Saturday, September 6, 2014

eBay



Kalau dok UK memang tak sah kalau tak membeli melalui eBay. Kami sendiri selama dah hampir dua tahun dok sini dah banyak transaction melalui eBay yang kami dah buat. Bukan setakat beli barang je, jual barang pon ada. Ooopss....jangan salah faham. Kami bukan berniaga tapi kami jual unwanted used goods je.

Kenapa eBay?
  1. Ada sesetengah barang bukan senang nak cari kat kedai dan ada jugak yang takde jual kat kedai/supermarket terdekat. Tambah-tambah nak gi survey sana sini. Jadi eBay adalah platform paling mudah nak beli barang sebegini. Malah di eBay kita boleh beli barang dari China, Korea, US atau Israel (sesetengah barang research perlu beli dari Israel ye...).
  2. Cara paling convenient untuk shopping barang tanpa perlu ke sana ke mari.
  3. Boleh pilih nak beli used items or brand new.
  4. Boleh buat perbandingan harga. Benda yang kita cari kita boleh sort price dia. Jadi kita boleh dapat harga paling murah untuk barang yang kita nak. Trader berbeza biasa jual benda yang sama dengan harga yang berbeza. Cuma kena pandai bermain dengan keywords untuk pastikan barang yang dicari adalah yang termurah kita boleh dapat. 
Transaction di eBay setakat pengalaman kami kira sangat selamat. Kenapa selamat? Kalau barang yang kita dah beli tak sampai kat kita, boleh claim balik duit yang dah dibayar. Pernah sekali hasben beli iPad, masa tu bayar lebih GBP300 jugak. Mula-mula cuak sebab tak sampai-sampai pon barangnya. Tapi lepas tu ada kawan bagitau boleh buat report kepada eBay dan pastu duit tu dapat balik. Transaction kita jugak secured dengan sistem rating yang diwujudkan untuk customer rate seller/trader. Biasanya orang takkan favor untuk beli barang/servis dari seller/trader yang ratingnya bukan 100% good. Jadi seller/trader akan jaga sebaiknya reputasi barang dan servis yang diberikan. Oh ye, di eBay bukan setakat jual barang tapi jugak servis.

Antara kenapa orang Malaysia yang duduk UK suka eBay adalah part bid used/unwanted item. Ada sesetengah orang jadi addicted....Sistem bid ni sebenarnya bukan setakat untuk bid used/unwanted items je but new items too. Aku pernah la try bid beberapa kali dan masa saat-saat akhir bidding time tu memang berdebar-debar le jantung makcik sebab bidder lain pon masing-masing tangan kat keyboard/keypad. Ada yang siap pakai auto bidding lagi. Kalau ada yang pakai auto bidding memang kita nak kena pandai agak le berapa harga paling tinggi orang lain sanggup letak dan berapa paling tinggi kita pulak sanggup letak. Memang nak kena pandai le skill bid mem'bid ni baru boleh dpt barang yang kita nak tu murah atau berbaloi. Kalau nak barang yang di bid tu lagi murah biasanya kena bid item yang bid end on weekend. Kalau bid end on Tuesday or Wednesday most probably barang tu akan lebih mahal daripada yang sepatutnya. This fact is based on info dari sorang kawan yang memang dah biasa dengan eBay sebab selain selalu membeli dari eBay dia jugak meniaga di eBay. Cuma bila nak bid tu aku rasa perlukan komitmen sebab asyik kena perhati eBay tu macam tengok saham. Oleh sebab tu aku sangat jarang try bid. Pada aku kerja membid ni hanya sesuai untuk mereka yang jadi surirumah atau surarumah atau dalam erti kata lain untuk spouse yang tak belajar. Kalau aku nak used item yang jual kat eBay, aku akan cari yang classified as 'Buy It Now', senang citer.

Used/unwanted item yang boleh dibeli kalau pandai cari memang masih elok macam baru. Mat salleh yang jual barang kat eBay kebanyakannya jenis cermat dan jujur (seperti saranan Rasulullah, menjual dengan jujur tapi orang kita ramai tak boleh praktis). Kalau barang yang dia nak jual ada calar, kemek, malfunction, dia akan bagitau dan tunjuk dalam gambar. Tapi kalau nak beli toys atau baju terpakai seriously harga kat carboot lagi murah. Benda yang exactly sama kalau kat eBay kita boleh beli maybe GBP1-4, kat carboot maybe 20-50 pence je.

Bookcase with glass doors ni 'Buy It Now'. Aku beli £25 je. Almost perfect. Calar sikit sangat n tak nampak pon. Kat Malaysia aku berangan je nak beli. Kalau beli baru di Ikea Malaysia RM509.  

Yang ini pon 'Buy It Now'.  Perabot Ikea jugak. Aku beli mahal jugak but still a lot cheaper than brand new. 

