Tahun ni kami sekeluarga tak balik beraya haji ke kampung sbb expected due date aku dah semakin hampir. So, tak digalakkan utk travelling. Ini kali kedua kami tak balik beraya haji. Kali pertama during first year of our marriage. Masa tu kami suami isteri je dan aku tak buat apa-apa persiapan langsung. Husband just beli lemang (unfortunately agak hangit) dan kami cicah ngan serunding. Memang koboi habis sambutan raya haji kami masa tu. Oleh kerana nak dapat feel berhari raya, kami beraya ke umah kawan di Pekan yang kebetulan dah menjemput kami ke umah dia awal-awal lagi sbb tahu kami tak balik kampung. So, dapatlah makan ketupat dan rendang sebenar. Hehehe...
Tahun ni aku telah berazam utk memasak juadah raya haji kami dan jugak sbg preparation in case ada orang nak datang umah. Hasilnya, aku berjaya memasak rendang ayam (1/2 ekor) berpandukan resepi dari internet, ketupat segera Adabi dan puding cocktail. Walaupun takde orang datang umah sbb kawan-kawan yang duduk sekitar dan jiran-jiran smua balik kampung, smua juadah tu kami abis belasah sendiri. Huhuhu....Mak aku mesti terkasima jika berpeluang merasa rendang aku yang sedap (terpaksa puji diri sendiri - hehehe...) walaupun cuma pakai santan segera disebabkan dah lewat petang baru cbuk nak gi cari kat kedai n dah abis dijual.
Pagi-pagi raya lepas sembahyang raya kami ke surau di kejiranan kami sbb ada acara korban + aqiqah. Kami ada amik 2 bahagian aqiqah utk Ismael. Tengah hari aku tak masak makan tengah hari sbb sebahagian daging lembu-lembu yang dikorbankan dimasak buat jamuan tengah hari hasil gotong-royong penduduk sekitar.
No comments:
Post a Comment