Wednesday, April 16, 2014

Argos



Dulu masa sebelum aku tak pernah pon menyimpan impian nak further study ke UK, aku pernah banyak kali dengar kawan-kawan yang balik PhD dari UK sebut pasal Argos. Tapi dalam banyak-banyak perkara yang aku ingat apa yang diceritakan hanyalah kita boleh beli macam-macam dari Argos. Apa yang macam-macam tu aku pon tak tau dan masa tu aku tak berniat nak bertanya lanjut sebab rasa macam tak perlu. Ye la....sebab aku tak terfikir pon nak gi UK. Lagi pon memori ingatan aku perlu di save untuk perkara-perkara lebih penting. Huhuhu....alasan. Tapi masa tu aku bayangkan Argos ni jual barang-barang letrik sebab bila depa cerita pasal Argos depa cerita depa beli kettle, toaster, grill, iron dan macam-macam lagi barang letrik.

Dan bila datang sini baru aku tau Argos tu rupanya bukan sekadar jual barang letrik tapi macam-macam dia jual. Ya, macam-macam, beribu-ribu jenis produk. Masa kami baru nak mulakan hidup kat sini kami perlu beli sesuatu tapi aku dah tak ingat apa dia. Kami ingat nak tengok dulu barang tu sebelum beli. Aku ngan hasben pergi la Argos kat city centre. Kami masuk kedainya dan tengok barang dia tak banyak. Kami agak sebab kedai dia kecik. Sebelum tu kami telah diberitahu oleh kawan yang Argos paling besar di Sheffield ada di Meadowhall. Jadi kami decide pergi ke Meadowhall. Sampai kat Meadowhall.....aik! Lebih kurang je barang yang dia display. Bila kami pusing-pusing dalam Argos di Meadowhall tu barulah kami tau Argos ni rupanya jual barang melalui katalog. Hahaha..... kami boleh tak tau. Tu la....tak nak tanya masa gi Argos kat city centre! Patut la barang dia nampak tak banyak padahal sebenarnya banyak giler. Gudang dia kat belakang kaunter customer collect barang rupanya sangatlah besar.  

Katalog dia kita boleh view sama ada yang hardcopy (boleh dapat percuma, ambik kat mana-mana cawangan Argos) atau view secara online. Kalau view online kita boleh dapatkan lebih detail info pasal item yang kita interested n kita jugak boleh tengok updated promotions. Besides, kita boleh tengok item reviews oleh customer yang pernah beli item tu n compare few similar items sebelum kita decide untuk beli.

Ini katalog Argos untuk Spring n Summer 2014. Dalam setahun Argos akan keluar dua kali katalog baru. Haaa....tebal kan katalognya? So, korang boleh bayangkan giler banyak barang yang Argos jual. Sila abaikan kelunyaian katalog di atas.

Kalau kita tak puas hati dengan item yang telah dibeli kita boleh return n refund duit kita balik. Tapi awas, bukan smua item kita boleh return n refund, unless sebab produk defect. Contohnya kamera. Kalau barang tak boleh return biasanya kita boleh tengok dulu sebelum beli.

Kalau nak beli barang-barang lain rasanya macam tak boleh tengok dulu unless dia ada display kat kedai tapi memang barang-barang yang display kat kedainya sangat limited. Ye la.....produknya kan banyak. Tak muat nak display smua. So, kalau kita nak beli sesuatu biasanya kita kena bayar dulu baru boleh dapat dan tengok barang. Barang-barang yang besar gedabak macam katil, meja makan, sofa dan peti sejuk lagi la jangan mimpi nak suruh pekerja bawa keluar untuk kita tengok. Barang-barang tu setahu aku Argos simpan kat gudang dia di satu tempat yang lain. Gambar-gambar kat bawah ni antara barang yang jual di Argos. Gambarnya aku ambik dari katalog Argos.
 
Argos ada jual perabot

Beddings

Toys

Aksesori termasuk aksesori emas tulen

Remote control tv pon ada jual

Alatan berkebun

Camera n accessories

Alat senaman

Peralatan memasak. Jenama Tefal pon ada jual

Vacuum cleaner. Yang dalam gambar ni brand Dyson. Antara brand vacuum cleaner yang paling mahal dan bagus dijual di UK. Ramai juga orang Malaysia beli untuk bawa balik. Kabarnya buatan Malaysia tapi tak ada jual di pasaran Malaysia atau kami je yang tak tau dan tak pernah jumpa.
Small electrical appliances macam-macam brand ada jual. Philips, Kenwood, Bosch, Tefal dan macam-macam brand lagi. Kalau nak yang murah boleh beli cap Argos.

Satu-satu jenis barang plak biasanya ada macam-macam pilihan. Bukan setakat pilihan brand, kita boleh pilih kaler dia, function dia dan saiznya.

Kalau duduk UK mesti pernah beli barang kat Argos. Macam tipu je kalau cakap tak pernah. Kami sendiri dah banyak kali beli barang Argos. Antaranya kamera, meja study, kuali, toaster, dan BBQ set.

Bila tengok katalog dia, yang mak-mak atau surirumah akan asyik dok membelek katalog sampai naik juling mata, berangan tak hingat. Jadi kalau yang suka shopping sila berjaga-jaga :)

2 comments:

Nihlah Insyirah said...

hahaha seronok baca posting lyn. dulu suka gak beli barang argos terutama yang sale 50% and above :D kena selalu survey online dan ushar wishlist item ada sale atau tidak. bila ada sale je cepat2 tekan order sbb kalau lambat out of stock :) (jimat punya pasal)

Naflyna said...

Hahaha....sy pon sama siap ada wishlist macam Ana. Kalaulah Argos macam eBay boleh watch item nak beli kan senang supaya boleh beli bila ada sale. Huhuhu....