Thursday, December 30, 2010

Yang Orang Pompuan Ramai Tak Tahu Pasal Bola

This post is a tribute to our Malaysian football team for winning the AFF Suzuki Cup last night.

Aku bukanlah peminat sukan bola sepak. Tapi boleh tahan beria jugak aku melompat-lompat depan tv kalau M'sia lawan mana-mana pasukan negara lain. Itu menandakan semangat cintakan negara tu...Aku lebih beria nak layan permainan bola sepak di TV sejak berkahwin kerana hasben aku memang minat abis ngan bola terutamanya liga bola sepak tempatan atau M'sia berlawan ngan mana-mana negara. Dulu aku hanya tahu kalau bola masuk gol, dapat satu gol. Pastu makin lama aku dah makin tahu byk pasal bola sepak. Aku rs unique rules dalam game bola sepak adalah antara sebab kenapa orang lelaki minat bola kot. Dan aku percaya ramai orang pompuan x tahu apa rules dalam bola sepak. Antaranya:

  1. Apabila dua kad kuning dilayangkan kepada sorang pemain dalam satu perlawanan yang sama, secara automatik dia akan mendapat kad merah. Bila dapat kad merah dia xleh main satu game tersebut dan juga game seterusnya. So, rugilah pasukan dia kalau dia pemain harapan utk skor gol atau defender yang bagus.

  2. Apabila satu kad kuning dilayangkan kepada sorang pemain dalam satu perlawanan dan perlawanan seterusnya dapat lagi satu kad kuning, tak dapat kad merah. Tapi tetap secara automatik dia xleh main satu game seterusnya dalam liga tersebut. Liga lain boleh je...

  3. Pemain x boleh buka baju dengan sengaja apabila terover gembira skor gol. Pemain akan dilayangkan kad kuning jika berbuat demikian. Peraturan ini dibuat kerana ia akan melambatkan perlawanan dan mengurangkan masa pihak lawan utk skor gol.

  4. Apabila pemain cuba berkomunikasi dgn referee kalau x puas hati satu-satu perkara dengan pengadilan yang dibuat, masa bercakap tu depa xleh mengangkat tangan ke depan menghala ke muka referee tu. Ini dianggap cuba memprovokasi referee. Kalau buat jugak, akan free2 dpt kad merah. Sebab tu cuba korang perhatikan lain kali kalau tengok bola, bila depa nak commnicate ngan referee usually they'll put their hand at the back sbb takut terangkat ke muka pengadil.

  5. Jumlah pemain yang bermain di atas padang bagi satu pasukan adalah seramai 11 orang termasuk penjaga gol. Jika pada satu perlawanan tinggal 7 orang pemain sahaja lagi selepas yang lainnya dilayangkan kad merah, maka secara automatiknya pihak lawan akan mendapat kemenangan 3-0.

  6. Di hujung masa permainan anda akan dapati pasukan yang mendahului dr segi skor gol akan cuba melambat-lambatkan masa perlawanan. Ada yg akan cuba buat-buat kejang2 kaki (siap naik atas stretcher n pastu selamba je blh berdiri sihat walafiat), sengaja sepak bola ke luar padang, buat-buat lambat nak sepak bola n segala mcm cara. Ini sume biasanya adalah adalah lakonan terhebat semata-mata.

Saja je nak share menda ni ngan korang. Manalah tahu korang blh lebih enjoy tgk game bola lepas ni.

Footnote:
  1. Aku siap berpeluk-peluk kegembiraan ngan hasben sambil Ismael dalam keadaan berbaring menjeling papa n mamanya sbb Indonesia tak berjaya dengan tendangan penalti mlm td. Kapten Indonesia yg amik penalti tu mcm x bersungguh je nak tendang bola. Syabas pasukan Malaysia! ESOK CUTI!!!!! Yeay.....!!!

  2. Tapi janganlah korang sokong Malaysia bila menang je. Sokonglah masa depa tgh tersungkur jugak. Tgk penyokong Indonesia. Walaupun dah tahu kemenangan utk depa mlm td sgt tipis, stadium tetap penuh. Pada aku, penyokong Malaysia belum sampai ke tahap tu.

No comments: