruh kami masuk. Hyreil memang purposely datang sebab hasben aku mintak dia tolong jadi cameraman. Hehehe....Aku sebenarnya serba salah nak masuk sekali. Tujuan utama aku terpacak kat situ sebab aku nak menjadi antara orang pertama yang ucap tahniah kat suami aku, bukan datang nak bergambar. Huhuhu.....

Kenapa aku segan nak masuk? Sebab internal examiner tu adalah supervisor aku! Dah lama jugak aku tak jumpa dia. Jadinya rasa serba salah yang amat. Huhuhu.....

Dari kiri: Internal examiner (supervisor aku), supervisor, hasben aku, aku, external examiner.

Teringat 3 minggu sebelum hasben aku viva, dengan senang hatinya dia enjoy borak kat FB, wassap, tengok movie, pergi sana sini n siap buat kerja part time hantar yellow pages. Aku pulak tumpang risau masa tu. Seminggu sebelum viva baru nampak belek thesis bersungguh skit. Itu pon aku rasa macam dia baca gitu-gitu je (itu aku rasa la....). But then I guess he really knows what was his research is all about.

Patutnya lepas dia viva tu kami laki bini patut raikan kejayaan dia. Malangnya aku ada ba.....nyak kerja jadi lepas tu aku balik semula ke ofis sambung kerja. Hasben aku pon ikut sekali teman aku habiskan kerja kat ofis.

Kawan-kawan tolong doakan untuk aku plak ye....Ntah bila la turn aku nak habis PhD plak. Kami skarang dah berada di Malaysia. Dah balik for good dan dah kembali bertugas. Dan tanggungjawab aku ma....kin banyak. Serabut!

5 comments:

Isma Ismail said...

Salam Lyn,
Lama tak dengar cerita (kat blog) rupanya dah balik Malaysia. Tahniah utk husband Lyn dah bergelar Dr. InsyaAllah tak lama lagi Lyn pula akan menyusul..

Naflyna said...

Wslm. Terima kasih atas doa Kak Isma. Banyak cerita nak update sebenarnya tapi masa tak mengizinkan.

AAS said...

Tahniah Wan.. insyaAllah, lepas ni giliran Miss Naflyn pula.. harap2 boss kat UMP tak bagi banyak kerja sangat so that boleh tumpu pada kerja PhD semasa di UMP.

Wassalam,
Paklah/Ana @ USM

Yan Yanz said...

Tahniah kepada your husband:)Tidak sempat jumpa sebelum kak balik Malaysia.
lama x baca blog kak sbb sibuk buat lab & sama jaga Hannah.
harap kak dapat siap phD x lam lagi. take care:)

Naflyna said...

Paklah/Ana > Terima kasih atas ucapan dan doa. Kerja dapat tetap banyak. PhD pon sedikit sebanyak jadi kucar-kacir. Huhuhu....

Yan Yanz > Thanks for the wish :) Kalau ada rezeki boleh jumpa lg. Nanti kalau balik Malaysia dan datang Kuantan, jemputlah ke rumah kami ye. Saya doakan awak dan suami boleh habis phd sebelum balik Msia.