Monday, May 27, 2013

1st Photobook

Idea untuk buat photobook tercetus bila kami dapat voucher 50% discount dari Truprint untuk photobook sebab beli susu Cow&Gate untuk Ismael dan jugak didorong daripada cerita photobook Ana di blognya (klik sini). Dah lama dah teringin tapi dalam 2 bulan yang lepas baru berkesempatan menyiapkan photobooknya. Oleh kerana discount voucher dapat sebab beli susu Ismael, aku pon buat le projek photobook yang pertama dalam hidup aku yang didedikasikan special untuk Ismael, mengabadikan sebahagian memori tentang Ismael sepanjang beberapa bulan yang pertama berada di UK. Walaupon ada diskaun 50%, masih mahal lagi bagi aku sebab lepas diskaun + kos pos + glossy pages harganya lebih 20 pound untuk saiz 28 x 21 cm, 20 pages, custom and hard cover. Jeles plak bila baca dari blog Ana dia pernah buat satu photobook n just bayar kos pos je masa dia di UK dulu :) Tapi mujur kertas n printing kualiti photobook aku yang pertama ni tak mengecewakan. Gambar kat bawah ni adalah rupa photobook yang dihasilkan. Gambar pertama di bawah adalah front cover photobook. The next following photos are among 20 pages of the photobook n the last photo adalah cover belakangnya.




 



No comments: