Thursday, May 30, 2013

Family Day Masyarakat Melayu Sheffield

11 Mei yang lepas Persatuan Masyarakat Pelajar Melayu Sheffield telah menganjurkan family day bertempat di High Hazels Park, taman yang tak berapa jauh dari rumah kami (tempat kami main sledging masa winter lepas). Meriah la kawasan barbeque berbumbung yang disewa daripada council dengan puluhan keluarga Melayu yang tinggal di Sheffield. Hari keluarga ni tak terhad untuk Masyarakat Pelajar Melayu saja tapi jugak untuk keluarga melayu bukan pelajar yang menetap di Sheffield.

Agak malang skit hari tu cuaca sangatlah windy sehinggakan rasa macam dalam cuaca winter walhal tengah musim bunga. Sejuknya sampaikan aku request hasben balik umah amik baju sejuk lebih tebal untuk aku dan anak-anak beserta gloves. Berairlah hidung kami anak-branak sebab menahan kesejukan. Mujurlah hari tu kami kuat semangat dan bertahan tunggu sampailah event berakhir. Ismael kalau sejuk-sejuk biasanya dia mana mau lama-lama dok. Mesti nak ajak balik. Tapi hari tu tak plak dengar dia ajak balik. Aku mulanya nyaris-nyaris ajak hasben balik sebab sejuk bebenor.

Sebahagian daripada warga melayu Sheffield yang hadir. Ramai jugak yang dah balik sebab sesi bergambar ni acara terakhir.

Macam biasa, mestilah ada acara makan-makan. Penganjur buat barbeque ayam + kambing. Di UK ni bagi yang gemar makan kambing memang rasa nikmatlah sebab daging kambing kat sini senang nak dapat n fresh, mampu jugak le nak beli selalu. Di samping tu penganjur jugak tempah lunch dari restoren Palmyra, menu nasi dari Mediterranean (kalau tak silap) beserta beberapa hidangan sampingan penyedap nasi yang lain dengan kos yang sangat berpatutan (2.50 pound per person) dan sangatlah sedap. Selain tu ramai jugak kaum ibu yang telah sukarela dan bermurah hati menyediakan hidangan tambahan berupa dessert, kuih-muih dan buah-buah.

Tulisan conteng kat dinding tu sebab vandalism. Mencacatkan pemandangan plak.

Pada masa yang sama ada keluarga yang tumpang birthday anaknya disambut pada masa tu, jadi budak-budak sronoklah dapat makan birthday kek. Masa budak-budak berkumpul untuk acara potong kek, penganjur ambil kesempatan edarkan goodie bags untuk depa. 
 
Birthday girl yang pakai tudung kaler purple berjaket pink cerah. Tukang buat kek harijadinya yang pakai tudung pink cerah, coat hitam dan berkaca mata. Tauke kek paling berjaya. Almost smua keluarga Melayu yang nak beli kek akan beli dari dia. Masyuk....

Kalau dah nama family day, tak sahlah kalau takde acara sukaneka. So, penganjur buat pertandingan untuk beberapa kategori: untuk kaum ibu, kaum bapa, anak-anak dan acara berkeluarga. Aku masuk acara susun barang paling panjang. Mak-mak yang masuk pertandingan ni dikehendaki bawa bersama satu handbag/beg baby/atau apa juga beg yg dibawa. Aku bawa beg kamera sebab tak bawa handbag. Masing-masing kena susun barang yang ada dalam beg  dan yang ada pada diri termasuklah dengan beg tu boleh diguna untuk dapat susunan sepanjang yang mungkin. Pecah le rahsia mak-mak ni apa yang dibawa dalam bag masing-masing. Tak pernah plak aku ada experience orang buat pertandingan macam ni. Menarik n penganjur tak perlu keluar kos atau sedia alatan untuk pertandingan. Just sedia hadiah je. Tapi aku tak menang sebab tak banyak barang. Nampak sangat aku ni sempoikan diri dalam tengah menjadi researcher berjaya. Kuang3x....

Pertandingan susun barang paling panjang

Hasben plak masuk pertandingan limbo. Pon tak menang sebab tak boleh nak imbang perut yang boroi. Hahaha....Takpe, tahun depan kita cuba bagi menang laki bini ye abang.

Papa Ismael tengah berusaha keras mendapatkan kemenangan. Hahaha....

Sementara masing-masing sibuk menjamu selera dengan macam-macam hidangan, juri dilantik sibuk menilai dessert/kuih yang disediakan untuk pertandingan MasterChefField. Tak sure plak siapakah gerangan juaranya sebab masa hadiah disampaikan, tuan pemenang dah balik dah.

