23 Oktober lepas kami sekeluarga membuat lawatan singkat ke luar negeri dan kami telah melawat Beris Lake Vineyard. Beris Lake Vineyard was one of our destination bagi lawatan singkat ke luar negeri...dari negeri Pahang. Hahaha....Betul la...Kami dr negeri Pahang, ke negeri Kedah, kira luar negeri la tu. Ladang anggur ni x jauh dari Pekan Sik, kampung hasben aku. Selama ni kami x tahu pon kewujudan ladang anggur ni. Kami tahu sbb ternampak gambar sepupu hasben dalam fb.
Seronok dapat tengok berekar-ekar pokok anggur hidup subur. Takyah g luar negara nak tengok ladang anggur. Nak masuk ke ladang ni kena bayar RM2 per person. Budak2 bwh 7 tahun masuk free. Tapi visitors x dibenarkan mengutip buah anggur kat ladang tu.
Ooopss...x blh petik. Action je...
Lawatan jugak terhad bagi laluan tertentu sahaja. Tapi kita tetap boleh nampak ladang tu sepenuhnya dr laluan yg ditetapkan. Pastu akan ada sorang pengiring yg akan mengiringi kita sepanjang lawatan. Dia akan jawab soalan-soalan kita tentang ladang anggur di situ. Yang menariknya, pemilik ladang tu adalah orang Melayu. Apa yg aku perasan, pokok2 anggur kat situ tak mcm ladang2 anggur kat negara omputih yg aku pernah tengok dlm tv. Kat situ daun & buah anggurnya smua ada atas kepala kita.

Menurut pengiring yang mengiring kami, pokok anggur tak boleh kena air hujan sangat. Kalu x, pokok akan cepat rosak. Setiap pokok anggur yg ditanam kat situ boleh hidup sehingga 20 tahun. Lama tu...Kami beli le jugak anggur Tasik Beris kat minimart di situ. Saja nak rasa. Memang sedap dan takde biji langsung. So, tak betullah dakwaan orang yg aku pernah dengar b4 this yg cakap kalu anggur tanam kat Malaysia tak manis.
Minimart yg menjual mcm2 produk berasaskan anggur. Antaranya kordial, sabun mandi dan losyen.
No comments:
Post a Comment