Thursday, September 25, 2014

PhD Perlukan DUIT

Few weeks ago rakan seperjuangan PhD, Mat Nor, yang supervisornya sama dengan SV hasben aku dan jugak bekerja di universiti yang sama di tanah air telah selamat viva. Yang sungguh mengharukan ialah Mat Nor telah berjaya viva sebelum tamat tempoh 3 tahun yang diberikan untuk menghabiskan PhD. Setahu aku, di UK kira agak rare untuk dapat siapkan PhD awal kalau ikut statistik. Dan dia kongsikan bahawa kejayaan dia peroleh PhD awal adalah DUIT. Ya.....D.U.I.T. 


Ooopsss...bukan duit yang boleh kita guna untuk shopping tu tapi: Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal. Kata isteri Mat Nor, Mat Nor saban hari cakap nak habis awal dan Alhamdulillah, Allah kabulkan impian dia. Skarang Mat Nor sedang berada di tanah suci Makkah menunaikan fardhu haji. Aku kira Allah bagi rezki Mat Nor habis awal PhD juga kerana niat dia nak menunaikan haji sebelum balik Malaysia. Maha suci Allah, dia telah Allah kurniakan dua rezeki besar tahun ni: haji dan PhD. Pengajarannya, tatkala kita sibuk mencari saham dunia dan pada masa yang sama kita jugak sibuk berusaha mencari saham akhirat, Insha Allah akan dipermudahkan kedua-duanya.

Semangat! Semangat!


Nota kaki: Oleh kerana Mat Nor abis awal, harapnya hasben aku pon ada chance abis on time kalau tak awal. Huhuhu.....

No comments: