Monday, September 5, 2016

Home Makeover Part 2 - Master Bedroom

Actually aku takde plan yang specific untuk makeover master bedroom. Oleh kerana aku beli duvet covers n pillow cases kat UK warna purple n coklat, jadinya aku decide untuk cat master bedroom kami dengan warna coklat. Kalau tetiba nak tukar theme next time pon aku rasa tak jadi masalah sebab warna coklat warna yang universal. Untuk menambah seri aku decide plak untuk install wallpaper dekat feature wall. Langsir aku tukar yang baru sebab langsir lama kaler pink, tak kena dengan tema baru dan lagi pon langsir lama dah reput! So, konpem kena tukar.

Bila balik dari UK, hasben aku merasakan kami perlu menukar katil sebab sambungan kayunya macam dah tak kukuh. Kang malam-malam tengah tido dkhuatiri jatuh terjelepuk hamparan lapik tilam ke lantai dan kami yang tengah lena dibuai mimpi terkejut beruk pulak ingatkan gempa bumi. Hahaha.....Mula-mula aku buat derk je hasrat nak tukar katil sebab rasa macam ok lagi katil tu. Aku sayang katil tu sebab katil tu ada sentimental value. Ye la....katil tu kami beli masa baru-baru lepas kawin. Masa tu kami duduk rumah sewa, belum pon ada rumah sendiri, Kiranya hampir 10 tahun dah hayat katil tu. Katil tu hasben aku beli sekali dengan meja solek dan almari baju. Meja solek masih lagi elok. Almari baju dah uzur sikit, pintu dia susah untuk slide tapi kami masih bertahan untuk kekalkan almari baju tu sebab rasanya blom kritikal lagi. Katil baru boleh terbeli bila kami gi tengok pameran barang rumah di Sultan Ahmad Shah Convention Centre. Mula-mula saja nak tengok-tengok. Last-last terbeli plak sbb tengok katilnya comfortable, cantik, sturdy n ada ruang storage kat bawah katilnya. Siap boleh pilih nak fabric untuk headboard dia.    

Sebelum - Tahun 2010

Selepas

Oleh kerana kami dah ada baby baru, kena la selit sekali baby cot. Baby cot pakai yang beli masa Ielyas lahir dulu. Kami selit sekali tallboy n changing unit beli kat UK masa ada offer. Memang padat la bilik kami tapi buat masa ni ianya praktikal. Nanti bila baby dah besar baru nak pikir solution lain plak. 

No comments: