Thursday, September 17, 2015

Octopus Project

Last two weeks kami ke carboot sale di Doncaster dan aku terjumpa la satu buku kraf tangan untuk preschool children. Buku tu based on satu rancangan popular kanak-kanak di UK, Mr Maker. Ismael ngan Ielyas layan jugak la rancangan tu. Masa nak beli tu aku teragak-agak jugak sebenarnya sama ada nak beli ke tak sebab harganya 50 pence padahal murah sangat dah tu sebenarnya kalau ambik kira harga asalnya, keadaan buku, tahun terbitan dan populariti rancangan Mr Maker. Aku agak berkira masa tu memandangkan keadaan kewangan terkini kami yang tak berapa nak best. Lepas aku belek-belek, selak helaian buku tu sana sini akhirnya aku decide untuk beli jugak. 


Lepas balik dari carboot Ismael dan Ielyas pon macam biasa akan belek apa yang aku beli. Biasanya depa tak tau apa aku beli masa di carboot sebab depa tak jalan sekali ngan aku. Well, anak papa....depa biasanya akan dapat toys kalau ikut papa dia. Kalau ikut aku susah nak dapat toys. Kalau aku jalan sekali ngan depa 3 beranak pon susah jugak nak dapat toys sebab aku akan pangkah apa yang depa nak beli. Huhuhu..... So, kami biasa tak jalan sekali supaya depa boleh enjoy gi carboot kerana itulah antara matlamatnya. Berbalik kepada cerita buku Mr Maker tu, depa dua beradik rupanya seronok betul dengan buku tu. Sejak aku beli tu, hari-hari si dua beradik tu dok belek. Depa berangan rupanya nak cuba buat itu dan ini. 

Bila aku tengok depa berminat sungguh nak cuba art craft dalam buku tu tetiba aku terfikir untuk beli craft materials n bagi depa peluang untuk mencuba. So, hari Sabtu lepas kami ke The Range beli bahan dan kelengkapan yang diperlukan. Actually niat asal nak ke Hobby craft, selang beberapa buah kedai je dari The Range but then terfikir maybe kat The Range ada jual craft materials jugak. Hobby Craft melalui pemerhatian kasar aku barang dia mahal skit tapi memang heaven la dengan segala macam tok nenek jual barangan craft sebab itu specialty dia. Masuk dalam The Range kami terus ke section art n craft. Kat situ rupanya tak kurang hebat ada macam-macam jugak jual. Dan akhirnya kami balik rumah dengan barang-barang seperti ditunjukkan dalam gambar kat bawah.


Kami beli sekali craft storage boxes ni 

Ismael ngan Ielyas bukan main suka masa kami pilih-pilih barang kat The Range. Lepas selesai membeli dan masuk dalam kereta, depa kalau boleh nak terus balik n nak mula cuba jadi Mr Maker. Tapi kami bagitau kat depa hari Ahad (esoknya) baru nak cuba sebab hari tu kami ada plan lain dulu.

Malam sabtu tu sibuk la si dua beradik dok sebut-sebut nak jadi Mr Maker. Bangun tido esoknya pagi-pagi lagi dah tanya bila depa boleh jadi Mr Maker tatkala aku masih blom pon sempat nak gosok gigi. Huhuhu.....Lepas dah sarapan n lipat baju barulah aku benarkan depa jadi Mr Maker. For the first time kami buat octopus, ikut pilihan Ismael. They were so excited! Hehehe..... Aku tetap kena buat banyak benda tapi part gunting-gunting n tampal-tampal tu aku biar depa buat sendiri. Aku cuma assist mana yang perlu. Maybe hasil kerja depa nampak tak sempurna tapi aku rasa ketidaksempurnaan tu membuatkan hasil craft depa nampak kiut. Baru la nampak hasil kerja budak-budak yang sebenar kan?

Sebelum mula jadi Mr Maker aku ajar depa simpan tiny craft materials dalam craft boxes dulu

For the first time we tried this bubble wrap octopus

Ielyas kusyuk menggunting bubble wrap untuk buat octopus tentacles.

Ismael tengah buat badan octopus

Yeay! Dah siap!

Lepas siap depa cakap depa nak try buat yang lain plak. Tapi aku dah tak layan dah. Hahaha....Saja nak simpan rasa seronok tu untuk lain kali plak. 

No comments: