Wednesday, June 19, 2013

Barangan Patut Bawa Dari Malaysia

Post ni sesuai untuk mereka yang nak datang belajar ke UK dan juga sesuai untuk menjadi rujukan kepada mereka yang nak bagi cenderahati "paling best" bila melawat kawan/sedara di UK. Dulu before aku mai UK aku tercari-cari info ni di internet kot-kot ada orang share. Ada, tapi tak cukup informative. Di sini aku nak share apa yang patut dibawa ke sini. Walaubagaimanapun, korang perlu tau bahawasanya banyak benda boleh didapatkan kat sini cuma senang atau susah nak dapat, mahal atau murah, dan jugak citarasa. So, apa "barang berharga" patut disumbat dalam luggage korang selain dari kain baju?


Barang makanan:
  • Cili kering (Sini ada tapi sangat pedas. Tak pernah lagi aku jumpa yang tak pedas)
  • Ikan masin (Yang jenis kering ada banyak tp bukan jenis ikan yang biasa kita jumpa/nak macam kat Malaysia + aku rasa halalnya diragui. So, aku tak pernah beli. Yang jenis basah aku baru terjumpa (tp ni untuk skop bagi mereka yang tinggal dekat Sheffield) di Thaisun Doncaster n siap ada halal approval).
  • Ikan bilis (Ada tapi sangat mahal dan tak berapa sedap. Aku pernah beli beberapa kali (ada logo halal) tapi keras dan kena siang sendiri. Takde yang dah siap siang. Kalau bawa dari Malaysia bawaklah gred yang elok. InshaaAllah, korang takkan menyesal)
  • Udang kering (tak pasti plak ada jual ke tak. Tapi macam takde je sebab kawan-kawan aku pon import dari Malaysia atau kalau ada pon sama kes macam ikan bilis, mahal dan tak best)
  • Belacan (Takkan jumpa. Smua orang Malaysia yang aku pernah tanya kata belacan mesti bawa/pos dari Malaysia)
  • Pokok daun kesum (Haa...yang ni jangan terkejut. Aku tak pernah jumpa ada jual. Tak tau le kalau kat kawasan lain ada plak. Bawa pokok yang boleh ditanam ok. Sampai je UK terus tanam n letak dalam umah n kalau autumn/winter letak dekat dengan heater. Jangan letak luar rumah sebab pokok akan mati. Aku punya pokok kesum masa summer pon masih letak dalam umah. Kalau kawan-kawan ada tanam kat sini aku rasa sangat segan dan bersalah nak mintak sebab selalunya yang depa punya pon ciput je, sekali petik kena tunggu berbulan-bulan baru boleh petik plak. Hahaha...)
  • Rempah sup bunjut (Ada tapi mahal. Kalau kat tempat kami harga seketul cap Adabi 69 pence, lebih kurang RM3.50 seketul ye...)
  • Asam gelugor/keping (Takkan jumpa ada jual kat sini)
  • Keropok ikan/sayur (Takkan jumpa ada jual kat sini)
  • Rempah kari ikan/daging (Kalau kat Sheffield boleh dapat cap Adabi agak mudah. So, kalau mai Sheffield takyah bawa banyak. Just bawa untuk cukup untuk stok 2 atau 3 minggu pertama dah cukup sementara nak settle down macam-macam perkara)
  • Milo (Sini ada jual tp mahal dan kata orang kat sini tak sesedap yang made in Malaysia punya. Kalau yang Malaysia punya dikatakan rasanya lebih creamy. Milo kat umah kami setakat ni pakai bekalan dari Malaysia jadi aku pon tak sure apa yang depa kata tu betul ke tak)
  • Susu tepung (Sementara anak nak sesuaikan diri dengan susu tepung/susu segar kat sini)
  • Nestum (Kat sini ada jual tp kena bawa sebagai bekalan sementara nak jumpa kan...)
  • Bread improver (Bagi yang rasa nak pakai le. Aku tak jumpa cari walaupon roti adalah makanan ruji mat salleh. Pelik jugak. Kata kawan aku, omputih tak berapa suka menda-menda preservative letak dalam makanan depa. Maybe sebab tu bread improver tak ada jual/susah nak jumpa)

Barang bukan makanan:
  • Surah yasin (elok le bawa yang ada sekali dengan Al-Mathurat)
  • Al-Quran (elok bawa yang ada tafsir, lebih significant aku rasa. Aku dulu install aps al-quran kat iPad. So, tak bawa yang hard copy. But then aku rasa tak berapa syok plak baca dari iPad. Aku prefer jenis hard copy)
  • Laptop dan gajet (sini mesti la ada jual jugak tapi sini biasanya lebih mahal)
  • Garmin/TomTom atau seangkatan dengannya (Ada jugak jual kat sini tapi lebih mahal. Untuk mudah nak memandu arah. Bukan tu saja, kat sini ada banyak speed camera. Jadi kita boleh lebih berhati-hati sebab nanti pakcik Garmin/TomTom boleh bagitau ada speed camera kat depan. Jangan lupa masa beli tu install map UK. Untuk makluman, orang Malaysia kat Sheffield lebih ramai pakai Garmin. Maybe lebih convenient kot)
  • Kamera (kat sini ada jual tapi mahal. Kesimpulannya menda-menda eletronik patut beli kat Malaysia sebab lebih murah. Kami dulu beli jugak kamera tapi beli yang jenis biasa je. Pastu rasa menyesal sebab rasa rugi plak saat-saat indah di UK tak diabadikan dengan kualiti terbaik. So, at last beli yang lain plak n mahal jugak le)
  • Periuk nasi (Ada tapi kalau korang tersalah beli korang akan dapati nasi yang dimasak akan mudah hangit. Lagi pon bila sampai sini nak terus masak nasi kan....Jadi elok ada terus periuknya)
  • Periuk kukus (Memang menda yang dahsyat saiznya untuk dibawa. Tapi percayalah periuk kukus kat sini mostly yang harganya kita rasa sanggup nak beli jenisnya adalah bujur dan kecil. Kalau korang rasa ok, tak perlulah. Yang jenis bekas bulat macam typical Malaysian steamer style/size tu ada jual - tak pakai letrik - tapi harganya giler mahal, dalam 40 pound! Tapi itu yang berjaya aku jumpa la. Puas dah aku survey. Itu je yang paling murah untuk jenis yang macam kat Malaysia tu. Tapi kalau aku jadi korang aku pos je before mai sini sebab saiznya besar dan banyak plak bahagiannya. Hehehe.....)
  • Sabun Taharah (Boleh digunakan untuk proses menyamak, menggantikan tanah yang sepatutnya perlu dikorek bagi basuhan ke-7. Kat sini korang maybe nak kena samak dapur rumah yang nak disewa atau samak sebab terkena anjing atau najisnya. Sini sangat banyak anjing as pets dan korang akan surprise tengok macam-macam jenis anjing ada kat sini. Sabun ni biasanya jual dekat kedai-kedai yang jual barangan/ubatan tradisional)
  • Minyak gamat/minyak angin (Jangan cari minyak gamat kat kedai ubat kat sini. Konpem takde)
  • Berus sabut (Kalau korang suka guna le sebab kat sini aku tak jumpa pon yang macam kat Malaysia tu).
  • Acuan kuih kecara/karipap/roti jala/semprit (hahaha....takde wei kat sini. Kalau lagi beria bawa acuan buat mee/kueytiaw. Pastu boleh le bisnes kat sini)
So, itu jelah yang aku teringat. Kalau ada lagi nanti aku tambah. Ini sebagai panduan secara kasar je. Tak semestinya nak kena bawak semua. Pertimbangkanlah yang mana rasa nak bawak. Tapi harus diingat: cover-cover line le kalau bawak barang makanan. Kalau luggage kena bukak untuk diperiksa  masa sampai sini, habis "selamat" - sila bayar denda dan barang makanan smua kena buang. Tapi biasanya tak kena cek lebih-lebih lagi bila korang sampai di lapangan terbang tatkala orang sangat ramai nak check out (contohnya masa sesi kuliah dah nak mula, ramai pelajar foreigners akan kelihatan. UK kan banyak universiti terkenal). Setakat ni orang-orang baru yang datang Sheffield (turun di Manchaster airport) tak kena cek luggage pon. Ok je.

Smoga bermanfaat.

15 comments:

Anonymous said...

terima kasih banyak kak for sharing this..sy nak tya pasal nursery kat sheffield.mahal x bayaran bulanan dia.baby sy br 1 bulan lebih ms sy smpi sheffield nnt..ke ada org malaysia yg sudi amik upah jaga anak kita kat sana ye?

Naflyna said...

To be honest, sy pon tak pasti berapa harga nak bayar untuk nursery. Tapi mengikut kata orang kat sini mahal. Dulu masa sy tanya kos nursery kat kwn sy dia kata dalam £900 kalau bwh 3 thn. Saya pernah berbual dengan sorang akak ni dia kata dia bayar £400 tp tak sure plak untuk berapa jam sehari. Kiranya, jaranglah dengar orang Malaysia hantar anak kecik kat nursery sbb kosnya tu. Masing-masing spouse yg tak belajar jaga anak.

Pasal ada orang nak tolong jaga anak kecik ni sy rs tgk luck jugak. Maklumlah, mostly surirumah yg x belajar masing-masing ada anak-anak kecik masing-masing. Susah jugaklah nak cari yang available dan mahu tu.

Ada sorang kenalan sy ni hantar hari-hari tertentu pon kat orang Malaysia kalau tak silap bayar dalam £20 jugak sehari. Walaubagaimanapun, eloklah saudari hubungi penghulu PMPMS supaya dia blh menghebahkan di FB community kot2 ada yg sudi nak bantu. Manalah tau ada rezki.

NORYANTI MUHAMMAD said...

Setuju sgt ngan post ni Lyn...I rasa rempah Kurma pun xder....

I ada usha private Nursery (Clever Clogs), for 3 years and above around GBP 600++ per month, makin besar makin murah lah...

But info from Ksu di Leeds and some senior at Durham, those yg masuk gov nursery (utk 3++ jer), kita entitled free 15 hours per week, then kalau nak lama lagi, kena bayar and its based on availability and waiting list school tu jugak.

sedih gak bila harga pos dah naik...



Naflyna said...

Haah la....rempah kari kurma. Lagi satu rempah nasi briyani n also kerisik.

Tapi kalau desprate takde rempah kurma boleh beli yang Cap Brahim, made in Malaysia. Cap Brahim tu ada jual paste utk pajeri, asam pedas, kuah satay, ayam masak merah.

Anonymous said...

wah..mahalnya.susah jgk nak cr org jga baby kat sana ye.sy n suami sm2 study.but differ course.berharap sgt kelas kitorg alternate with each other.so x perlu hantar nursery.moga ada rezeki mcm tu or jmpa org yg sudi jaga baby sy.accomodation mcm mn plak ye? better duk dlm campus or luar campus ye?

Naflyna said...

Maaf, kalau tak keberatan blh sy tau saudari nak sambung master ke atau phd? Hasben plak? Tp kalau dua-dua sambung master sy rs janganlah terlalu berharap kelas akan alternate takut nanti jd chaos. Dah try contact penghulu pmpms? Manalah tau kot2 ada rezki orang nak tolong.

http://malaysiansheffield.wordpress.com/

Sy suggest saudari bawa somebody dulu untuk tolong jg anak n then baru fikir alternative seterusnya sbb sy rs kos nursery tu mayb saudari x mampu (maaf, bukan berniat utk menyinggung).

Kalau dua-dua buat Phd, lagi le nak kena ada org tolong. Takut nanti porak-peranda. This is my personal opinion based on our experience

Anonymous said...

sy n husband smbg master je.belum try contact lg.nnt sy cbe contact ye.xpe.sy faham.mst kos nursery sgt mahal.let say duit sara diri kami berdua around 2000GBP per month boleh ke survive? or nak kena keje part time jgk? xda sape nak dibawa buat ms ni.agak buntu jgk skrg ni.huhu.

Naflyna said...

kalau £2000 tu dah boleh survive dah utk 3 branak. Cuma kalau nak kena bayar kos nursery tu rs mcm cukup2 mkn tp tercekik je (maksud sy x boleh nak ke mana-mana sgt n nak kena cut cost byk perkara kot). Kalau x cukup nanti blajar stress plak.

Oh, pasal rumah tu it depends on your situation n requirements. Dalam pmpms punya website tu ada di cerita serba sdikit pasal umah. Maybe you can give me your email n i'll explain serba sedikit.

Anonymous said...

oh ye ke.alhamdulillah klu boleh survive.risau jgk klu kn keje part time utk sara hidup dgn anak kecik lg.1st time jd parent duk jauh ngan family, agak mencabar jgk.anak akak skrg sape jaga ye? thankz ye kak sbb da byk bg info.ni email sy. arean_1012@yahoo.com . btw nama sy raihan.

Sweetie said...

Salam Naflyna,My son pun study di Sheffield... may be you pernah terserempak dengan dia... sebab sheffield ni bukanlah besar sangat kan. Tapi I suka sebab tenang dan tak sibuk. Paling I suka melawat ke Peak Districk... mcm chatsworth, matlock Bath dan Bakewell. Pekerja kedai kebab sebelah kedai Popaye tu pandai berbahasa Melayu sikit-sikit. Makan chicken shish kat Aspalas tu, sedap!

Naflyna said...

Wslm.

Oh, ye ke? Sy dah tengok your blog but tak pernah plak terserempak ngan your son. Maybe pernah jumpa masa jamuan raya haji aritu cuma x perasan. But my husband said dia macam pernah jumpa.

Tak pernah plak pekerja sebelah kedai Popaye tu cakap melayu ngan saya. Maybe dia tak rasa sy Melayu kot. Tak jugak sy tahu apa yg sedap kat Aspalas. Bila tanya kawan-kawan depa tak plak sebut secara spesifik, cuma kata "ala yang ada ayam tu". Huhuhu....Nampaknya banyak lagi pengalaman nak kena timba ni.

Nanti kalau datang UK lagi boleh gi Lake District plak. Serius cantik..... :)

Sweetie said...

InsyaAllah saya akan ke Sheffield lagi spring or summer tahun depan. Yalah, banyak tempat lagi saya tak sempat jenguk di Peak District. Tentu! saya akan kunjungi lake District nanti.

Iyalah kot... bukan pekerja kedai popaye tu tapi kedai kebab sebelahnya tu.. saya pun dah lupa nama kedai tu...

Ooo my son tu selalu lepak di bangunan Student Union... dia debater dan tahun lepas wakil universiti di Manchester. Dia tak guna nama sebenar... rakan2 panggil Fred!...

Shahidah Hidayu said...

Assalam kak naflyna.. tq for the info sgt2 membantu.. sy nk ke brighton uk mid of january ikut suami bljr dan bawa 2anak. Sy nk tnye.. klu nk bwk periuk nasi dan brg2 makanan yg akak senaraikn tu elok pos ke bwk dlm luggage je. Klu pos cost mahal dan merugikan x. Sbb takot tiba2 luggage kna check abisla.. heater utk masak air murah ke mahal kt sana kak? Kalau periuk n kuali masak better bwk ke beli sana je

Shahidah Hidayu said...

Assalam kak naflyna.. tq for the info sgt2 membantu.. sy nk ke brighton uk mid of january ikut suami bljr dan bawa 2anak. Sy nk tnye.. klu nk bwk periuk nasi dan brg2 makanan yg akak senaraikn tu elok pos ke bwk dlm luggage je. Klu pos cost mahal dan merugikan x. Sbb takot tiba2 luggage kna check abisla.. heater utk masak air murah ke mahal kt sana kak? Kalau periuk n kuali masak better bwk ke beli sana je

Naflyna said...

Wslm. Elok bawak terus dalam beg. Kalau nak pos pakai air mail mahal sgt rasanya. Kalau pos pakai kapal laut murah skit. Itu pon x murah mana dan biasanya paling cepat lepas dua bulan baru sampai. Ikan bilis, cabai kering dan seangkatan dengannya tak sesuai hantar pakai kapal laut sbb cepat rosak. Periuk nasi bawak saja terus sumbat dlm beg sbb x menyalahi undang2 dan boleh sumbat barang2 lain dlm periuk tu. Kalau ikut pengalaman kami dan kawan2 yg turun di manchaster airport, x kena cek pon. Tp kalau turun kat london ada possibitlity cuma setakat yg kami pernah dengar biasanya x kena. Kakak kak lyn dulu datang sini tolong bawa makanan sendat satu beg muatan 40 kg turun kat heathrow ok je. Huhuhu....but again risikonya tetap ada. Cuma bersedia/berani ke tak.

Heater apakah yg dimaksudkan di sini? Heater untuk masak air minuman atau heater untuk masak air mandi? Kalau heater yg dimaksudkan adalah cerek, tak payahlah bwk dr msia sbb kat sini melambak ada. Kat argos boleh dpt serendah £4.99. Kalau nak lg canggih utk bwk balik msia pon ada macam2 pilihan. Kuali msia jenis punggung bulat tak boleh pakai kat sini sebab jenis tungku dapur kat sini tak boleh pakai jenis tu. Kuali kat sini nak kata murah tu taklah murah sgt tp dgn nilai duit kat sini rsnya mampu utk kita beli. Periuk lg la x payah bawak dr msia. Rugi luggage limit. Harga periuk pon x la mahal sgt. Kat sini supermarket macam asda ada jual periuk tefal murah. Tefal ok.....hehehehe.....But seriously, jgn convert everythingke RM, tidak memang takkan beli semuanya. Hehehe.....