CD tower rack ni aku menang bid yang aku beli untuk organize bahan kecantikan kami laki bini, Fortunately harga aku beli tak mahal, dalam £6 lebih. Sebelum tu aku try bid rack yang sama dua kali tak berjaya tapi mujur tak berjaya sebab yang tak berjaya tu mahal. Yang ni aku dapat murah aku rasa sebab nama rack yang diberi bukan keywords yang biasa orang guna untuk cari cd tower rack.

Tilam ni aku menang bid. Aku beli sebab nak ganti tilam untuk Ielyas yang dah uzur. Seller tu jual sebab dia beli perabot Laura Ashley dan dapat tilam ni percuma dan dia tak perlukannya. Kiranya masa kami beli tu tilam ni brand new, dok elok dalam plastik dengan bau kedai. Aku belasah bid sebab aku tengok baru dan masa tu tak tau pon harga dia kat pasaran. Aku beli dengan harga £30++. Bila cek harga pasaran rupanya brand new lebih £100!  

Oh, ya. Untuk pengetahuan, kalau beli perabot second hand biasa orang cari yang dekat dengan rumah je. Jadi masa cari perabot kena set distance as search priority. Takkan nak beli perabot second hand dari tempat jauh-jauh. Tak balik modal, rugi. Baik beli baru dari buang duit minyak kereta untuk pergi collect barang. Rule aku beli perabot second hand dari eBay: perabot tu mestilah tak nampak macam second hand dan nampak modern di samping harganya yang murah. 
 
Macam-macam ada jual kat eBay. Dari sekecik-kecik benda hinggalah sebesar-besar benda. Shed yang kami beli dalam citer post aku kira-kira sebulan yang lepas aritu pon (citer pasal shed) kami beli dari eBay jugak. Jangan tak tau, kami beli kereta kami kat sini yang first dulu pon tengok dari eBay dan kami jual balik kereta tu pon kat eBay jugak. Memang terbaik lah eBay. Kami laki bini siap install eBay apps kat tab masing-masing. Dengan kelajuan internet di UK yang jauh lebih laju dari Malaysia memang tengok eBay jadi lebih mudah dan pantas. 

Mesti kami akan rindu eBay bila balik Malaysia nanti.

7 comments:

fizz said...

salam kak lynn,

oh minatnya tengok bookcase with glass door. time akak nak balik nanti, kalau kat ebay ada lagi. bolehla saya pesan satu * Itupun kalau ada lagi

Anonymous said...

salam lynn, apa khabar?lama tak jengah sini...memang akan merindui ebay, huhuhu...paling seronok bila dapat menang bid dengan harga 0.99 pence sahaja. selalu ana guna autosnipper sebab malas nak tunggu di saat-saat akhir sbb berdebar-debar nak tunggu sapa yang menang, hahahaha.

Naflyna said...

Fizah > Wslm. Susah nak dpt bookcase jenis tu yg second kalau kat area Sheffield mayb sebab Ikea blom ada kat Sheffield. Mmg banyak jual kat eBay tp yg murah jauh-jauh nak p amik. Kalau yg dekat Sheffied paling murah boleh menang bid £60-£80. Kalau nak dekat balik nanti tetiba ada yg murah boleh le tlg beli kat Fizah.

Anonymous > Wslm. Alhamdulillah, baik-baik je :) Sy rs rare la barang yg sy nak blh dpt 99p. Tp sblm nak bid slalu berangan blh dpt 99p. Huhuhu....Sy agak la kan, sbb Sheffield punya population tinggi, barang yang kita try bid banyak competitors, jd harga makin mahal. Lagi susah bila competitor kita tu among traders

amirul ariff said...

Salam kak..maaf nk brtnya skit..sy ada bli brg dr ebay uk..dh dkt sbln, brg xsmpai..dh la tracking no seller tu xbg..hmmm..apa y prlu sy buat?
Bila sy nk dispute kes, xblh sbb xda transaction history..

Naflyna said...

Wslm. Actually transaction ebay yg selamat saya maksudkan dalam post tu adalah transaction bila kita bayar guna Paypal. Kalau bukan through Paypal, setahu saya ebay tak dapat nak tolong apa-apa.

kejora said...

as salam akak mcm mana nak cek barang kita ya..sy ada beli brang kat ebay..tp seller x update shipping date n x jwb msg sy...msuk hari ni dah 5 hari n seller still senyap je...adakah ni normal? sbb ni first time beli di ebay

Naflyna said...

Wslm. Nak kata x normal tak jugak. Kami pon pernah terkena jugk ngan seller yg jenis mcam tu. Kes kami terkena ada barang yang sampai dan ada jugak yg x sampai. kalau awak beli barang tu dah lepas delivery date yang diletak dalam description barang, bolehlah open case utk buat report pada ebay, dengan syarat transaction through Paypal. Kalau bukan Paypal tak boleh buat apa, tunggu luck je la