Friday, January 13, 2017

Review: Dyson DC28C Musclehead Vacuum Cleaner

Post kali ni aku nak buat review pasal Dyson vacuum cleaner. Dyson ada macam-macam model vacuum cleaner. Yang aku nak review ni specific untuk model  DC28C Musclehead . Tak pasti model ni ada jual kat Malaysia ke tak. Tapi di UK masih ada lagi jual.  Kalau di UK vacuum cleaner is a must have item sebab semua rumah di UK ada pakai carpet. Macam bohong je kalau cakap tak pakai carpet sebab cuaca sana sejuk for most of the times in a year. 


Brand Dyson ni kira high end brand di UK. Syukur aku bertuah sebab masa aku beli dulu masa John Lewis tengah buat sale. Kalau tak silap masa Black Friday sale. Kalau tak sale tak sanggup rasanya nak beli sebab mahal sangat. Actually harga sale pon masih mahal tapi bila tengok harga untuk model yang lebih kurang sama di Ikano Power Center Damansara baru-baru ni, fuhhh....rasa memang berbaloi-baloi lah aku pejam mata beli di UK. Aku rasa berbaloi lah beli vacuum elok skit daripada beli gelang emas atau rantai emas (aku x berapa suka pakai barang kemas terutama emas. Bukan tak cantik tapi memang x minat).

Kalau korang tengok review di Amazon UK atau jualan online oleh rangkaian kedai ternama di UK, model yang aku beli ni dapat rating 5 star. Memang padan le 5 star. Jap lagi aku bagitau kenapa. Untuk pengetahuan, aku ni sebelum gi UK pernah pakai vaccum cap LG. Masa tu itu je la vacuum yang mampu nak beli dan masa tu pon dah rasa happy dah. Pergi UK kami beli versi downgrade dari yang LG. Cap Tesco je. Huhuhu...Nak jimat punya pasal sebab masa baru nak memulakan kehidpuan kat sana kan banyak pakai duit. Pastu vacuum cap Tesco tu problem, kami beli le brand Vac. Beli yang second je pon kat carboot sale. Performance dia not bad. Bunyi dia x bising sangat. Suction of course le lebih baik dari cap Tesco. And Vac lebih baik dari LG yang aku beli di Malaysia. Vac sebenarnya antara jenama yang popular jugak di UK sebab harga dia berpatutan n performance dia kira ok la.Vacuum Vac tu le kami pakai sampai kesudah sampai nazak le. Brand Dyson tu aku beli lebih kurang setahun sebelum nak balik.Walaupon Vac dah nazak aku simpan je. Performance Vac ok lagi cuma dia punya pemegang je problem skit. Lepas selit dengan batang aiskrim ok je. Huhuhu.....Dyson tu sayang nak pakai dulu. Aku berangan nak pakai bila balik Malaysia. Tapi bila balik Malaysia lepas beberapa bulan baru mula pakai. Itu pon selepas ada tempat nak simpan.

Apa beza ketara Dyson dengan vacuum lain yang aku pernah pakai? Banyak........beza. Paling berbeza suction dia. Super duper powerful. Rambut gugur kat lantai atau carpet habis dia boleh sedut dengan jayanya. Kira apa yang dia patut sedut habis disedut la: serpihan guntingan kertas, benang, butir nasik kering, pasir, habuk. Kalau vacuum Vac yang aku pernah pakai kira hebat jugak tu pon tak mampu nak sedut sekuat Dyson. Dengan rumah aku yang seminggu sekali aku vacuum dan setiap hari bersapu, tong tempat habuk tu kira 1/3 penuh dari maksimum level yang dicadangkan selepas aku vacuum satu rumah. Itu baru dengan suction level paling rendah aku guna. Blom cuba lagi dengan suction lebih tinggi. So boleh le korang bayangkan betapa dahsyatnya sedutan Dyson. Lepas vacuum gerenti puas hati. Itu dari segi kuasa sedutan dia.

Masa untuk vacuum berterusan lebih lama dari biasa termasuk kalau dibandingkan dengan Vac. Alhamdulillah setakat aku pakai dah beberapa bulan, tak pernah lagi tengah-tengah vacuum tetiba auto shut off. Kalau vacuum yang pernah aku pakai biasa jadi mcm tu. Jadi kena tunggu kejap sebelum boleh sambung vacuum lagi. Dari segi mobiliti plak, memang sangat smooth pergerakan vacuum tu. Senang je nak tarik ke sana sini. Tak pernah lagi main body dia terbalik bila aku tarik ke sana sini, tak macam vacuum lain. Tempat pemegang dia plak pada pendapat aku sangat ergonomik. Mudah dan selesa di pegang.

The downside is agak susah skit nak vacuum di high pile rug yang gebus gebas. Kalau low pile or high pile rug tapi tak gebus gebas (maksud aku bulu-bulu carpet tu tak padat) aku rasa ok. Aku syak sebab dia sedut kuat betul, tu yang susah skit untuk high pile rug. Lagi satu dekat button nak tukar mode lantai ke mode carpet tu agak liat skit. Tapi boleh diterima lagi kekurangan ni sebab bukan nak kena press button tu banyak kali pon bila vacuum satu rumah. Bunyi dia aku rasa kuat lagi berbanding Vac. Vac brand yang bunyinya paling light aku pernah pakai. Memang aku perasan model Vac lain (based on kawan-kawan lain pakai masa di UK) pon memang perlahan skit bunyi dia. Apa pon disebabkan suction power, ergonomic characteristic n convenience for mobility adalaah kriteria utama bagi aku untuk sebijik vacuum cleaner, aku tetap bagi 5 star untuk Dyson n of course Dyson adalah vacuum pilhan aku yang paling best .   


Made in Malaysia tapi tak popular di Malaysia sebab mahal rasanya

Inilah rupa sebenar aku punya Dyson vacuum

Nota kaki: 
Post ni bukan bertujuan nak show off. Kalau korang mampu beli boleh le menabung untuk bantu kemas rumah dengan kepuasan optimum. Aku pon tak kaya mana boleh beli gitu je. Lepas dekat 10 tahun berumahtangga baru boleh beli tau. Kalau korang kaya boleh beli je terus. Hehehe....Tapi post ni maybe bagi idea kat korang untuk demand hadiah anniversary or birthday korang this year. Hahaha... 

No comments: