Rabu minggu lepas ada christmas workshop kat nursery Ielyas. Pastu ada satu aktiviti ni cikgu nursery tolong buatkan christmas treat berupa marshmallow campur serbuk coklat yang diletak dalam bekas plastik cone macam plastik isi popcorn tu. Pastu cikgu tolong hias skali dengan 2 biji mata dan hidung kat plastiknya. Comel dan nampak tempting la untuk budak-budak. Mak budak pon teringin jugak tapi apa boleh buat, bukan untuk mak budak. Huhuhu.....
Masa cikgu dok buat tu tetiba aku rasa musykil plak dengan marshmallow tu sebab aku x pernah jumpa ada jual marshmallow yang halal/suitable for vegetarian selain dari brand Cadbury. Itu pon yang brand Cadbury tu dulu je halal. Skang dah tak halal. Cikgu yang membalut tu cikgu mat salleh. Tetiba rasa was-was plak masa tu padahal dalam kepala aku ada gak terpikir, cikgu mestilah sensitif dengan hal tu sebab ramai budak muslim. Tapi risau jugak kot-kot cikgu terlupa. Jadi aku pon tanya la jugak. Alhamdulillah, cikgu tak pernah lupa. In fact yang menguruskan pembelian marshmallow tu cikgu muslim yang jugak merupakan ketua guru untuk budak-budak Foundation Stage (FS1 and FS2).
Pastu aku tanya la cikgu yang beli tu kat mana dia beli marshmallow tu sebab anak-anak aku suka sangat makan marshmallow tapi aku x pernah jumpa yang halal dan saiz besar-besar jual dalam packaging. Kalau jual kat supermarket semua yang aku jumpa ada pork/animal gelatin yang tak halal. Kalau kat kedai runcit Pakistan ada la jual yang halal tapi tak rasa macam marshmallow sangat dan dalam paket kecik-kecik dengan saiz marhmallow nya pon kecik je. Kalau untuk anak aku, beberapa kali ngap je dah abis. Yang cikgu sediakan untuk christmas workshop tu marshmallow nya besar-besar. Cikgu kata sebenarnya husband dia yang tolong belikan. Dia kata nanti dia tanyakan kat husband dia.
Lepas aku tanya tu esoknya giliran papa Ielyas yang hantar Ielyas ke nursery sementara aku hantar Ismael ke kelas dia. Masa husband aku hantar Ielyas tu cikgu suruh tunggu kejap. Husband aku ingatkan cikgu suruh tunggu untuk bacakan buku cerita untuk anak sebab biasnya hari Rabu adalah hari membaca bersama anak. Lepas baca dia pon terus keluar. Lepas aku hantar Ismael kebetulan hari tu aku pilih untuk lalu kat depan nursery. Rupanya cikgu Ielyas tengah tunggu aku depan nursery sambil pegang sebungkus marshmallow. Dia bukan saja bagi info kat aku kat mana aku boleh beli marshmallow tu tapi dia bagi sekali sebungkus marshmallow. Oh, sungguh aku terharu. Bila aku bagitau kat husband cikgu bagi marshmallow, barulah husband aku dapat pick up rupanya cikgu suruh dia tunggu tu sebab nak bagi marshmallow tapi papa Ielyas yang mithali tak paham. Huhuhu.....
Oleh kerana aku dan husband terus ke universiti lepas hantar anak-anak ke sekolah, bungkusan marshmallow tu aku bawa sekali. Balik dari universiti aku tunjuk kat Ismael ngan Ielyas. Depa sangat excited dan senyum sampai telinga. Kalut depa suruh aku bukak bungkusannya. Lepas bukak tu aku sempat le rasa seketul dan aku pon naik ke tingkat atas rumah gi salin baju. Bila aku turun, dah abis dah si dua beradik makan. Tinggal plastik je. Huhuhu....
Nota kaki:
Masih ingat lagi masa aku balik Malaysia kejap aritu sebab abah aku tak berapa sihat, aku sempat la curi masa dalam kepenatan jet lag dan panas Ramadhan cari ole-ole nak bawak balik ke UK untuk anak-anak. Antaranya ialah marshmallow. Sampai UK aku catu marshmallow tu sebab x banyak mana. Si dua beradik dapat la makan beberapa kali. Kalau tunjuk semua, sah-sah sekali hadap je. Sadis....Huhuhu.....
No comments:
Post a Comment