Sunday, April 27, 2014

Jelajah Spain - Part 2 - Sevilla

Aku nak sambung balik citer siri Jelajah Spain kami yang dah lama sepatutnya aku sambung citernya. Pada hari kedua lawatan kami diteruskan ke bandar Sevilla 


PLAZA DE ESPANA

Destinasi kami yang pertama adalah Plaza de Espana yang telah dibina pada tahun 1929. Sejarah detailnya bolehlah korang google sendiri. Malaslah aku nak citer lebih-lebih sebab tak menarik sangat pon aku rasa. Skarang ni Plaza de Espana menempatkan jabatan-jabatan kerajaan dan kiranya tempat ni macam bangunan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. Dah tentunya kalau tengok gambar apa yang menariknya tempat ni adalah senibina dia. Part yang menarik pasal Plaza de Espana adalah ia pernah digunakan sebagai lokasi penggambaran filem Star Wars Episode I: The Phantom Menace (1999) dan Star Wars Episode II: Attack of the Clones (2002).









GIRALDA

Selesai lawatan kami di Plaza de Espana kami dibawa ke pusat bandar lama Sevilla. Untuk pengetahuan, setiap bandar utama di Spain ada dua pusat bandar, baru dan lama. Pusat bandar lama terletak di mana bangunan-bangunan lama dan bersejarah dipelihara. Jarak antara bangunan adalah rapat-rapat di bandar lama dan jalan rayanya pulak sempit. Jadi dah tentunya bas yang kami naik tak boleh masuk. Makanya kami kenalah jalan kaki untuk sampai ke tourist attractions yang ada di sana. Jauh jugaklah kami jalan baru sampai ke tempat yang dituju. Mujur kami bawa stroller untuk bawa anak-anak. Kalau tak, mahu sakit pinggang sepanjang hari sebab mendukung anak.

Tapi sebelum kami ditunjukkan tempat-tempat menarik yang seterusnya, kami dibawa ke tempat di mana kami boleh cari makanan halal. Macam sebelum ni, tak banyak pilihan yang kami ada sebab restoren halal sangat terhad di Spain. Hanya ada 2 pilihan je dekat kawasan yang kami tuju. Satu restoren makanan segera yang menu utamanya adalah kebab dan satu lagi Moroccan restaurant. Oleh kerana dah dua hari kami sekeluarga tak jumpa nasi jadi kami pilih ke Moroccan restaurant yang telah dimaklumkan oleh pemandu pelancong kami dari awal yang harganya agak mahal dari makan kebab. Kat restoren tu kami tumpang solat dan lepas tu makan. Sedap ke? To be honest, tak sedap dan sangat mahal. Dan jumlah untuk dua hidangan dengan satu botol air mineral kami perlu bayar hampir 25 euro. Giler mahal! Tapi sebab dapat tumpang solat tu kami rasa tak ralat sangatlah.

Inilah Moroccan restaurant di mana kami lunch. Restorennya kecik je. Boleh muat dalam 30 orang makan rasanya.

Ini makanan yang hasben aku order. Kus-kus namanya. Rasanya macam nasi beras hancur yang dihidang bersama sambal dal. Yang aku punya nasi putih ngan ayam seketul kecik yang dimasak rupanya macam masak lemak cili api. Terlupa lak nak snap gambar sebab dah lapar sangat jadi trus makan.

Lepas makan dan solat kami ke Giralda. Giralda ni salah satu world heritage site yang diiktiraf oleh UNESCO. Melawat ke Giralda ni sedih sebenarnya sebab Giralda ni sebenarnya dibina oleh orang Islam sebagai menara azan semasa Islam masyhur di Spain. Tapi setelah orang Kristian berjaya menakluki Sevilla, dikatakan raja Kristian Spain pada masa tu telah naik ke puncak menara tu dengan menaiki kuda dan bersorak gembira. Sejak tu menara tu telah dijadikan sebagai menara loceng gereja. Obviously, kalau dah itu menara azan, mestilah ada masjid kat situ. Masjid tu plak telah dijadikan gereja (Sevilla Cathedral) dan bukan sekadar gereja biasa-biasa. Ia antara gereja terbesar di dunia. Kalau kita nak masuk melawat ke dalam gereja tu boleh. Tapi kena bayar, mahal pulak tu.

Giralda adalah menara sebelah kanan tu. Yang sebelah kiri tu Sevilla Cathedral (gereja) yang dulunya adalah masjid. 2/3 daripada ketinggian Giralda adalah ketinggian asal. Setelah dijadikan menara loceng gereja, ketinggiannya ditambah 1/3 lagi untuk mencapai ketinggian yang boleh dilihat skarang iaitu 104.1 meter. Dan jelas skali rupa senibina Islam telah ditambah dengan seni bina Kristian pada Giralda dan juga Sevilla Cathedral.

Sevilla Cathedral yang kini menjadi antara gereja terbesar di dunia.

Tak jauh dari Giralda kita boleh nampak satu lagi tempat sejarah menarik di Sevilla yang dikenali sebagai Alcazar dan juga terangkum dalam world heritage site by UNESCO. Dari namanya pon kita dah boleh agak ia adalah tinggalan sejarah Islam di Spain. Alcazar ni merupakan satu istana untuk khalifah Islam di Spain pada zaman dulu. Dari luar pon memang boleh nampak ciri seni bina Islam pada istana tu sangat ketara. Sehingga kini ia masih berfungsi sebagai istana tapi skarang ni untuk raja Kristian Spain la. Malangnya bila kami tengok admission fee dia mahal jugak. Mula-mula kami nak masuk jugak sebab dah mai jauh-jauh rugilah tak tengok tapi lepas tu Ismael buat hal plak. Dia menangis meraung-raung sebab ada benda yang dia rasa tak kena. Tak ingat dah aku pasal apa. So, tak jadi kami masuk ke dalam. Kami dok kat luar je menunggu yang lain habis melawat.

Kami sebenarnya rasa sangat terkilan sebab tempat-tempat menarik di Sevilla yang ada admission fee rata-rata bagi diskaun untuk student tapi hanya untuk student yang berumur 25 tahun ke bawah saja. Untuk beli tiket masuk student rate kena tunjuk student card n passport. Kesian kami yang dah berumur ni sebab beza harga student rate dengan non student rate adalah sekali ganda. Misalnya kalau student rate masuk 9 euro, kami kena 18 euro sorang. Student rate pon dah mahal, inikan plak kalau bukan student rate. Ramai jugak di kalangan rombongan kami yang lebih 25 tahun. Smua  rasa kesal sebab apa bezanya biasiswa kami dengan yang 25 tahun ke bawah? In fact, kami yang berkeluarga ni lagi belanja lebih untuk pelancongan depa. Rugi la Spain tourism.

Sementara menunggu yang lain-lain selesai melawat Giralda, Alcazar dan Sevilla Cathedral kami sekeluarga gi jalan-jalan di kawasan sekitar tengok seni bina tempatan sambil cari souvenirs.





TORRE DEL ORO

Destinasi seterusnya di Sevilla adalah Torre del Oro. On the way ke Torre del Oro kami ditunjukkan kat mana Plaza de Toros, tempat perlawanan lembu terkenal di dunia. Kami boleh masuk melawat kalau nak, tapi sekali lagi admission fee yang amat mendukacitakan. Student rate hanya untuk 25 tahun ke bawah saja. Oleh sebab mahal dan hanya boleh nak tengok stadium saja dan semua yang lain tak masuk kami pon tak masuk jugak. Kalau masuk bukan boleh tengok lembu lawan pon. Tengok sekitar stadium saja sebab masim perlawanan hanya masa bulan April. Dah tentunya kalau masuk untuk tengok lembu lawan tiketnya jauh lebih mahal. Katanya tengok sepasang lembu berlawan sampai lembu yang sekor lagi mati. Kesiannya.....animal abuse. Dan dikabarkan lagi lembu yang menang akan disembelih dan dagingnya akan dijual dengan harga yang tinggi.

Plaza de Toros

Lagi gambar di hadapan Plaza de Toros

Masa kami pegi tanya pasal tiket masuk ke Plaza de Toros, si Ielyas merajuk la plak. Kami nak sambung jalan dia dok kat penjuru pintu masuk ke Plaza de Toros. Gaya merajuk belajar dari citer Upin Ipin la tu.

Tak lama pastu dah ok dah. Hehehe.....Ini kat seberang jalan Plaza de Toros. Kiranya pintu masuk utama Plaza de Toros mengadap sungai. Sungai ni namanya Guadalquivir.

Less than 5 minutes walk from Plaza de Toros kami dah sampai ke Torre del Oro. Torre del Oro ni asalnya dibina sebagai menara tinjau pertahanan masa zaman kegemilangan Islam di Spain. Dari menara ni depa kawal akses melalui sungai Guadalquivir yang terletak bersebelah dengan menara. 

Torre del Oro

Masa sibuk tengok sekeliling Torre del Oro satu insiden berlaku. Kalau korang perasan, gambar kat atas ni Ielyas nampak berdiri kat atas jalan tar. Itu sbenarnya jalan untuk penunggang basikal. Aku tahu itu laluan orang berbasikal tapi tak sangka plak depa akan bawa laju dan tak hirau orang yang lalu lalang kat situ. Ye la....situ kan kawasan tumpuan orang ramai yang bukan saja nak tengok Torre del Oro tapi juga yang nak naik river cruise di depan Torre del Oro. Apa yang terjadi Ielyas hampir kena langgar dengan sebuah basikal yang tengah laju memecut yang aku agak lajunya dalam 30 km/j.  Sbenarnya dia memang dah kena langgar sebab aku dengar bunyi berdesup basikal tu langgar baju Ielyas. Orang bawa basikal tu sampai gelabah dan brek mengejut dan dia terjatuh tapi mujur dia sempat menampan. Memang mamat tu mukanya marah le. Alhamdulillah Ielyas ok. Kalau tak, tak taulah apa jadi. Kami akui salah kami sebab tak awasi Ielyas tapi aku tetap rasa sepatutnya kawasan macam tu penunggang basikal tak boleh bawa laju. 

Torre del Oro adalah destinasi lawatan terakhir kami di Sevilla. Lepas tapau makanan untuk makan malam, bas kami menuju ke hotel penginapan untuk malam tu. Kami menginap di Hotel Alcora, sebuah hotel 4 bintang. Hotel paling elok kami dapat untuk pakej melancong yang kami ambil. 





Siri Jelajah Spain kami yang seterusnya akan bersambung lagi nanti di mana kami akan ke beberapa lagi tempat sejarah masyhur di dunia tinggalan tamadun Islam.

No comments: