Monday, January 9, 2017

Ismael Masuk Darjah 1

Pejam celik pejam celik Ismael dah masuk darjah 1 dah pon. Kami pilih untuk masukkan dia di sekolah Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Indera Sempurna (SRITIS), sekolah baru di perumahan kami duduk. Ismael dan 47 kawan dia yang lain adalah murid-murid batch pertama. Buat sementara waktu ni bangunan sekolah menyewa salah satu bangunan masjid. Jadinya sekolah terletak tak jauh dari rumah kami. Kalau naik motor tak sampai seminit dah sampai. Pihak sekolah sedang mencari tapak tetap dan dana untuk membina bangunan sekolah. 

Sukatan pelajaran tetap mengikut KSSR seperti mana sekolah kerajaan. Cumanya ada matapelajaran diniyyah (berdasarkan kurikulum KAFA) dan juga menghafaz al-Quran. So, anak-anak SRITIS nanti bukanlah semuanya nanti disasarkan jadi ustaz saja. Huhuhu....Sebab ada orang membayangkan kalau masuk sekolah agama boleh jadi ustaz je. Depa tetap boleh jadi doktor, saintis, ahli perniagaan dan macam-macam kerja lagi lah. 

Ismael bersedia untuk ke hari orientasi, 1/1/2017.

Acara pembahagian pelajar mengikut kelas. Ismael diletakkan dalam kelas 1 Syartibi. Yang pakai baju batik hitam tu mudir sekolah.

Ismael tengah beratur menunggu untuk masuk ke kelas bagi ujian pengesanan.

Berjalan masuk ke kelas. Ada budak dah pakai uniform hari orientasi. Masih ramai jugak blom beruniform sebab baju belum siap.

Ismael tekun menyiapkan tugasan.

Alhamdulillah, kelas ada aircond.

Buat masa ni memang aku tak nafikan kemudahan sekolah memang serba kekurangan kalau nak dibandingkan dengan sekolah lain terutamanya sekolah kerajaan. Tapi keperluan asas pembelajaran semuanya aku nampak dah cukup baik. Takkan ada yang lebih baik kalau takde permulaan kan? 

Minggu ni Ismael dah dapat pakai uniform sebab mama dengan gigih telah bersengkang mata jahit kaki seluar yang labuh. Seluar tu sengaja beli labuh supaya boleh pakai lama skit. Nanti bila tinggi sikit boleh buka satu lipatan. Tinggi tambah lagi, buka lagi satu lipatan. Tinggi tambah lagi, ok masa untuk seluar baru. 

Pemandangan sisi lain bangunan sementara SRITIS.

Ni gambar pagi tadi. Ismael masuk ke kelas.

Hari jumaat budak lelaki kena pakai jubah putih dan berserban. Tapi Ismael masa ni blom ada jubah lagi. Jadinya dia pakai jubah pasti. Ismael pakai jubah kaler hijau yang beratur kat bahagian depan tu. Mujur bukan dia sorang je tak pakai jubah putih masa ni. Kalau tak serius aku rasa bersalah kat dia sebab ganjil untuk kali kedua. Gambar ambik dari FB Sritis Indera Sempurna.

Alhamdulillah, Ismael takde masalah menyesuaikan diri dengan sekolah baru. In fact, dia nampak lebih happy. Hehehe....Bila tanya kenapa dia kata sebab tak kena tido kat skolah. Hahaha....Dulu masa kat PASTI dia kena tido kejap lepas solat Zohor dan dia tak suka tido. Kawasan sekolah plak kawasan yang dia dah biasa sebab hari-hari ikut papa dia gi masjid. Kawan baik dia masa di PASTI plak sekolah sama, siap sekelas lagi. Syukur sangat kami takde dengar dia merungut apa-apa yang tak best pasal sekolah tu. Kalau dulu berebut mintak hantar ke PASTI selepas hantar Ielyas, skarang dia mintak dihantarkan dia dulu. Dan aku perasan Ismael sangat suka boleh berdikari bila dia mintak diberi duit belanja dan boleh pilih apa saja yang dia nak beli di kantin sekolah. So, papa dia bagi sehari RM2 supaya dia boleh membeli masa rehat. Alhamdulillah, nampaknya dia sangat positif. Masa hari pertama ke sekolah secara rasmi (bukan hari orientasi), kami tak tunggu dia pon kat sekolah. Hantar dia kat muka pintu je. Dia ok je. Siap pakai baju lain dari yang lain lagi sebab aku tak sempat nak jahit seluar sekolah dia yang labuh. Aku cuak jugak bila tengok semua budak pakai uniform lengkap n dia sorang je pakai baju PASTI lain dari yang lain. Aku cuak dia mengamuk atau menangis sebab dia ganjil tapi syukur dia relax je. Hehehe.....

Besar dah anak mama. Semoga menjadi anak yang soleh, bijak dan dapat memberi sumbangan kepada agama dan negara, Amin. 

15 comments:

nurbijen said...

Betul la, bila hantar anak sekolah rendah islam, ramai yg akan tanya, "Mereka belajar tak subjek sekolah?".. lagi2 Irfan yg tahun ni dah darjah 6.. ramai juga yg concern dan tanya, "Irfan ambil tak UPSR?"

Padahal sama jer cuma ada tambahan subjek diniyyah. Cuma Irfan bila tamat darjah 6 nanti, dia tak boleh mohon SBP. Tak apa la, memang tak plan pun nak masukkan Irfan ke SBP..

Yang saya suka, tiap2 hari waktu pagi, mereka akan mulakan dengan mengaji. Kemudian ada juga surah2 yang kena hafal.

Naflyna said...

Oh, kenapa tak boleh mohon sbp? Sbb bukan dari sekolah kebangsaan ke? Saya pon x plan nak masukkan Ismael ke SBP lepas UPSR. Cuma wonder juga kenapa x boleh.

Anonymous said...

Sbb rules kerajaan camtuh.sekolah kebangsaan je leh masuk sbp.

Naflyna said...

Info on how to apply government boarding school from private primary school: https://www.facebook.com/drkharmila/posts/10211126883509795

Anonymous said...

Salam saya nak tanya, so far bagaimana pembelajaran anak puan di Sritis?
Saya plan utk dftar anak sy juga tahun hadapan. Sesi sek sritis smpi tghari atau ke petang?

Naflyna said...

Wslm. Alhamdulillah, saya rasa ok. Cuma saya tak boleh nak buat perbandingan dengan mana-mana sekolah sbb saya takde pengalaman. Pada pemerhatian saya, cikgu mengajar dan bagi kerja sekolah ikut standard dan keperluan KSSR. Ada beberapa daripada ahli lembaga pengurus dari kalangan cikgu berpengalaman yang masih lagi berkhidmat dengan sekolah kerajaan yang tolong cikgu-cikgu sritis. Alhamdulillah anak saya dah boleh membaca jawi dan bahasa Melayu dengan turut dibantu dengan kelas membaca waktu malam yang dikendalikan oleh cikgu2 PASTI al-Hikmah. Bab-bab menghafal ayat al-Quran memang saya rasa superb dalam keadaan saya tak konsisten buat practice hafazan untuk anak saya di rumah. Ada pelajar yang mak ayah komited bantu anak dalam bab hafazan memang ada yang lebih cemerlang.

Sesi belajar Isnin-Khamis sampai jam 2.30 petang manakala Jumaat sampai 12.30 tghari. Untuk mak ayah yg bekerja boleh transit anak di Pasti al-Hikmah. Ada perkhidmatan van disediakan untuk bawa pelajar dr sritis ke Pasti.

Anonymous said...

Assalamualaikum puan.. Bagaimana perkembagan anak puan di sekolah sritis.. Saya berminat nak masukkan anak saya kebsini

Naflyna said...

Wslm. Alhamdulillah saya rasa ok, dalam keadaan saya sangat sibuk dengan PhD dan kerja. Oleh kerana saya sibuk dan suami jadi surarumah lepas balik kerja buat masa ni(huhuhu...), saya kira taklah optimum effort kami membantu anak kami dan cikgu untuk sentiasa pantau pembelajaran dia. Saya jangka kalau kami boleh beri perhatian, insyaAllah saya boleh katakan mungkin cemerlang. Anak saya dah boleh membaca bahasa melayu dengan hampir lancar, membaca jawi semakin baik, pemahaham matematik blh tahan cemerlang, pemahaman subjek-subjek lain saya anggarkan baik tapi ada juga yang lemah kerana kekurangan diri dia. Efforts guru dan sekolah untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran saya rasa di tahap yang baik. Dari segi pembentukan akhlak saya rasa sangat bagus sebab anak saya boleh mengaitkan dan mempraktikkan apa yang dipelajari di sekolah dengan kehidupan seharian.

Kawalan guru terhadap tingkah laku para pelajar saya rasa superb. Guru selalu perhatikan tingkah laku mereka dan kenakan denda yang munasabah untuk kelakuan tak baik. Alhamdulillah setakat ni tiada pertukaran guru sebab kawan saya pernah tanyakan hal ni. Budak-budak memang sangat mesra dengan ustaz/ustazahnya. Cikgu kelas juga kenal semua murid dia.

Dari segi hafazan pon saya rasa cemerlang. Baru saja semalam saya dengar bacaan hafazannya dari Juzuk Amma. Seperti yang saya katakan tadi saya sendiri jarang dapat observe pembelajaran dia. Tapi Alhamdulillah banyak Surah yang dia dah hafal, dan sungguh saya tak sangka.

Basically anak saya nampak takde masalah untuk ke sekolah. Banyak kali juga saya perhatikan dia nampak excited nak ke sekolah jadi mesti ada benda yang dia seronok. Selalu jugak lepas balik sekolah dia excited bagitau apa yang dia buat atau terjadi di sekolah. Oh, ya. Walaupon hanya ada darjah 1 je buat masa ni, sukan sekolah tetap diadakan dalam keadaan sederhana tapi meriah. Anak saya serius sronok dengan hari sukan :)

Anonymous said...

Guru2 n murid sritis skg berapa ramai ye puan..

Naflyna said...

Guru ada 6 orang dan seorang mudir. Mudir pon mengajar jugak. pelajar ada 92 kseluruhan dari 4 kelas (2 kelas darjah 1 dan 2 kelas darjah 2)

Anonymous said...

Puan, sy bercadang nak hantar anak tahun 2019 nti.. terlebih dahulu sy nk tau anggaran kadar yuran sritis nih berapa ye puan... sy jugak ada follow FB sritis nih tp x jumpa kadar byran utk daftar ank masuk sritis nih...

Anonymous said...

Assalamualaikum puan, sy juga berminat nk anta anak ke sini tahun hadapan. Ada jlnkan interview ke masuk sini seperti sek irsyad dan sek islam ibnu abas..

Naflyna said...

wslm.

Berkenaan anggaran yuran tu mintak maaf la sgt sy ni tak ingat la berapa jumlahnya. Saya dah tanya cikgu sekolahnya. InsyaAllah bila saya dah dapat info saya akan reply semula di sini.

Setakat ni SRITIS takde jalankan interview untuk kemasukan murid sbb bilangan kemasukan murid baru untuk dua tahun berturut-turut elok-elok je dengan kapasiti yang ada. Maybe kalau tahun depan ramai yang berminat, sekolah akan buat interview kot.

Naflyna said...

Anggaran yuran tahunan (untuk darjah satu) ialah dalam RM1400. Jumlah ni termasuk uniform skolah + kopiah + tanda nama + lencana(saya ambik 4 set, kalau ambik kurang lagi kurang lah jumlahnya), sehelai baju sukan, buku teks/kerja dan jugak yuran sekolah untuk bulan pertama (RM220)

faiejacson said...

MGM Resorts International and Hard Rock International announce
MGM Resorts International and Hard Rock International 김제 출장샵 have announced today that it will partner 서귀포 출장샵 with MGM Resorts International Nov 여수 출장마사지 9, 화성 출장마사지 2021 · Uploaded by MGM Resorts 순천 출장샵 International