Sunday, May 4, 2014

Sistem Poskod Di UK

Satu nombor poskod di Malaysia secara umumnya mewakili satu kawasan yang sangat besar. Contohnya, poskod 34600 Kamunting adalah untuk banyak kampung dan taman perumahan. Kalau orang yang tak pernah datang umah kita misalnya nak datang kenduri kat umah kita, kita akan bagi alamat umah dan orang akan cari berdasarkan panduan umah tu kat bandar/pekan mana, pastu berpandukan kampung/taman apa, seterusnya kat jalan/lorong mana dan akhir skali barulah cari umah nombor brapa. Kalau peta kenduri most probably kita akan berpandukan landmark yang diberi macam masjid, stesen minyak, lalu brapa banyak traffic light dan lain-lain. Dan bg yang canggih skit depa akan bagi koordinat umah, kita taip kat GPS navigator (contohnya Garmin dan Tom Tom) dan zuppp....GPS navigator akan tunjuk kat mana umahnya. Err....korang tau ke koordinat umah korang? Aku sendiri pon tak tau koordinat (latitude and longitude) umah aku sebab tak pernah plak orang yang nak mai umah aku tanya koordinat umah sbb kita biasa cari umah orang berdasarkan alamat lengkap, bukannya koordinat. Lagi pon nak mengigat koordinat umah kita pon bukannya mudah. Contohnya Sekolah Kebangsaan Lahar Kepar koordinatnya adalah 5.538197N, 100.417114E (koordinat ni adalah kredit untuk entry di blog Kisah Insyirah). Mau juling mata makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang rabun dekat nak membaca koordinat ni. Huhuhu.....Nak mengingat, jangan harap la dalam masa seminit depa nak boleh ingat.



Poskod Sheffield bermula dengan huruf S. 
Gambar dari Google
Sistem Poskod di UK sangat efisien. Setiap jalan dan lorong ada poskodnya sendiri. Kalau nak cari kat mana sesuatu tempat tu, hanya taipkan poskod ke dalam GPS navigator dan kita akan dipandu arah ke alamat yang dikehendaki. Kalau kita masukkan bersekali dengan nombor rumah atau kedai, pakcik Garmin atau Tom Tom akan hantar kita betul-betul kat depan alamat yang nak dituju. Kiranya posmen baru kerja takde masalah lah nak cari alamat umah kita. Sume yang kerja menghantar barang ke rumah customer atau orang kerja buat servis/maintanance apa-apa dari rumah ke rumah tak perlu fikir kat mana address yang nak dituju bila company sediakan GPS navigator. Dari poskod jugak syarikat insurance akan dapat identify sama ada kawasan rumah kita risiko jenayah tinggi atau tak. Kalau tinggi, mahallah insurans rumah atau kereta.


Bila kami nak ke mana-mana tempat termasuk rumah kawan-kawan kat sini kami akan tanya poskod dan nombor rumah je. Pastu taipkan kat Garmin dan Garmin akan membebel sepanjang jalan bagitau nak kena ikut jalan yang mana.

Kalau poskod kita hanya terdiri daripada kombinasi nombor, poskod di UK terdiri daripada kombinasi nombor dan abjad. Misalnya poskod umah lama kami adalah S95FL. Mudah nak ingat. Poskod umah sendiri wajib ingat. Apa saja urusan yang memerlukan alamat, elemen paling penting nak kena ingat adalah poskod dan nombor rumah. Dari poskod sistem berkomputer akan dapat trace bandar dan negara mana (UK kan terdiri daripada beberapa negara). Untuk sesetengah sistem, contohnya macam sistem registration untuk customer Asda (Asda ni sebenarnya supermarket macam Giant tapi kita boleh shopping online), bila kita taip je poskod, sistem dia akan dapat trace smua nombor rumah yang berada di jalan/lorong tu dan kita hanya perlu pilih je dari drop down menu. 

No comments: