Sunday, October 21, 2012

Rumah Kami Di Sheffield

Kami dok umah kami ni secara rasminya 26/9/2012, Rabu, 11 hari selepas kami sampai ke sini. Selama 11 hari sebelum tu kami menumpang duduk umah host kami dan kebetulan host (si isteri) kami tu juga kawan kami seuniversiti. Sepatutnya kami boleh masuk umah sendiri lebih awal lagi tapi disebabkan perkara-perkara yang tak dapat dielakkan, kami kena menunggu lebih lama.

Landlord kami orang Malaysia yg dah menetap di sini. Umah landlord pon tak jauh dari umah kami duduk, selorong. Kami bertuah sebab kami 1st tenant. Landlord baru saja beli umah ni. Landlord plak sangat memahami sebab sediakan segala macam perabot utk keperluan kami. Malah disediakan jugak peti sejuk dan mesin basuh baru, tv dan langsir rumah. Landlord jugak siap bagitau kat kami kalau nanti nak beli apa-apa perabot sendiri just bagitau kat depa supaya nanti depa boleh jualkan balik perabot yang nak digantikan tempatnya. Tapi setakat ni aku tak plak terfikir nak beli apa-apa perabot. Priority utk this 1st few months adalah untuk perkara-perkara penting dulu.

Pandangan depan rumah

Lagi pandangan depan rumah

Halaman depan rumah

Ruang tepi rumah. Yang nampak 2 peti putih kat dinding tu meter gas n letrik. Kedua-duanya pakai prepaid. Style main top up macam kita pakai prepaid handphone tu. Rumah macam handphone. Hahaha....aku rasa kelakar jugak masa mula-mula

Rumah-rumah jiran depan rumah kami

Rumah jiran depan sebelah kiri
 
Rumah jiran depan sebelah kanan

Umah ni ada 2 bilik tidur yang boleh tahan besarnya, 1 bilik study, 1 toilet dan 1 conservatory, terletak di kawasan Darnall. Sewanya 490 pound (sila jangan convert kpd RM, kalau tak korang akan rasa giler magal, hehehe...). Rumah semi D. 

Ruang tamu
 
Ruang tamu. Pintu kecik kaler putih tu stor bawah tangga

Lagi gambar ruang tamu

Laluan penghubung antara ruang tamu, pintu masuk dan tangga menuju ke atas

Tangga dari pandangan bawah
 
Tangga dari pandangan atas

Pintu yang nampak jelas sebelah kiri tu pintu tandas. Pintu kecik kaler gelap belah kiri tu pintu bilik kecik menempatkan boiler. Dalam bilik boiler tu ada beberapa para yang boleh buat tempat simpan barang. Bilik sebelah toilet tu bilik helper kami.

Bilik tidur kami.

Lagi pemandangan bilik tidur kami. Smua perabot disediakan oleh landlord. Siap dihias oleh landlord dengan frame hiasan bunga. Bagus betul landlord kami :)

Perabot lain dalam bilik tidur

Bilik study

Lagi pandangan bilik study

Tandas. Oh, tandas kat sini style tak boleh basah lantai macam kat Malaysia. So, kalau agak-agak nak basuh berak lebih-lebih sila masuk dalam tempat shower tu. Hahaha....
 
Rumah kami ada tempat shower special. Kebanyakan rumah kat sini shower depa dekat bath tub. Yang kami special skit.

Rumah kami takde cellar. Untuk pengetahuan, cellar ni bolehlah dikatakan sebagai bilik stor bawah tanah yang biasanya akan menyebabkan suhu rumah lebih sejuk berbanding rumah takde cellar. Rumah kami ni juga kategori rumah yang baru saja dibina. Maksud baru di sini adalah rumah yang telah dibina zaman 1960an dulu. Kebanyakan rumah yang disewa orang Malaysia kat tempat kami tinggal ni (Darnall) adalah rumah yang merupakan bangunan lama yang telah pon berusia lebih 100 tahun dulu, termasuklah rumah host kami. Memang kita dapat buat perbandingan rasa sejuk umah bangunan lama ngan rumah bangunan baru tatkala heater tak dipasang. Ramai kawan-kawan yang datang umah kami kata rumah kami lebih panas daripada rumah depa n kata kami sangat bertuah. Alhamdulillah, tak sia-sia kami menunggu lama :)

Dapur yang dilengkapi dengan built in cabinet

Lagi pandangan dapur

Sudut meja makan
Sudut meja makan yang dihubungkan dengan conservatory

Conservatory. Dikatakan boleh jadi tempat lepak paling best masa summer. Skang autumn jadi tak sanggup jugak duduk lama-lama kat sini sebab sangat sejuk. Cuba tengok wap kat cermin tu yang menunjukkan betapa sejuknya musim autumn kat sini sbenarnya.

Kalau nak gi universiti kami naik kereta lebih kurang 5 minit jaraknya dari rumah dan lepas tu kami parking di Staniforth Road, laluan bas ke universiti. Then, kami naik bas dalam 30 minit, tambang 60p (harga dengan student pass) untuk satu arah. Ada kawan-kawan bukan Malaysian bila tahu rumah kami setengah jam perjalanan depa kata jauh tapi kami ok je sbb dok kat Malaysia gi kerja pon lebih kurang tu jugak, dah biasa.

Lebih ramai malaysian posgrad student yang duduk di city, lebih dekat dengan universiti. Tapi kami lebih selesa duduk area bukan city sebab kalau di city rumah depa sangat kecik dan mahal pulak. Kami pon ada constraint lain yang menghalang kami duduk di city area.

Kat sini adalah perkara biasa bagi student postgrad berkeluarga berpindah rumah setiap tahun sebab nak cari rumah yang lebih baik. Harap-harap kami tak perlu berpindah dari rumah ni sampai kami habis belajar.

14 comments:

FaiZ n ZYuRiNa.. said...

Kak lin...rindu kat kak lin jgk..bestnyer dah smpi UK..nanti kalau sy nak g jalan2 sana..duk umah kak lin boleh? heheh..besar nye umah kak lin..nampak selesa sgt..;)

Unknown said...

InsyaAllah, boleh.... :) kalau mari sini mesti nak kena mai umah kami tau. umah tak le besar sgt tp kira selesalah utk kami

fizz said...

kak,

mcm mn akak rasa dpt rumah tu, begitu juga perasaan sy bila sewa rumah akak. Fully furnished, rasa bertuah sbb dpt sewa harga yg sm dngn org yg xde furnish lgsg...

kak, wow nak g sn jugak. Kalau ada conference gtau eh...sy nk dtg lawat2 akak kat sn

Unknown said...

hehehe...alhamdulillah Fizah rs camtu. Oh, boleh2. Nanti kalau ada conference yg sesuai kak lyn roger2 fizah. kat department kak lyn ni ada jugak yg yang buat bidang ala-ala fizah buat. Kalau dekat deparment mekanikal mesti lg ramai.

s.c.h.u.l.t said...

oh seronoknya rumah harga 490 pound. cantik dan spacious. harap2 time saya sambung next year dapatlah rumah yang ok gak :)

sally said...

Assalamualaikum...

Boleh kita berhubung melalui email? saya nak tahu dengan lebih lanjut berkaitan rumah sewa di Sheffield. Ni email saya, nurhasally@gmail.com. Terima kasih

Naflyna said...

Sally,

Wslm. Plz check your email. Maybe in Spam/Junk

Anonymous said...

Salam,

Boleh email sy jugak? sy pun nak tau lebih lanjut. thanks in advance. (fasehashukor@gmail.com)

Anonymous said...

Lyn.husband sy sdg merancg utk buat master kt sana.. nk tanya elaun mara cukup tak utk kami plus 2 anak umo 7 thn n 1 thn.. ?nursery dgn sekolah mcm mana? Sewa rumah ada murah lg tak?huhu.
Sy igt nk keje kt sana utk bantu suami byr utang rumah n kete kt sini. Susah tak nk dpt keje

If tak kisah bley emel sy zuriamate5@gmail.com

raudah said...

Assalam Puan Naflyna,

Salam perkenalan. Saya Raudah, drpd UUM dan InshaAllah akan memulakan pengajian di Uni Sheffield dalam bidang Information Studies September ini.
Boleh saya hubungi puan melalui email? alamat email saya, raudah@uum.edu.my

Terima kasih banyak ye Puan:)

redONE AG said...

Salam puan. Boleh email sy norhazwaniaris@gmail.com? Kami suami isteri tengah mencari contact di sana utk advise on bringing family (3 kids plus helper). Tq

redONE AG said...

Salam puan. Boleh email sy norhazwaniaris@gmail.com? Kami suami isteri tengah mencari contact di sana utk advise on bringing family (3 kids plus helper). Tq

Naflyna said...

Wslm. Norhazwani, sy dah email. Maybe in junk/spam

mizzlieya said...

salam puan, Boleh ke puan suggest contact dekat sana untuk advice rumah. kami akan ke uk hujung tahun ni smbg phd, email sy mizzlieya90@gmail.com