Friday, June 7, 2013

Syoknyer Summer!

Bermulanya summer di bulan Jun ni, lengkap sudah kami merasai kesemua 4 musim di UK. Dalam semua 4 musim tu I think I love summer the most. Kenapa? Sebab masa summer.....
  • pada kebanyakan hari bila keluar rumah/ke universiti tak perlu pakai baju berlapis-lapis macam musim yang lain. Masa spring aritu aku masih pakai long john sebab sejuk.....Tapi...Walaupon summer itu on average suhunya lebih panas dari musim yg lain, tetap banyak jugak hari yang mendung. Bila mendung, kenalah pakai baju berlapis lagi (aku le.....). Mat salleh mostly rilek je. 
  • boleh sidai baju kat luar rumah sampai kering dan trus boleh lipat. Kalau musim yang lain aku kena guna heater untuk keringkan bagi rasa best nak lipat. Walaubagaimanapon, untuk pengetahuan, tak payahlah mimpi nak dapat baju kering panas macam kat Malaysia. Tetap rasa sejuk sebab cuaca paling panas setakat ni kalau tak silap 22 degree je.
  • Ismael ngan Ielyas boleh main kat luar rumah lebih mudah sebab kalau musim lain nak kena pakaikan baju sejuk, stokin dan kasut, baru boleh lepas main. Skang ni most of the time depa boleh keluar trus, tinggal saruk selipar je. So, takle compicated.
  • masa siang panjang. Kol 5 pagi (buat masa ni) dah cerah macam kol 8 pagi di Malaysia dan kol 9.30 malam macam suasana maghrib di Malaysia. Jadi kalau pergi jalan-jalan taklah perlu tergesa-gesa kerana hari dah nak gelap. Cuma perlu bersabar menanti waktu Isyak yang masuk waktu lepas kol 11 malam (buat masa ni). Dikatakan, waktu kemuncak summer ni, dlm bulan Jun ni kami akan dapat tengok waktu kol 11 malam hari masih cerah.
  • bunga-bunga lebih banyak berkembang berbanding masa spring. Serius cantik sangat.....Remember, aku pernah cakap yang aku teringin nak tengok bunga popi? Bunga popi rupanya berkembang masa summer. Aku dah dapat tengok bunga popi kaler merah (hidup liar kat tepi jalan) dan bunga popi kaler peach (kat umah jiran sebelah yang rajin giler berkebun bunga n kami tumpang cuci mata). Kat depan pagar umah kami pon ada tapi blom kembang lagi. Malangnya blom sempat nak tengok dia kembang, landlord kami rajin pulak pi cabut. Oh, hancur luluh harapan aku nak tengok popi berkembang di teratak kami. Huhuhu....Tumpang tengok yang rumah orang sebelah jelah nampaknya.
  • banyak aktiviti outdoor boleh di buat. Kat sini masa summer omputih suka barbeque. Yang orang Malaysia pon tumpang suka jugak. Selain tu masa summer ni boleh bercamping, fruit picking, picnic n cycling. Tak tau le sempat ke tak nak gi fruit picking sebab dah sibuk nak bersedia untuk hantar progress report after one year of PhD journey.
Meraikan permulaan summer dengan cuaca panas yang best, kami sekeluarga gi barbeque di tepi tasik Rother Valley yang terletak kira-kira 12 km dari rumah kami.

Sementara tunggu bara api menjadi untuk barbeque, kami layan anak-anak main bubles.

Sape yang tiup bubles ni? Mama ke Ielyas?

Ismael bagi swan makan keledek goreng. Mesti tu kali pertama dalam hidup swan tu depa makan keledek goreng. Hahaha

Kami naik mini train lalu tepi tasik Rother Valley. Tukang bawak train kata kami patut bukak baju sejuk Ielyas tu. Tapi Ielyas tak mau baju tu dibuka sebab dia mendefinasikan jalan-jalan kat luar rumah mesti pakai baju sejuk tu sebab dah terbiasa macam tu selama 3 musim sebelum ni. Tapi Ielyas rilek je. Kalau kita bukak dia akan suruh pakaikan balik.

Water skiing at Rother Valley. Sukan yang menarik. Bukan bot tarik orang tu tapi mesin tau.

Bunga ni tumbuh meliar je kat Rother Valley

Lepas beraktiviti di Rother Valley hasben buat sudden plan nak bergambar kat ladang rapeseed which flooded with its bright yellow flowers. Dalam dah mula rasa nak demam aku tetap excited sebab dah lama teringin nak p sebab few weeks before nampak dari jauh je. Orang kata bunga ni just betahan few weeks je. Tak tau le betul ke tak. Oleh kerana takut kata orang tu betul, hasben gigih mencari jalan nak ke ladang rapeseed tu sebab takut tak sempat plak kalau gi lain kali.

Gambar "kuch kuch hota hei" ini didedakasikan khas untuk Zana n Fizah yang tak jadi mai Sheffield. Hehehe.....Inilah ladang rapeseed, tak jauh dari umah kami. Tak pasti pulak bahagian mana yang dibuat minyaknya. Bunganya harum n kat UK ni ada banyak sangat ladang bunga macam ni. Hasben telah menggigihkan diri masuk kampung omputih cari jalan nak ke ladang ni dan akhirnya sampai jugaklah hasrat kami nak berangan macam citer hindustan.

The bright yellow rapeseed field. Saujana mata memandang.
I love summer!

Nota kaki: 
Syoknyer summer tapi kepala aku berserabut dengan pelbagai persoalan on my research problems. My efforts so far blom membuahkan hasil yang sepatutnya :( Please doakan kejayaan aku naa....

4 comments:

Unknown said...

salam lyn, kami kat paris ni. Sepanjang laluan eurostar tadi kami beria tgk bunga kuning mcm kat dalam gambar kau tu siap berangan kalau ambik gambar kat tgh2 tu mesti best giler. Kat London kami kesejukan ok walaupun ditgh2 panas matahari. Tak dapat bayang kalau datang sana masa musim lain.

p/s: Paris sangat best. Alhamdulillah semua org yg kami jumpa sangat peramah dan baik hati.

Naflyna said...

Wslm. Pakai baju sejuk tak? Tu la...uk ni sejuk. Tapi cuaca panas terik yang ko kata sejuk tu aku rs bg kami dah cukup best dah. Hehehe.....

Ishh...jeles2. Tak tau le ada ke rezki aku nak sampai Paris. Bdw, enjoy guys!

Anonymous said...

bestnya....teringin nak pegi..heehee

- Achie -

Naflyna said...

Achie > Nak gi mana? Paris ke UK? :)