3 September lepas Ismael kembali ke sekolah selepas summer holiday lebih sebulan. Kami ingatkan Ielyas pon mula sekolah sekali rupanya nursery dia mula lambat skit, 8 September, sebab memberi laluan kepada budak-budak baru masuk nursery membiasakan diri dan jugak supaya cikgu boleh concentrate pada depa untuk 2 hari pertama sekolah. Pihak nursery ada bagi surat pemberitahuan before school break rupanya tapi aku x sedar pon. Entah aku baca ke tak sebenarnya surat tu.
Sesi baru kali ni adalah sesi persekolahan terakhir untuk Ismael dan Ielyas sebelum kami balik ke Malaysia tahun depan, InsyaAllah. Tahun ni Ismael masuk Year 1, tahun persekolahan yang aku kira lebih memberi tumpuan kepada pembelajaran formal berbanding Foundation Stage/Reception. Main-main tu masih tetap ada tapi belajar 3M tu dah semakin banyak.
Tahun ni kami takde beli baju/kasut sekolah baru untuk Ismael sebab yang tahun lepas masih elok lagi. Hari pertama persekolahan takde apa-apa masalah untuk Ismael sebab ramai kawan sekelas dia tahun lepas masih duduk sekelas dengan dia. Cikgu kelas dia pon dia dah kenal sebelum summer holiday aritu sebab ada sesi suai kenal dengan cikgu dan kelas baru telah dibuat beberapa minggu sebelum sesi persekolahan yang lepas berakhir. Ismael siap ingat dah nama teacher dia, Miss Bell, sejak sebelum school break lagi.
Kesian kat Ielyas sebab member bersemangat nak ke sekolah. Tup-tup kena balik semula ke rumah. Apa lagi....2 hari pertama tanpa Ismael memang Ielyas nampak serba tak kena walau pon bila dok sama-sama selalu ada saja benda nak gaduh. Huhuhu.....
Ismael breakfast dulu sementara Ielyas bersiap |
Giliran Ielyas plak breakfast. Masa ni kami tak tau yang nursery Ielyas blom mula lagi. Jadi aku siapkan dia macam biasa. |
Sedia untuk ke sekolah. Tengah tunggu papa n mama plak bersiap. Papa n mama pon kena ke sekolah (universiti) jugak. |
No comments:
Post a Comment