Juri MasterChefField lebih banyak dari bilangan penyertaan. Huhuhu....

Untuk acara berkeluarga plak penganjur buat pertandingan make-up bapa dengan tisu toilet sebagai bahan make-up utama. So, mak dan anak-anak make-up kan bapaknya dengan tema superhero.


Masa macam-macam acara dilangsungkan, budak-budak ada yang sibuk main kat playground/padang yang terletak bersebelahan je dengan tempat teduh event.

Ramainyer pakai baju kaler pink!

Mak pon nak main jugak :)

Ismael teringin sbenarnya nak join main bola. Tapi malu dan tak berapa pandai lagi nak bergaul

Ielyas ambik kesempatan jalan sana-sini dengan muka ceria. Dia jalan sorang-sorang sampai tengah padang, nampak dia sayup-sayup je dari tempat kami duduk-duduk dan makan-makan.

Lepas letih main, minum susu jap sambil duduk bersantai atas kerusi comel depa yang kami beli di carboot.

Ismael lebih banyak dok kat kerusi dia berbanding Ielyas sambil makan macam-macam.

Alhamdulillah, Ielyas tak meragam walaupon cuaca sejuk sangat masa ni

Oh, ini bukti utama aku attend the family day. Tak banyak gambar aku sebab sibuk jadi photographer.

AJK sibuk susun hadiah
Before acara terakhir (sesi bergambar) diadakan acara pengumuman barisan AJK baru persatuan. Surprisingly, hasben dilantik menjadi penghulu qariah Darnall sebab penghulu Darnall yang baru saja terpilih sbenarnya masa kami bercuti ke Wales aritu telah dilantik menjadi penghulu Sheffield pulak. Mujur aku tak kena.

Barisan AJK baru dan lama. Yang budak kecik dua orang baju coklat dan tengah garu kaki tu bukan AJK atau bekas AJK ye. Itu sibuk nak enter frame je. Oh, yang tauke kek kat belakang sebelah kiri tu pon bukan. Accidentally terselit plak.

Terima kasih tak terhingga kepada para AJK yang telah bertungkus-lumus menganjurkan family day aritu. Ada di kalangan AJK ni sibuk ngan PhD tapi telah berkorban masa untuk merancang dan menganjurkan acara untuk mengukuhkan ukhwah warga Melayu di Sheffield. Really appreciate it.

8 comments:

fizz said...

akak,

skrg cuaca sejuk tak? kena pakai 2-3 lapis ke baju?

Unknown said...

Masih sejuk...terutamanya kalau hujan dan berangin. kalau korang gi melawat Big Ben, tower bridge, lagi le kena pakai baju agak tebal skit sbb kalau cuaca mendung dan berangin sangatlah sejuk sebab tempat tu sebelah Thames River. Hawa sejuk sungai Thames lebih sejuk dari hawa sejuk tepi pantai kat Malaysia.

Unknown said...

Just be prepared sbb takut tak tahan nanti. Kalau cuaca sunny rasanya takde masalah

Unknown said...

secara puratanya cuaca kat london masih di bawah 20 degree. Ooo...lagi satu bersedialah mentally n physically utk bangun awal pagi solat subuh. Takut korrang terbabas sebab keletihan :)

Unknown said...

ok thanks lyn for the info. Terus aku bukak beg balik masukkan jaket tebal dan terpaksa gak buang 2/3 baju & seluar sebab tak muat pulak beg tu jadinya.
Eh tapikan perluke kami bawa payung?

Naflyna said...

kalau utk cuaca uk tak payah. sini kalau hujan tulis dlm weather forecast tulih lebat, tak lebat macam kat malaysia. kalau lebat pon kejap je biasanya. Tp kat UK le. Utk tempat lain kat europe yg korang nak gi tu aku x tau plak perlu ke tak. Kalau ikut weather forecast skang ni nampaknya suhu makin tinggi. maybe jugak korang tak perlu pon pakai baju tebal sgt. rsnya kalau pakai 2 lapis dah ok, kalau tak mendung le.

Nanti naik tube kat London n kat Paris jaga-jaga barang berharga n pick pocket. Ada kawan kat sini dia tolong bw orang msia jalan-jalan kat Paris hilang beg tangan.

Asma said...

Oh I miss Sheffield, kem Salam warga pmpms

Naflyna said...

Suatu hari nanti kami pon mesti akan rindu sheffield.