Sebenarnya dah lama dah kami teringin nak pindah rumah tapi
aku just bertahan tak pindah sebelum ni sebab aku malas nak menambahkan kerja
yang dah sedia kala banyak dan juga kerana banyak sebab lain lagi. Rumah lama
kami banyak menyimpan kenangan susah senang kami merantau di tempat orang dan
di rumah tu lah kami mula bina hidup baru sebagai pelajar PhD suami
isteri. Bila parents aku dah
bagi green
light depa nak mai UK dan kami juga mungkin bakal menerima beberapa
tetamu lain lagi, hal pindah rumah semakin difikirkan tapi aku cuba
sedaya
upaya untuk terus duduk situ. Habis aku google cari katil/sofa bed yang
boleh
aku muatkan untuk letak di bilik ketiga yang ada tapi serius bilik tu
kecik
sangat-sangat untuk muatkan katil single. Aku perlukan panjang bilik
lagi 2 cm
je untuk muatkan single bed with trundle yang paling pendek aku boleh
cari tapi
mana mungkin aku luaskan bilik tu. Oleh kerana parents aku nak datang
sebulan,
tak mungkin kami nak biarkan depa tido kat ruang tamu aje. Kalau
seminggu
takpelah jugak.
Hasben aku ada kriteria dia sendiri (antaranya umah berkarpet)
untuk rumah baru dan kriteria akulah yang paling ketat sehinggakan hasben pon
macam nak give up mencari. Huhuhu....sorry abang. Kriteria paling utama adalah
- Rumah tu mesti ada 3 bilik tidur
- Dekat ngan skolah Ismael skarang sebab renyah kalau pindah skolah dan aku rasa Ismael tak mudah untuk adapt ngan nursery baru. Dia ambik masa berbulan-bulan baru dia mau bercakap dengan teacher dia. Itu pon cakap sepatah dua je. So, kesian kat dia kalau kena pindah sebab dia kena lalui semuanya sekali lagi.
- Fully furnished, ada katil dan almari di semua bilik, sofa, meja makan, mesin basuh dan peti sejuk.
- Harga sewanya at most £500.
- Insulation ok (Yang ini kita boleh cek masa viewing umah secara live di mana kita takkan nampak ada kulat kat dinding dan tingkap. Kalau ada, itu petanda insulation tak berapa bagus. Kalau ada sikit-sikit tu kira masih ok lah. Selain tu sesetengah umah diiklankan dengan maklumat insulation macam window double glazing)
- Secara keseluruhannya keadaan rumahnya luar dan dalam boleh dikategorikan sebagai ok.
Lain-lain kriteria yang kami perlukan:
- Boiler rumah tu mestilah continuously ok. Rumah lama kami boilernya ok, cuma kapasiti air yang ditampung hanya untuk lebih kurang 2 minit. Jadi bila tengah basuh pinggan, ambik air sembahyang tetiba air jadi sejuk. Masalah lain pulak air panas lambat keluar terutamanya selepas beberapa jam paip air panas tak digunakan. Kebas tangan ooo menahan kesejukan dan sungguh mencabar nak amik air sembahnyang terutamanya masa autumn n winter n actually masa separuh dari musim spring. Dan semua aktiviti menggunakan air penuh dengan ketabahan la. Basically, kami kena lalui ini selama 8 bulan dalam setahun. Percaya atau tak, air sejuk yang aku maksudkan kat sini sejuknya lebih sejuk dari air peti sejuk korang di Malaysia.
- Pressure bekalan air rumah tu mestilah cukup kuat untuk menampung penggunaan serentak dua paip air. Umah lama kami, kalau buka paip dapur, yang tengah mandi terpaksalah bersabar dengan air sejuk. Walaupon shower mandi dah dipasang electric shower, dia akan jadi automatik sejuk bila mana-mana paip lain dibuka sebab pressure air yang lalu pada electric shower tak cukup kuat. Sejuk tu pulak bukan 5 atau 10 saat. Boleh jadi lebih 1 minit. Stress jugaklah. Kalau bilangan isi rumah 2 atau 3 orang dalam situasi macam tu ok kot sebab probability 2 paip nak bukak serentak kurang sikit.
- Backyard umah tu selesa dan luas untuk anak-anak kami main. Umah lama kami luas tapi bertangga-tangga yang membuatkan keadaannya tak sesuai untuk anak-anak main rides.
- Tuan rumah ok.
- Umah berkarpet. Ini kriteria hasben. Rumah lama takde karpet jadi bila pijak lantai umah rasa sejuk. Masa winter jadi serba tak kena. Nak main ngan anak-anak kat lantai rasa tak sanggup sebab sejuk. Ada la kami beli karpet tapi limited area la anak-anak boleh main kat lantai dengan selesa.
- Lagi satu kriteria hasben, sofa plak tak nak yang jenis kulit atau PVC tapi jenis fabrik. Sekali lagi ini sebabnya berkait ngan cuaca sejuk kat sini. Kalau dah duduk lama memang malaslah nak bangun sebab kalau bangun sofa jadi sejuk balik. Huhuhu.....
Kesimpulannya, condition rumah yang kami cari tu mestilah secara overall tak kalah dengan
rumah kami yang 1st. So, korang boleh bayangkanlah memang susah
gilerlah kami nak dapat rumah yang memenuhi semua kriteria kat atas. Kira misi
mencari yang impossible lah. Kalau korang baca ni korang mesti rasa dahsyatnya
kriteria kami. Hahaha......
Dah lama kami mencari. Dari tahun lepas lagi. Masa hasben
balik Malaysia aritu sambil-sambil dok tunggu running programming aku pon try
cari umah sewa kat online. Kat sini korang boleh try cari umah sewa guna Gumtree, Zoopla atau Rightmove. Then aku terjumpalah satu iklan rumah di Gumtree yang nampaknya macam dah memenuhi semua kriteria utama. Kebetukan
hasben pon terjumpa iklan yang sama jugak. Selama ni aku reject semua potential
houses to rent sbb tak memenuhi kriteria yang telah kami tetapkan. Bila view
online, iklan rumah tu telah memenuhi semua kriteria utama tadi. Cuma kriteria
lain tak dapat dipastikan lagi sebab view online hanya dapat limited info. Masalahnya
hasben ada kat Malaysia. Rumah tu plak duduk kat kawasan hot spot sebab
dekat dengan skolah. Masa tu aku memang rasa kami takdak peluang dah
tambah-tambah lagi kalau keadaan rumah tu elok. Bila hasben balik dari Malaysia kami
view iklan tu lagi dan iklannya masih ada. Bila tepon katanya rumah tu still
available. Pelik jugak aku. Masa tu terlintas dah di fikiran aku, rumah tu tak
ok kot sebab tu takde orang nak sewa. Tapi kami decide untuk tengok jugak. Masa
sampai depan umah tu aku tak impress sangat sebab rumah tu dari luar nampak
kecik. Masa tu aku rasa macam kami memang nak tengok je lah. Tapi bila masuk
ruang tamu rumahnya aku tergamam sekejap sebab keadaannya di luar jangkaan aku, fantastic!
Ini la rupa kat depan umah baru kami. Ooops....jangan silap. Yang mana sebenarnya umah kami? |
Gambar kiri:
Ini je sebenarnya umah kami. Pintu coklat kemerahan tu pintu umah orang
lain. Yard depan umah bersimen dan share dengan jiran sebelah, mat saleh
yang sangat nice. Gambar kanan: Aisyah dah tanam pokok bunga yang membuatkan hati aku rasa best bila keluar dan balik umah :)
Tuan rumahnya kata dia baru je beli umah tu dan baru saja
refurbish untuk anak dia duduk. Tapi pastu ada masalah dan anak dia tak jadi
nak duduk. So, dia terpaksa sewakan. Dia kata ramai dah yang view umah tu tapi
dia kata dia tengok orang yang nak sewa jugak sebab dia sayang umah tu dan dia
tak mau sewa dekat orang yang berpotensi untuk tak jaga rumah tu. Untuk
pengetahuan korang, kat Sheffiled ni banyak umah sewa landlord nya orang Pakistan
and Bangladesh dan depa suka bagi sewa umah depa kat orang Malaysia sebab berdasarkan
pengalaman lama depa. Depa kata orang Malaysia pembersih dan jaga umah elok.
Kita plak duduk umah style tak pakai kasut kat umah jd kalau orang Malaysia yang
masuk umah karpet elok, biasanya untuk next tenant depa tak payah tukar yang
baru, so, save budget. Masa hasben mula-mula tepon tanya rumah tu landlord tu
ada tanya, kami dari negara mana.
