Sempena nak Krismas tak lama lagi, pihak sekolah telah anjurkan satu persembahan semalam (15 Disember). Ismael dah ada pengalaman buat persembahan tahun lepas (tahun lepas punya cerita kat sini). So, tahun ni experience kedua untuk Ismael. Tahun ni pihak sekolah jual tiket untuk tengok persembahan £1 per tiket berbanding 50 pence for last year. Hanya boleh beli 2 tiket untuk setiap murid dan boleh pilih nak tengok persembahan waktu pagi atau tengah hari. Kiranya semalam depa kena buat persembahan dua kali. Kami pilih untuk tengok waktu pagi sebab lepas hantar dia gi school, boleh terus tengok persembahan dan lepas tu boleh terus ke universiti.
Kalau tahun lepas Ismael jadi biri-biri dengan appearance pak pacak (huhuhu...) sekejap sangat macam tak sampai 15 saat (he made me proud though), tahun ni Ismael jadi Twinkle Little Star dan ada buat gaya bintang kelip-kelip pakai tangan. Cuma masa part dia tu patutnya dia kena menyanyi sekali lagu twinkle little star, dia jadi panik atau malu kot, dia hanya buat gaya saja. Masa dia berdiri sambil buat gaya dengan agak bersungguh tu aku rasa terharu sangat sampai bergenang air mata, tapi mujur tak meleleh. Kalau tak buat malu saja sebab terover. Huhuhu......Walaupon Ismael tak menyanyi masa part dia, dia join menyanyi memeriahkan nyanyian choir untuk persembahan part orang lain yang sebelum dan selepas part dia.
Christmas performance kali ni nyanyiannya kurang mantap sebab persembahan hanya melibatkan murid Key Stage 1 (KS1) iaitu murid Foundation Stage 2 dan Year1-Year 2. Performance murid KS2 (Year 3-6) buat asing. Performance tahun lepas combine semua jadi nyanyian lebih bertenaga dan harmoni sebab budak besar lebih pandai nyanyi dan fokus. Apa pon kesungguhan dan cubaan budak-budak tu lebih bermakna dan kami tetap terhibur. Bagusnya tahun ni lebih banyak budak ditampilkan pakai costume baru pelbagai watak, maybe sebab tahun ni ada bajet n arahan head teacher kot. Tahun lepas sekolah Ismael takde head teacher. Dalam banyak-banyak costume, antara yang kelakar adalah reindeer costume yang mengepalai kereta santa clause sebab kat hidung costume tu ada lampu kaler merah berkelip-kelip. Masa budak tu kena bangun buat persembahan pak pacak tu ada sorang cikgu tolong picit button bagi hidungnya berkelip dan budak tu dengan tak sengaja terseronok tengok hidung tu sampai juling mata dia. Aku plak tengok sampai seronok terketawa macam like other parents yang jugak perasan benda yang sama. Tapi pastu aku cepat-cepat control sebab risau plak kang nanti reindeer tu nangis. Hahaha.....
Rupa dewan persembahan. Simple je. Takde keluar modal untuk props pon. In fact takde pentas pon macam typical school hall yang kita ada di Malaysia. |
Budak-budak dah mula masuk bersedia nak buat persembahan. |
Dewan dah mula penuh dengan budak-budak. Ismael tengah berjalan, yang pakai costume bintang, dua dari kiri. |
Encik pemain piano yang dijemput khas oleh pihak sekolah untuk mengiringi nyanyian persembahan. Tak pasti sama ada berbayar atau volunteer. |
Macam biasa, kami tak dibenarkan ambik gambar masa performance. Cikgu-cikgi berdiri keliling dewan, so memang tak boleh curi-curi ambik gambar. Kami hanya boleh ambik gambar anak masing-masing je lepas selesai performance. Sebelum performance, hasben aku ada le jugak ambik gambar tapi lepas tu kena tegur ngan sorang cikgu. So, gambar-gambar kat atas yang nampak orang lain tu semuanya diambil sebelum kena tegur dengan cikgu.
No comments:
Post a Comment