Tuesday, May 31, 2011

TV Lama, TV Baru

Tv lama yang aku beli hasil wang baki (setelah yuran master dibayar dan simpanan utk perbelanjaan harian) dari titik peluh menjadi teaching assistant ntah camne tetiba keluar suara je tanpa gambar. Ismael pon sampai buat muka hairan sbb dia perasan mcm bunyi suara dari tv tapi bila dia pandang pada tv tu, takde pon gambar. Aku agak, senapang elektron tv tu rosak. Walaupon saiznya cuma 14 inci dan jenama cikai, tv tu dapat bertahan selama hampir 7 tahun. Tv tu aku beli ngan harga RM350. Harga pasaran sekarang dengan saiz dan brand cikai camtu dah boleh dapat 100 lebih dah. Walaupon cikai, aku tetap sayang tv tu. Banyak berjasa masa aku belajar. Ubat hilang mengantuk masa menelaah theorem-theorem cakerawala tatkala cbuk buat dissertation. Tv tu berjasa sampailah aku dah berumahtangga. Kami suami isteri bertahan je ngan tv tu sampailah tanggal 17 May 2011 kami telah membeli tv baru dengan tidak sengaja.

Sebenarnya kami tak mau beli tv baru sbb taknak menambahkan harta yang perlu dijual semula/disimpan sebelum pergi sambung belajar. Kalau kena jual semula rugi dari segi value time of money. Kalau kena simpan pulak, takut rosak kerana disimpan atau makan space penyimpanan. Jadi biasanya kami cuba mengelak daripada membeli barang/harta yang berisiko menghadapi situasi ni terutamanya yang mahal. Tapi kami tak boleh tahan juga takde tv. Ingatkan mula-mula nak pebaik je tv lama tu. Tapi most probably kami akan dicadangkang supaya beli tv baru je sbb harga yang baru dengan kos pebaik mungkin tak jauh beza. Biasalah...benda-benda berasaskan teknologi ni susut nilainya cepat. Finally, setelah survey di beberapa tempat we decided to buy a brand new tv yang saiznya tak pernah aku terpikir pun akan berada di rak tv RM19.90 (rak buku sbenarnya) . Owh....jangan salah faham. RM19.90 tu harga rak bukan harga tv. Tv tu kami beli di SenQ dengan harga RM1149, LCD, saiz 32 inci, brand Sharp (Aquos), complete ngan Dolby Digital sound system. Fuh...menggegar rumah kami. Hehehe..Kepuasan lebih terasa kerana perbezaan perubahan saiz tv dari 14 inci ke 32 inci. Kalau korang berubah dari 24 inci ke 32 inci mungkin korang tak terasa sangat kepuasan ni. Tapi korang mungkin boleh imagine kepuasan yang kami rasa. Dulu, nak baca subtitle tv lama kalu dari jarak 6 meter dengan kemampuan penglihatan aku alamatnya terkejim-kejim le mata. Tapi sekarang, tak payah lagi nak bersusah payah mengecilkan bukaan mata. Lagi satu feature menarik tv baru kami ni, dia ada auto detect pencahayaan. Kalau tetiba suasana sekeliling jadi gelap atau cerah, pencahayaan tv akan berubah mengikut kesesuaian cahaya sekeliling supaya kita sentiasa dapat kualiti gambar yang optimum.

Ini dia tv baru kami. Tak sempat nak amik gambar tv lama buat kenangan. Husband dah letak tv lama di ceruk bilik, So, susah nak amik gambar.

Kami taklah meletakkan sasaran mesti beli tv LCD. Cuma memandangkan nak beli yang baru, taknaklah beli yang jenama cap ayam lagi. Kalau korang pernah ada tv cap ayam, most probably korang akan perasan dia ada bunyi dengung. Annoying lah jugak kalau korang tak biasa. Bunyi dengung ni boleh terkesan ke pendengaran kita sampaikan bila dah tutup tv pon kita akan terasa macam tv masih terpasang sebab bunyi dengung tu macam masih terngiang-ngiang di telinga. Oleh kerana tv bukan cap ayam amat sukar sekarang untuk dicari (terutamanya di Kuantan) dengan saiz biasa-biasa dan sedap nak tengok, jadi kami pon buat keputusan untuk beli LCD tv. Faktor utama lain yang menyebabkan kami beli LCD tv adalah kerana saiz bahagian belakang tv bukan LCD yang sangat besar (bagi saiz tv yang kami nak). Tak sesuai nak letak atas rak buku RM19.90 pulak. Reban pulak nanti rak tu. Daripada nak kena beli rak tv baru, baik kami beli tv advance skit tapi masih boleh guna rak buku tu. Ada beberapa tips di sini yang aku nak share kalau korang nak beli tv.
  • Before beli tv, pastikan korang nak tengok tv dari jarak berapa jauh kebiasaannya. Penentuan jarak ni penting sebab semakin besar saiz tv, semakin jauh jarak kebiasaan korang tengok tv. Kalau korang tak ambil kira faktor ni, korang takkan dapat tengok tv dengan kepuasan optimum walaupun korang dah pasang ASTRO Beyond.
  • Sebaiknya, masa nak beli tv minta salesperson yang entertain kita untuk on tv tu guna tv biasa. Kalau korang pakai ASTRO kat umah, suruh dia buka channel ASTRO. Jangan terpengaruh dengan kualiti gambar CD yang biasanya dipasang untuk tv dijual. CD tu dia CD special. Memang direka supaya bila kita tengok akan nampak cantik je kualiti gambar di tv. CD tu nama dia blue ray. Info ni aku dapat dari adik aku yang rasa tertipu masa beli tv few months ago.
  • Kalau tempat korang nak letak tv tu ada sumber pencahayaan yang akan mengganggu pencahayaan tv, eloklah beli LCD tv. Tidak digalakkan membeli plasma tv. Sumber pencahayaan yang aku maksudkan adalah cahaya lampu dan cahaya matahari dari pintu atau tingkap. Sumber pencahayaan akan mengganggu gambar yang sedang ditonton. Korang akan nampak shadows. Tak best aa...
  • Kalau rumah korang ada ASTRO Beyond, eloklah beli HD tv. Kualiti gambar akan superb...
  • Korang juga patut beli HD tv kalau berhajat nak tengok citer 3D di rumah. Tapi kena beli spec mata 3D jugaklah.
  • Kalau korang jenis yang suka download citer & save dalam thumbdrive, perlu pastikan tv yang nak dibeli support thumbdrive jenis apa dan dalam format apa. Ada sesetengah jenis tv dia hanya boleh baca brand thumbdrive dan format tertentu saja.
  • Dan tips yang terakhir, pastikan korang survey beberapa tempat dulu before beli sebab jenis/brand tv yang sama di tempat berbeza boleh beza sehingga lebih dari RM100. Boleh pegi makan KFC dua orang dalam 4 kali. Setakat ni, kalau di Kuantan bila beli barang elektrik kami akan beli di SenQ. Kami dah survey banyak kali, barang yang sama SenQ akan jual lebih murah berbanding kedai lain terutamanya kalau korang ada member card. Kalau takde pon, boleh pinjam dari sedara atau kawan. Dengan member card jugak, korang boleh dapat extra warranty period. Yang basic warranty period yang biasa kita dapat bila beli barang elektrik tu adalah dari manufacturer. Extra guarantee period ni dari SenQ. Adakalanya SenQ bagi free extra warranty period ni dan ada yang kena bayar dengan harga yang murah/munasabah. Kami pernah guna extra warranty period untuk fridge n washing machine. Selain tu, korang dapat collect reward points kalau ada member card. Reward points ni nanti boleh guna untuk redeem barangan elektrik @ hadiah (such as bag, toys, dan mcm2 lagi) @ baucer makan/percutian. Kami biasanya guna points untuk baucer makan McD/Pizza Hut/KFC/Johnys. Hmm...tak berniat nak jadi duta free SenQ pulak kat cni. Huhuhu...
So, bulan May tahun ni kami telah beli benda-benda yang tak diduga. Beli akuarium dan tv baru. Rasanya kalau kami tahu tv lama nak rosak, tak belilah akuarium hari tu. So, this month pokai lah skit.

4 comments:

FaiZ n ZYuRiNa.. said...

bestnyer dah ade tv canggih..kami balik msia ni tv 14 inci pun tak ada..apatah lagi tv lcd screen tuuu..

Naflyna said...

alaa...nanti mesti sherry boleh beli yang lagi canggih dari yang k lyn ada sbb x lama lps balik nanti dah DS52. Silap-silap haribulan tv yang siap boleh halimunan lagi. huhuhu....

FaiZ n ZYuRiNa.. said...

kak lyn, tv apa yg halimunan? ade ke? mcm mana rupanya?

Naflyna said...

tv masa depan. hehehe...