Setelah explore satu rumah aku tanya berapa sewa
rumah tu dia nak bagi kami. Dalam tajuk iklan yang kami tengok kat Gumtree dia
tulis £500. Dalam detail description dia tulis £480. Masa aku tanya tu dia kata
£480. Aku tak tak terfikir pon nak tawar harga sebab macam impossible dengan
keadaan umah tu yang tip top. Tetiba dia sendiri cakap dia bagi kami sewa
dengan £460. Perghh....memang bertuahlah kami. Rasanya sebab dia memang nak
sangat orang Malaysia sewa umah tu kot. Lepas tengok umah tu aku rasa itulah
rumah yang kami cari. Kami terus decide untuk sewa. And guess what.....Alhamdulillah,
SEMUA kriteria yang tersenarai kat atas dipenuhi. Memang super bertuah lah
kami.
Hasben balik dari Malaysia 12 Mac. Kami start pindah barang
15 Mac dan kami officially sewa rumah baru tu mula 17 Mac. Jom tengok rumah sewa baru kami.
Lagi pemandangan di ruang tamu. Cuma ruang tamu ni kecik berbanding rumah sebelum ni tapi dah cukup luas dah untuk anak-anak duduk main kat sini. |
Master bedroom |
Katil kat master bedroom ada laci untuk storage yang sangat praktikal untuk simpan kelengkapan beddings |
Kami letak katil anak-anak sekali dalam master bedroom. Sayangnya kami terpaksa block storage space yang korang boleh nampak pintu kat belakang bunk bed tu. |
Salah satu
kelemahan umah ni yang kami perlu compromise adalah dapur dia kecik sikit
berbanding umah 1st. Tapi kami dapat mesin basuh yang lebih canggih dan
dapur memasak baru yang apinya lebih kuat. Peti sejuk pon lebih besar.
Kira ok la...
Gambar kiri: Inilah backyard yang cukup luas untuk anak-anak main. Siap dah ada pokok bunga lagi kat tepi-tepi. Gambar kanan:
Pintu dapur. Yang pelik sikit, mostly rumah kat deret ni pintu dapur
adalah pintu masuk utama. Jadi posmen, penghantar suratkabar dan
penghantar flyers akan guna pintu dapur. Tempat untuk masukkan surat pon
disediakan kat pintu dapur, bukan pintu depan.
Gambar kiri: Inilah rupa tandasnya. To be honest aku lebih suka ada bath tub sebab lebih senang nak mandikan anak-anak. Gambar kanan: Dalam tandas ada storage space.
Gambar kiri: Tangga yang menghubungkan bahagian atas dan bawah rumah. Gambar kanan: Tangga
yang menghubungkan bahagian atas dengan attic. Attic ni kira bilik
loteng. Attic kat kebanyakan rumah di UK dijadikan bilik tido.
Gambar kiri: Kengkonon ruang study. Ini dalam 2nd bedroom. Gambar kanan: Pemandangan kat luar dari tingkap tepi meja study.
Lagi pemandangan luar merentas 3 halaman rumah (rumah kami dan dua rumah jiran kami) dari tingkap tepi meja study. |
Gambar kiri: On the way nak ke cellar ada rak untuk simpan barang. Gambar kanan: Tangga menuju ke cellar.
Ini pemandangan di kejiranan kami. |
Ini pemandangan di kejiranan kami. |
Beberapa minggu lepas kami duduk sini ada
kawan datang ziarah. Dia saja mai nak tengok rumah baru kami. Dia kata
rumah sewa lama kami dulu tu cantik tapi dia kata rumah sewa baru kami
ni lagi cantik. Alhamdulillah.
11 comments:
Masyaallah...cantiknya rumah ni, Dan murah Sgt, eta pon tgh cari rumah jugak n bleh dikatakan kriteria kit a sama :-)
Eta, terus mencari dan berdoalah :)
cantik and besar... murah plk tu.. kat bristol sgt mahal...huhuhu
Lyn..bley tak sy nak eme
zuriamate5@gmail.com
seronok baca pengalaman u kat sana.
Salam kak..
Nak tanya, you all abis phd bila?
Wslm. That is a very hard question to answer dear....huhuhu....
assalam, baru abis baca yr blog...very2 interesting...sy n fmly plan nk ke sheffield september ni. and planning gaks nk dok kat aarea darnall....bole ke if u can help me, yr hse ni kat mana kat darnall...mcm interested cari this type of hse...3 rooms rite? aapreciate if u can help me...thanks...sarah
Wslm. Unfortunately saya dah balik malaysia for good. Utk bantuan cari rumah di sana blh try refer laman web pmpms
Assalam lyn, thnks for replying...Alhamdulillah dh dpt contact person kat Darnall...n they r currently helping me get a hse there....anyways, congrats on yr pregnancy n all d best for yr delivery.
Wslm. Glad to hear that. Good luck in your future undertakings!
Post a Comment