Rumah kami tak jauh dari pasaraya Lidl. Pasaraya dia taklah besar sangat tapi barang-barang yang dijual kat situ rata-rata banyak yang lebih murah daripada pasaraya besar macam Tesco, Asda atau Morisson. Cuma barang yang dijual tu kepelbagaian dia terhad la sebab saiz supermarketnya yang kecik.
Antara section yg paling kami laki bini suka di Lidl adalah bahagian bakery dia. Kalau gi Lidl waktu pagi terutama masa supermarket baru bukak kita akan disambut oleh bau roti harum semerbak sebaik saja kaki melangkah masuk. Bukan setakat bau saja yang sedap, rasa roti dia pon sedap. Murah pulak tu. Sebilangan jenis roti kat situ kalau darab duit Malaysia pon masih murah lagi.
Kami tau bila kami balik malaysia nanti antara perkara yang kami mesti rindu adalah Lidl bakery.
No comments:
Post a Comment