Friday, May 10, 2013

iPad Siang Malam

Ismael dah mula kenal iPad before kami dok UK lagi tapi masa tu dia main gitu-gitu je, main counting, Angrybird atau tengok video klip zikir munajat Indahnya Iman (yang biasa dia tengok dari Astro Oasis) dan lagu nasyid (terutamanya lagu Hamba Mu nyanyian Akhil Hayy).

Tapi sejak hujung tahun lepas Ismael suka bebenor mengadap iPad. Skang aku ngan hasben terpaksa berebut-rebut iPad ngan Ismael. La ni siang malam dia dok mengadap iPad, sama ada tengok youtube atau main game. Dia punya suka dengan iPad sampaikan sebelum tido pon nak tengok iPad. Kadang-kadang sampai tido lewat, kol 11 malam dan pernah beberapa kali sampai dekat kol 1 pagi sebab dok asyik sangat dengan iPad. Kadang-kadang aku rasa sunyi sebab Ismael jarang dah sibuk-sibuk nak ke sana ke mari dengan toys macam sebelum dia obses dengan iPad.

Ismael masih sibuk layan iPad sementara tunggu papa bersiap nak gi usrah.

Ni tengah layan Upin Upin through Youtube. Kalau tengok Youtube, Ismael paling suka tengok Upin Ipin, Pingu, tengok tram atau traktor. Kalau citer kartun Upin Upin tu sesetengah episod dia dah tengok ntah yang ke berepa puluh kali (serius....) sampai boleh hafal skrip la. 

Tengah syok tengok Upin Upin tiba-tiba Ismael kentut sakan. Pastu dia malu kat mama yang tengah dok aim nak ambik gambar dia. Hahaha....

Dan Ielyas pon berjangkit jugak suka iPad! So, apa lagi....riuh le umah kami dua beradik berebut iPad. Alhamdulillah, lately depa dah mula kerap bertoleransi untuk tengok iPad sama-sama. Tapi ada masa bertepuk tampar, tolak-menolak jugak kerana iPad nan seketul tu. Huhuhu.....Inilah generasi Y. Tak main dah osom-osom, galah panjang atau tuju kasut. Layan gajet-gajet je.

Ielyas pon nak tengok iPad jugak!

Dua beradik layan iPad sama-sama masa winter lepas. Shot terbaik....Ielyas macam budak besar tengah meniarap santai. Kaki dia masa tu goyang-goyang tau. Hehehe...

No comments: